Kesibukan dalam melakukan kerja mungkin menjadi salah satu punca kamu menahan kencingkan?
Tak elok sebenarnya tau menahan kencing ni, apatah lagi jika ia dalam tempoh yang lama, kerana ia mampu memberi kesan buruk pada kesihatan.
Pembuangan air kecil (kencing) adalah salah satu proses yang menunjukkan sistem penghadaman kita bekerja secara normal. Sisa-sisa penghadaman yang sudah selesai dibersihkan oleh tubuh akan keluar melalui air kencing.
Jika kita kerap menahan kencing, ia akan menjejaskan proses pembuangan kekotoran akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran pembuangan air kecil.
# PUNCA PENYAKIT BATU KARANG?
Untuk pengetahuan umum, Batu Karang berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh dan bukanlah kerana selalu menahan kencing. Ia akan menyebabkan batu-batu halus terbentuk dalam saluran air kencing (dari sekitar buah pinggang hingga ke bahagian pundi) dan amat menyakitkan. Dalam keadaan lain, sejarah keluarga serta pengambilan makanan seperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan juga boleh menjadi faktor Batu Karang.
# TABIAT MENAHAN KENCING
Menahan kecing sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika boleh sila elakan. Ini kerana, ia mampu memberi efek jangka masa panjang termasuklah jangkitan kuman pada pundi dan buah pinggang.
Menahan kencing juga akan membuatkan otot pundi lemah dan apabila ia sudah ditahan terlalu lama, air kencing itu akan kekal berada di dalam perut membuatkan seseorang tidak lawas kencing dan sukar membuang air kecil (urinary retention) lalu menjadikan perut tidak selesa.
# RISIKO SUKAR MENGAWAL KENCING BILA SEMAKIN BERUMUR
Dalam keadaan jika semasa muda seseorang itu suka menahan kecing, apabila tua kelak individu itu akan mudah terkencing ketika batuk, bersin, melompat dan ketika melakukan pelbagai aktiviti harian yang lain.
# PUNDI KENCING BOLEH MELETUP
Dalam sebuah kes yang pernah terjadi kepada seorang tokoh astronomi ternama abad ke-16 bernama Tycho Brahe. Beliau maut selepas menahan kencing terlalu lama.
Menurut cerita saksi, pada mulanya Tycho cuba menahan kencing ketika sedang berlangsungnya majlis makan malam kerana takut melanggar etika majlis formal jika beliau ke tandas. Sebaik tiba di rumahnya, beliau cuba membuang air tetapi tidak boleh. Beberapa jam selepas itu, dia mati dan pundi kencingnya disahkan sudah meletup.
# JANGKITAN KUMAN PUNCA KEROSAKAN FUNGSI PUNDI & BUAH PINGGANG
Tabiat menahan kencing akan meningkatkan risiko tubuh untuk terdedah dengan kuman yang bakal menyerang pundi serta fungsi buah pinggang dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI