Suka Kepada Seni Fotografi, Kenali Personaliti Pewaris Takhta Putera Raja Dubai, Sheikh Hamdan

269

Mempunyai 8.6 Juta pengikut di laman Instagram, kehidupan Sheikh Hamdan sentiasa menjadi ikutan dan setiap postingnya sentiasa ditunggu.

Putera Raja Dubai ini merupakan anak ke 23 ayahandanya iaitu, Mohammed Bin Rashid Al Mouktoum. Beliau amat disenangi dikalangan rakyat Dubai kerana seringkali memberi fokus kepada perkembangan belia, kesihatan, perkhidmatan sosial dan juga sukan.

Hantaran instagramnya banyak memperlihatkan aktiviti yang mencabar serta tidak banyak dilakukan oleh orang ramai seperti menunggang kuda, luncur salji, flyboard, selam bebas dan sebagainya.

BACA: Bukan Hanya Sukan Polo, Ini 5 Sukan Lain Yang Diminati Oleh Keluarga Diraja British

Selain itu, dia juga bukan sahaja putera raja yang mempunyai rupa paras yang menarik, tetapi juga sangat aktif dan dikenali sebagai atlet sukan yang sejati. Dia juga pernah memenangi pingat emas dalam acara sukan menunggang kuda jarak jauh 160KM yang mana dia mengalahkan seramai 227 penunggang pada tahun 2016.

Menyingkap minatnya yang lain daripada sukan, dia juga seorang peminat tegar fotografi. Antara sumbangan besarnya dalam industry foto adalah menunbuhkan Hamdan International Photography Award (HIPA) pada tahun 2011. Ia ditubuhkan khas untuk memberi pengiktirafan kepada jurugambar yang sangat berbakat di seluruh dunia.

Dapat dilihat posting gambar hasil bidikan daripada kamera persendirian miliknya jelas memperlihatkan kehebatannya dalam dunia seni fotografi.

Sumber: firstclasse & instagram faz3