Setiap tahun puluhan ribu umat Islam dari negara kita terbang ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Selain cabaran lojistik antara cabaran yang paling sukar dihadapi oleh jemaah haji ialah cuaca panas yang tinggi. Menurut laporan pada tahun ini cuaca pada musim haji dijangka sangat panas dan suhu boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius.
Apabila berada dalam kondisi yang panas dengan jumlah orang yang ramai ia pastinya memberi satu cabaran yang hebat buat jemaah haji.
Masalah kesihatan utama yang boleh berlaku bila cuaca panas begini ialah strok haba. Dan perkara ini peru diberikan perhatian yang sangat serius. Bagi anda sendiri atau ibu bapa serta sanak-saudara yang menunaikan haji pada tahun ini berikanlah perhatian khusus terhadap risiko strok haba.
Public Health Malaysia telah membuat satu perkongsian berkenan pencegahan dan tip yang amat baik untuk mengatasi risiko strok haba.
BACA: 5 Tip Kekal Dingin & Tidak Alami Dehidrasi Ketika Cuaca Panas
Semasa menunaikan haji terdapat beberapa lokasi yang paling berisiko. Antara yang paling berisiko ialah di Mina dan Arafah. Semasa melontar jamrah jemaah akan berdepan dengan keadaan yang panas berikutan jarak perjalanan yang jauh.
Manakala semasa melakukan tawaf dan saie juga jemaah perlu waspada dengan cuaca terutamanya jika melakukannya pada waktu tengahari.
Bila cuaca panas badan akan berpeluh dan menyebabkan badan mengalami kehilangan garam. Jika kandungan garam berkurangan badan akan mula rasa lesu dan risiko strok haba juga semakin meningkat. Oleh itu bawalah oral rehydration salt yang boleh elak perkara ini berlaku.
Seseorang yang mengalami strok haba mempunyai beberapa petanda dan petunjuk. Awasi petanda-petanda berikut;
Kongsikan info berguna ini kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka dalam menunaikan rukun Islam yang kelima. Sama-sama kita berdoa mereka mendapat haji yang mabrur.