Satu perkara paling meresahkan dan boleh membuatkan kita sakit jiwa adalah suhu kereta naik secara tiba-tiba ketika enjin sedang hidup.
Kenaikan suhu secara mendadak ini sebenarnya boleh merebak kepada kerosakan yang lebih teruk. Disebabkan itulah kenaikan suhu kereta ini sangat sensitif dan perlu diberikan perhatian sebaiknya.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Masalah suhu kereta naik secara tiba-tiba boleh berlaku dalam beberapa situasi. Antaranya ialah apabila aircond dipasang, kereta berhenti lama, dipandu laki dan juga beberapa kondisi lagi.
Jadi apakah punca bagi setiap masalah di atas dan bagaimana boleh kita atasinya? MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dilakukan oleh Cojack Auto yang menyenaraikan lima jenis punca utama penyumbang masalah ini.
Namun terlebih dahulu kita perlu tahu serba sedikit tentang sistem penyejukan kereta atau cooling system yang peranannya sangat penting dalam mengawal suhu kereta.
Sistem penyejuk dicipta bertujuan untuk menstabilkan suhu atau tahap kepadanan enjin dalam sesebuah kenderaan. Jadi, apabila suhu kereta naik melebihi paras normal, maka secara tidak langsung ia menunjukkan terdapat masalah pada bahagian-bahagian sistem penyejuk kenderaan.
Ramai pemilik kereta selama ini hanya tahu jaga atau servis sistem pelincir atau lubricant system. Tidak ramai yang betul-betul ambil berat ttg tentang sistem penyejukan kereta. Kedua-duanya penting. Sistem penyejukan dan sistem pelinciran merupakan dua perkara benda berbeza tetapi saling berkait di dalam sistem enjin kenderaan kita.
Berikut merupakan 5 punca mengapa suhu kereta boleh naik secara mendadak dan tiba-tiba:
Ads
THERMOSTAT JAMMED
Thermostat berfungsi untuk mengawal aliran keluar dan masuk air di dalam enjin. Secara mudah bayangkan ia seperti ‘pintu gate’. Apabila enjin panas, thermostat ini akan terbuka sebab nak bagi air lalu di enjin. Jika ia ‘jammed’, maka suhu enjin pasti akan naik dengan mendadak.
RADIATOR TERSUMBAT
Radiator tersumbat kebiasaannya berlaku apabila pemilik kereta tidak servis bila sudah sampai masanya. Kebiasaannya juga ia tersumbat akibat dari karat atau ‘tahi’ karat yang melekat pada lubang-lubang radiator. Penggunaan air paip juga tidak elok kerana boleh membuatkan radiator cepat tersumbat. Ini kerana air paip mempunyai klorin.
BERLAKU KEBOCORAN
Enjin kereta juga boleh naik mendadak apabila berlaku kebocoran pada beberapa komponen kereta. Di antaranya ialah radiator, paip, water jacket plug.
Ads
KIPAS RADIATOR TIDAK BERPUSING
Satu satu jenis kerosakan yang cukup sinonim dan biasa boleh menyebabkan suhu kereta naik secara mendadak.
AIR RADIATOR TERLALU KOTOR
Jika tiada sebarang kebocoran pada bahagian dalaman radiator mala air di dalam tidak akan berkurang. Jadi ingatlah, seminggu atau sebulan sekali bila kita buka penutup radiator dan lihat air berkurang. Atau ini juga mungkin menunjukkan 100% sah akibat kebocoran pada sistem penyejuk.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Selepas pengenalan warna dan grafik baharu pada model Y15ZR diikuti pengenalan versi MotoGP 125ZR, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) kini menawarkan warna dan grafik baharu pada model Y135LC.
HLYM lebih ‘selesa’ mengambil pendekatan mengemas kini model sedia ada di pasaran agar lebih kekal relevan dan segar. Tambahan model-model yang diperkenalkan oleh pengeluar berkenaan sememangnya di antara produk ‘hot’ dalam kalangan pengguna.
Maka, tiada usaha untuk mempelbagaikan produk di pasaran dan HLYM lebih mengambil pendekatan selamat menurut penulis.
Untuk versi 2017 ini, Y135LC kini ditawarkan dengan empat warna baharu iaitu merah, biru, hitam dan perak.
Kesemua warna baharu berkenaan sudah pun berada di pasaran. Serentak dengan pengenalan warna tersebut, warna sedia ada sebelum ini ditamatkan pengeluaran.
Bahagian mekanikal masih tidak berubah yang mana 135LC menggunakan enjin bersesaran 134cc yang mampu menghasilkan kuasa 12hp pada 8, 500rpm dan tork 11.8Nm pada 5, 500rpm.
HARGA
Yamaha 135LC – RM7,167.72 seunit.
(Harga termasuk GST, tanpa insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan utama pastinya sedar akan kos bahan api yang terpaksa dikeluarkan setiap selang beberapa hari.
Bahkan buat mereka yang mungkin tinggal agak jauh dari tempat kerja perlu membelanjakan kira-kira RM400 hingga RM500 sebulan untuk mengisi minyak kereta.
Dari situ anda mungkin tertanya-tanya apakah cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan minyak?
Sebenarnya ia bergantung juga kepada cara pemanduan kita. Berikut MASKULIN kongsi 5 tip pemanduan yang boleh bantu anda guna minyak dengan efisien ketika memandu.
KELAJUAN SEDERHANA & KONSISTEN
Kelajuan yang sesuai bagi semua kenderaan adalah sekitar 70 – 90 km/j. Namun begitu, anda harus pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
JANGAN KERAP TEKAN BREK
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek).
Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
GUNA GEAR BETUL
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. Ia boleh mempengaruhi takat minyak kenderaan anda.
TUKAR GEAR RENDAH KE TINGGI LEBIH CEPAT
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.
PANASKAN ENJIN
Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Model kereta Honda Civic sememangnya cukup popular dan sangat dekat dengan peminat automotif di negara kita. Peneraju kereta segmen C tempatan ini kini tampil dengan varian terbaru yang menjanjikan spesifikasi lebih baharu dan dipertingkatkan.
Hari ini, Honda Malaysia mengumumkan Civic bakal hadir dengan varian baharu RS yang dikuasakan oleh e:HEW powertrain.
Lebih menarik tempahan awal untuk varian diperkenalkan turut dibuka bermula pada hari ini. Ia merupakan varian pertama 2.0L e:HEV powertrain yang diperkenalkan untuk Civic di Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata,” Generasi ke-11 Civic yang dilancarkan pada awal tahun ini telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan oleh rakyat Malaysia. Sehingga kini lebih 6,000 unit telah dijual sejak Januari dan September 2022.
“Bagi memperkuatkan pasaran model ini, kami dengan terujanya memperkenalkan varian baharu buat pertama kalinya di Malaysia. Masih mengekalkan DNA Honda Civic. model e:HEV RS ini bakal memberikan pengalaman pemanduan lebih mengujakan dan elegan. Kami juga percaya pengenalan ini mampu melonjakkan segmen C di pasaran”.
Varian terbaru ini juga hadir dengan prestasi cukup hebat dengan torque maksima 315Nm dan 184PS output kuasa maksimum. Ia dihadirkan bersama Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT) dan juga Intelligent Power Unit (IPU) dikuasakan oleh bateri lebih ringan, lithium-ion berefisien tinggi.
ELEMEN BAHARU
Ia juga buat pertama kalinya memperkenalkan Key Card yang membenarkan pengaktifan enjin tanpa menggunakan sebarang kunci dan juga fungsi start.
Elemen penampilna luaran juga mendapat sentuhan yang tersendiri dengan sentuhan Blue H Mark dan gril hadapan krom yang nampak lebih sporty. Melengkapkan penampilannya yang ‘garang’ pula rim 18-inci Dual Tone Allow Wheels.
Manakala bahagian dalamannya pula lengkap dengan skrin 9 inci Advanced Display Audio dengan sokongan Wireless Apple CarPlay dan juga sokongan Remote Engine Start, di mana pengguna boleh menghidupkan atau mematikan enjin tanpa perlu masuk ke dalam kabin.
Teknologi keselamatan diperkenalkan Honda, SENSING turut melengkapkan ciri menarik model Civic terbaru ini. Berikut merupakan beberapa ciri keselamatan yang ditampilkan:
Lead Car Departure Notification System (LCDN)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Low Speed Follow (LSF)
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Forward Collision Warning (FCW)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Road Departure Mitigation (RDM)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)
Adakah ia akan menjadi model Civic yang paling mesra pelanggan dan pemandu? Sama-sama kita nantikan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.