Siapa tidak kenal dengan nama Shah Rukh Khan? Boleh dikatakan dialah hero Bollywood yang mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa.
Filem-filem Hindi lakonan aktor ini meraih populariti di seluruh dunia dan dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kini. Walaupun usianya kini mencecah 58 tahun, dia masih sihat dan mampu bertahan dengan kariernya masih utuh.
Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Walau baru berusia 23 tahun, namun Suhana Khan khabarnya bakal mengikut langkah ayahnya dan bakal menjadi pelapis ratu-ratu filem Bollywood.
Yang pasti Suhana cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga kaya dan terkenal, jadi tidak hairanlah Suhana meraih populariti luar biasa meskipun dia baru menginjak usia 23 tahun.
Padanlah nama Suhana makin menjadi rebutan, bukan saja dalam industri perfileman namun dia juga sudah dilamar oleh jenama-jenama mega, seperti baru-baru ini dimana Suhana menjadi wajah baru Maybelline.
Jom kenali Suhana Khan!
1. Anak Ayah
Dia sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan pernah meletakkan status ‘daddy’s little girl’ di Instagram pada suatu ketika dahulu.
2. Peminat TV
Ads
Sebagai seorang yang suka dengan industri lakonan, Suhana Khan juga tidak ketinggalan menonton pelbagai filem dan siri TV popular. Antara drama TV paling disukainya ialah ‘Black Mirror’ dan ‘Orange is the New Black’.
3. Bola Sepak
Siapa sangka gadis jelita ini pernah menjadi kapten bagi pasukan bola sepak di sekolahnya.
4. Seorang Pemalu
Dalam temu bualnya bersama Vogue, Suhana Khan menyatakan bahawa dirinya merupakan seorang yang sangat pemalu. Sama seperti ayahnya dahulu.
5. Beauty With Brain
Ads
Selain bola sepak, Suhanan juga berbakat dalam bidang penulisan dan pernah memenangi pertandingan Katha National Story Writing Competition.
6. Pop Star
Suhana merupakan seorang peminat setia bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.
7. Peminat
Walaupun belum muncul dalam mana-mana filem sebagai pelakon namun Suhana Khan kini sudah mengumpul peminat yang cukup ramai di laman media sosial.
Ads
8. Ada Aset Sendiri
Dan yang terbaru, khabarnya menurut sumber Indian Express, Suhana Khan sudah membeli membeli tiga lot rumah teres berhampiran Alibaug dengan harga 12.91 crore Rupee (bersamaan dengan 146,251.44 Dolar AS). Ketiga-tiga buah rumah teres ini dibeli di kampung Thal, yang terletak di pantai antara Alibaug dan Pantai Kihim.
9. Bakal Muncul Di Netflix
Like father like daughter, Suhana juga bakal membuat kemunculan sulung dalam industri seni lakonan di mana Suhana akan muncul dalan filem muzikal ‘The Archies’ di Netflix yang turut menampilkan Khushi Kapoor, Agastya Nanda, Mihir Ahuja, penyanyi Aditi Saigal, Vedang Raina dan Yuvraj Menda. Wah, betul-betul berdarah seni la Suhana ni.
Tarikh tayangan filem ini bagaimanapun masih belum diumumkan lagi. Tak sabar nak tengok bagaimana agaknya mutu lakonan Suhana Khan kan, mesti hebat macam ayahnya juga!
Diva AA, yang terkenal dengan kelantangannya bersuara telah mengejutkan netizen apabila dia memberanikan dirinya untuk bertanding dalam PRU14 akan datang. Bukan itu sahaja, tujuan utamanya dia bertanding adalah kerana ingin melawan abangnya sendiri yang juga Naib Timbalan Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tidak Hiraukan Sebarang Kecaman Untuk Menentang Abangnya Sendiri
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, telah mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya ini bagi memastikan abangnya itu gagal memenangi sebarang kerusi. Malah, dia sendiri tidak hiraukan sebarang kecaman mahupun provokasi kerana menganggap Azmin sebagai pengkhianat bangsa.
“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,”
Belanja Rendang Air Tangannya Secara Percuma
Terdahulu, Diva AA pernah membuat laporan polis dan juga SPRM kerana mendakwa Azmin menyalahgunakan kuasanya serta turut menyimpan pelbagai rahsia mengenai abangnya itu. Sebagai makluman, Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.
“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,”
Tak Kesah Pasal Wang
Menurut selebriti sensasi ini, dia sama sekali tidak menghiraukan wang yang akan digunakan untuk PRU-14 ini dan turut mengganggap wang pertaruhan wajib itu sebagai satu sedekah dan akan belanja rendang air tangannya sekira menang kelak.
“Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas. Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,”
Pendapat korang ? Tepuk dada tanya la selera. Pilihan di tangan anda!
Sumber : Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang sedang hangat diperkatakan oleh netizen mengenai isu kes siasatan yang melibatkan bekas pemimpin negara. Isu ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti tanah air.Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuara, Chef Wan menyuarakan rasa kesalnya terhadap isu ini. Chef Wan merasakan dirinya tertipu setelah melihat hasil rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa di rumah Najib. Ikuti luahannya di bawah.
Menurut laporan dari Harian Metro pada hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memeriksa kediaman persendirian Najib yang terletak di Pavilion Residences Apartment.
72 Beg Wang Tunai, Barang Kemas Dirampas
Dalam laporan itu mengesahkan sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malam tadi.
Chef Wan Rasa Tertipu
Isu ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti tanah air kerana kes ini melibatkan bekas utama pemimpin negara.
Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuara, Chef Wan menyuarakan rasa kesalnya terhadap isu ini. Chef Wan merasakan dirinya tertipu setelah melihat hasil rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa di rumah Najib. Ikuti luahannya di bawah.
Chef Wan akui sangat terkejut dengan kekejaman ramai manusia di negara ini malah mereka tidak sedar segala yang kita perjuangkan selama ini sebenarnya untuk masa depan generasi akan datang.
Chef Wan menambah, dalam kejadian yang berlaku seperti ini, penyokong-penyokong kerajaan terdahulu terus bersikap bongkak dan masih mahu menegakkan benang yg basah lagi.
Begitu lantang apa yang disuarakan oleh Chef Wan ditulis dalam Instagramnya ini. Sebagai sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, kita seharusnya hormati masing-masing punya pendapat. Apa yang terjadi pada negara hari ini ada hikmahnya dan kita patut bagi peluang pada mereka yang bersalah menghisab diri dan bertaubat.
Kalau mereka sedar akan kesilapan yang lalu, boleh memperpaiki diri ke arah kebaikan. Kami di berasa kagum dengan kebanyakan rakyat Malaysia dan netizen yang kini sudah berani meluahkan perasaan dan pendapat secara terbuka. Dan mula matang memilih kerajaan yang baru.
Sumber : Instagram Chef Wan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada sesetengah eksekutif muda sekarang berpendapat bahawa melakukan tugasan dengan baik sudah memadai. Salah! Walau sebaik mana tugasan yang anda lakukan, sebenarnya banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk yang terbaik antara terbaik. Malah majikan sendiri mengharapkan sesuatu yang lebih cemerlang daripada pekerjanya.
Untuk menjadi seorang pekerja cemerlang bukan hanya sekadar mempunyai kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan hebat. Contohnya, jangan sesekali melepaskan peluang untuk menunjukkan kemampuan anda melakukan tugasan yang hebat itu ketika diberi peluang. Jika anda baru sahaja memulakan kerja, tunjukkan kehebatan pada tugasan pertama. Selain itu, apa lagi yang perlu anda kuasai untuk menjadi pekerja cemerlang?
1-Keterampilan
Penampilan yang kemas iaitu berkemeja, memakai seluar slack bergosok dengan pilihan warna sesuai, menyarungkan kasut hitam atau coklat berkilat, menjadi faktor fizikal yang menyokong keyakinan majikan mahupun orang lain untuk berurusan dengan anda. Penampilan menjadi ‘tanggapan pertama’ yang biasanya dibuat, sama ada anda seorang yang hebat atau tidak. Ia sangat penting.
2-Komunikasi
Menjadi pekerja cemerlang juga memerlukan anda mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Apabila berada di dalam mesyuarat, anda mengemukakan cadangan atau pendapat dengan lancar dan yakin. Ketika membuat pembentangan sesuatu tugasan kepada rakan niaga atau klien, ia dilakukan dengan jelas dan mampu menarik minat untuk orang mendengarnya. Ya, Komunikasi yang baik menjadi faktor untuk anda berjaya.
3-Kemahiran
Kemahiran di sini bermaksud anda perlu menguasai sesuatu tugasan atau bidang kerja dengan baik. Apa yang dilakukan, dirancang atau untuk dilaksanakan hendakkan dengan pengetahuan. Bayangkan, anda mendapat satu projek besar dan ia perlu disiapkan dengan segera. Mampukan anda siapkan atau lakukan jika tidak memiliki kemahiran berkenaan tugasan tersebut? Sebab itulah, kemahiran dan menguasai sesuatu tugasan itu menampakkan anda seorang yang bijak serta berpengetahuan.
4-Pergaulan
Sama ada anda sedar atau tidak, seorang pekerja yang cemerlang juga lahir apabila dirinya mempunyai hubungan yang baik dengan semua peringkat jabatan di tempat kerja. Selain mengekalkan hubungan baik dengan majikan dan rakan sekerja, anda juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pekerja di jabatan atau unit lain. Ingat! Hubungan dengan rakan sekerja atau ahli kumpulan tugasan juga diambil kira untuk anda dilihat sebagai pekerja cemerlang.
5-Populariti
Percaya atau tidak, populariti turut memainkan peranan penting untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Bukan popular sebagai selebriti, sebaliknya menjadi pekerja yang disenangi dan disayangi? Bagaimana cara untuk meraih populariti ini? Syaratnya anda perlu jujur dan ringan tulang membantu orang lain dalam melaksanakan tugasan, sentiasa beramah mesra (tapi jangan berlebih-lebih) dengan semua orang. Yang penting jangan sombong dan berlagak walaupun anda telah hebat dan cemerlang!.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.