“Pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.
Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.
Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .
Apa itu hormon dopamine?
Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.
Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.
Bagaimana Otak Kita Berkerja?
Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .
Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.
Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’yang kita lakukan itu baik untuk kita.
Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.
Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.
Ads
Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.
Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak dibanjiri dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.
Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?
Badan Memerlukan Pornografi?
Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine
Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.
Ads
Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.
Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi. Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.
Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stres sehinggalah mereka kembali menonton porno.
Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.
Ketagihan Bermula
Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.
Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.
Ads
Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.
Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi. Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.
Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati. Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.
Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.
Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.
Bukan Sesuatu Yang Taboo, Tapi Perlu Tahu
Pornografi bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.
Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjelang usia 30 tahun, ramai lelaki mungkin mula mempertimbangkan perubahan dalam gaya hidup dan diet mereka. Salah satu perubahan yang paling penting dan bermanfaat adalah meninggalkan tabiat pengambilan gula dari diet harian. Dalam artikel ini, Maskulin menyenaraikan mengapa penting bagi lelaki untuk melupakan gula sebelum mencapai usia 30 tahun.
Gula tambahan dalam diet boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Dengan melupakan gula dari diet sebelum usia 30, lelaki dapat mengurangkan risiko penyakit jantung yang serius pada masa hadapan. Ini adalah langkah proaktif untuk menjaga organ yang sangat penting dalam tubuh kita.
Lelaki mungkin menyedari bahawa penjagaan berat badan boleh menjadi lebih sulit di usia yang lebih matang. Meninggalkan gula membantu dalam mengawal berat badan secara lebih berkesan. Pengambilan gula berlebihan boleh menjadi punca utama berat badan berlebihan, dan dengan menghapuskannya dari diet, proses pengawalan berat badan akan menjadi lebih mudah.
Usia 30 tahun adalah masa yang kritikal untuk mengurangkan risiko diabetes. Gula berlebihan dalam diet berkait rapat dengan diabetes jenis 2. Dengan meninggalkan gula, lelaki boleh mengurangkan risiko penyakit ini yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka.
Kita semua ingin mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menghadapi cabaran hidup seharian. Gula dapat menyebabkan penurunan tahap tenaga selepas peningkatan singkat. Dengan melepaskan gula dari diet, lelaki dapat menikmati tenaga yang lebih stabil dan berterusan sepanjang hari.
Kulit yang sihat adalah aset berharga, terutama ketika penuaan mula menghampiri. Meninggalkan gula dapat membantu mengurangkan risiko masalah kulit seperti jerawat dan penuaan kulit yang cepat. Kulit yang lebih cantik dan berseri adalah salah satu faedah besar.
Meninggalkan tabiat gula sebelum mencapai usia 30 adalah langkah bijak bagi setiap lelaki. Ini adalah pelaburan dalam kesihatan jangka panjang dan kualiti hidup yang lebih baik. Jika anda belum memulakan perjalanan ini, tiada masalah, selagi anda memulakannya secepat yang anda mampu.
Perubahan ini akan memberi pulangan yang besar, memberi anda kekuatan dan kesihatan untuk menghadapi segala cabaran yang datang dalam tahun yang mendatang. Jadi, mulakan perubahan anda hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda pasti tahu kan di dalam sekeping cheese mempunyai kalsium yang boleh menyihatkan tubuh badan anda. Roti yang berunsurkan krbohidrat telah menarik sedikit zat kalsium dalam cheese tersebut. Jika anda menambah kopi serentak dengan pemakanan ini, kalsium yang ada pada cheese tersebut terus turun menjadi kosong. Kerana itulah cheese dianggap menggemukkan. Gantikan pemakanan sandwich anda dengan secawan green tea ataupun air kosong.
Tomato dan timun
Anda selalu lihat kombinasi ini dalam pemakanan harian anda. Jika anda ke gerai tau cafe pun, pasti anda akan jumpa kombinasi ini. Hakikatnya kombinasi ini tidak bagus kerana ia boleh menyekat laluan biokimia (tumbesaran) dalam tubuh anda. Kajian menunjukkan juga vitamin di dalam kedua-dua makanan ini tidak dapat hadam dengan sempurna jika ia dimasukkan bersama-sama. Ini kerana kedua-dua makanan ini mempunyai tempoh penghadapan yang berbeza, dan ia akan mengelirukan sistem badan anda untuk proses.
Kentang dan daging
Kombinas ini selalu kita jumpa dimana-mana gerai yang menghidangkan steak dan bebola daging. Tahukah anda bahawa kanji dalam kentang mahukan pencernaan alkalosis dan protein dalam daging berasid. ini akan menjadikan sistem penghadaman dalam badan anda tidak dicerna dengan bagus. Ini antara sebab anda terkena penyakit pedih ulu hati, gastrik dan sebagainya. Jadi, jika anda mangsa pedih ulu hati dan gastrik, elakkan makan makanan campuran kanji dan protein serentak.
Susu dan pisang
Kombinasi ini paling famous dikalangan mereka-mereka yang sedang menurunkan berat badan. Ini kerana ia senang disediakan, bernutrisi tinggi dan sedap diminum. Namun sebenarnya kombinasi ini boleh membantutkan sistem penghadaman dan habitat tidur anda akan menjadi tidak teratur. Dietitian percaya bahawa buah-buahan yang manis patut diambil secara berasingan bagi pencernaan dalam tubuh menjadi lancar dan mudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti seronok bercinta satu pejabat bukan? 24 jam pasangan di hadapan mata. Maka setiap hari pasti bersemangat untuk pergi bekerja. Tapi dalam keasyikan bercinta itu pasti ada pro dan kontranya. Maklumlah satu pejabat, maka cantik dan buruk setiap individu itu sering terserlah di kalangan rakan-rakan. Tanpa mengira di mana atau dengan siapa sekalipun anda bercinta, sudah pasti setiap hubungan itu akan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Akan sebegitu, jika merujuk kisah bercinta satu pejabat ini merupakan satu gosip yang sentiasa dinantikan oleh rakan sekerja. Bagaimana dengan anda jika gentar untuk memulakan? Usah khuatir, mari lihat kelebihan dan kekurangan ia untuk panduan kita bersama.
Negatif dan Positif Bercinta Satu Pejabat
Ciri-ciri Negatif
1.Sebelum memulakan percintaan satu pejabat, sama ada sesebuah syarikat itu mempunyai polisi atau tidak akan larangan bercinta, pasti ada batas-batas yang perlu anda ikuti. Bukan sekadar itu, di mana anda berdua pergi juga pasti akan sentiasa diperhatikan. Maka prestasi kerja pasangan juga akan dinilai berdasarkan sejauhmana hubungan. Jadi sanggupkah anda menempuh semua itu?
2.Sebelum memulakan percintaan perlu fikirkan dahulu apa yang terjadi jika percintaan itu terputus di tengah jalan. Bolehkah anda berurusan secara profesional dan bertemunya setiap hari?
3.Jika sedang hangat bercinta, janganlah pula memperlihatkan adengan romantis di depan rakan sekerja. Berpengangan tangan atau menyuapkan makanan ke mulut mungkin boleh dilakukan di tempat lain dan bukan di pejabat. Rakan-rakan pula pasti akan rasa tidak selesa jika aksi itu yang sering anda lakukan.
4.Ketika bercinta mungkin segala rahsia dikongsi bersama. Namun jika putus, segala kelemahan bekas kekasih akan digunakan untuk tujuan membalas dendam bagi menghancurkan kariernya.
5.Bercinta satu pejabat juga akan memberi kesan terhadap prestasi kerja jika anda tidak pandai mengawalnya. Terlalu beremosi atau ‘jiwang’ akan membuatkan anda hanyut dalam situasi itu.
6.Faktor ego juga akan memberi kesan andai kekasih lebih tinggi jawatannya di sesebuah organisasi. Malah jika bos pula bercinta dengan pekerja lagi haru! Ada pula kes berat sebelah dan pilih kasih.
Ciri-ciri Positif
1.Apabila satu pejabat maka anda boleh melihat pasangan dan sentiasa menjaga akan keselamatannya.
2.Melakukan kerja dengan lebih tekun kerana tidak mahu pasangan dan pengurusan melihat akan hubungan cinta itu akan memberi sebarang masalah.
3.Apabila ciri-ciri positif ini ada, maka syarikat pula pasti tidak akan menghalang percintaan anda berdua malah untuk yang lain juga.
4.Pasangan akan lebih mudah diketahui dari segi perangai serta keadaan mood masing-masing.
5.Oleh kerana bercinta sepejabat, maka anda akan lebih difahami jika bekerja lewat masa atau dibebani dengan tugasan yang banyak.
6.Ini juga akan memupuk sikap tolak ansur dan lebih memahami dalam apa jua urusan untuk pasangan.
Sanggup Atau Tidak?
Tidak perlu ketepikan cinta jika ia datang secara tiba-tiba hanya kerana si dia kerja di tempat yang sama. Bercinta satu pejabat bukanlah salah, tetapi anda perlu meletakkan sempadan di antara karier dan percintaan. Selain ia akan memberi impak positif kepada rakan sekerja anda, ia juga boleh mematahkan segala gosip yang berkaitan perhubungan itu. Lakukan dengan bijak! Tempat kerja merupakan landasan terbaik untuk anda lebih memahami pasangan dan dalam masa yang sama membina karier untuk masa hadapan yang lebih terjamin.