Sejak dahulu lagi masalah bau badan menjadi masalah yang sering menghantui kaum lelaki. Dek kerana lelaki lebih cenderung untuk berpeluh dengan banyak bila melakukan aktviti maka bau badan juga akan menjadi lebih signifikan.
Kadangkala kita sendiri pun hairan mengapa walaupun sudah berkali-kali mandi pun badan masih berbau.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah bau badan. Apatah lagi kita tinggal di sebuah negara beriklim tropika yang mempuyai kadar kelembapan tinggi sekaligus menyebabkan kita sentiasa berpeluh. Dan kekerapa peluh boleh menyumbang kepada masalah bau badan.
Contoh ketara badan berbau ialah akibat tak mandi dan tidak menggunakan sabun yang sesuai juga boleh menjadi faktor oenyumbang utama.
Ini beberapa fakta tentang bau badan yang harus anda tahu!
Kelenjar berbeza
Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan di bahagian alat sulit. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.
Bau rambut
Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.
BACA: 18 Mitos Diet Yang Orang Masih Percaya Hingga Sekarang
Penggunaan deodoran
Deodoran ini bukanlah satu perkara yang boleh kita anggap sebagai opsyen tetapi satu kewajipan! Deodoran bukan sahaj bertindak menghilangkan bau badan yang busuk tetapi menjadi benteng ‘pertahanan utama’ yang menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.
Terapi medik
Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.
Punca makanan
Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.
Guna sabun dengan betul
Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.
Faktor tekanan sebagai penyumbang
Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI