Sudah Lama Impikan Otot Triceps Yang Padu, Ini Senaman Yang Wajib Dibuat Guna Dumbell

1206

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada minggu ini, MASKULIN ingin berkongsikan antara senaman yang sesuai untuk kuatkan otot tricep bagi memudahkan segala kerja melapah serta menyembelih haiwan korban dengan mudah.

Bayangkan jika anda tidak buat persediaan, sukar untuk melakukan kerja dan melambatkan proses agihan.

Otot tricep (Lower arms) adalah otot yang terletak di bahagian belakang lengan Manakala bahagian hadapan pula dikenali sebagai otot biceps (Upper Arms).

Kedua-dua otot ini sentiasa menjadi idaman para peminat sukan bina badan serta lelaki kerana ia boleh menaikkan keyakinan seseorang tambah-tambah bila pakai baju tanpa lengan.

Coach Idraki Idrus berkongsikan sebuah video di Instagram tentang variasi senaman lain yang sesuai untuk menaikkan otot di bahagian Tricep. Ini kerana kebanyakan orang melakukan senaman yang mana tanpa sedar hanya untuk otot bicep sahaja.

Ikuti tipnya di bawah ini:

Otot TRICEPS terletak di bawah lengan mempunyai 3 bahagian (lateral, medial & long head) Kebiasaannya kita buat cable pushdown sahaja utk train triceps kita, jadi bahagian seperti long head of triceps kurang dapat perhatian berbanding yang dua tu.

So kita kena buat lebih variation supaya ketiga tiga bahagian triceps kita dapat muscle stimulation yang cukup.

BACA: Senaman Mudah Guna Sofa Agar Perut Pejal & Berotot, Hanya 15 Minit Sehari!

Senaman Dumbell Skull Crusher

Pastikan siku lock lebih (“correction”) daripada 90 degree

Gunakan beban yang moderate xterlalu berat

BACA: 4 Teknik Senaman Kaki Yang Mudah Untuk Lelaki Ikut Kalau Nak Dapat Kaki Super Seksi

Turunkan dumbbell sejauh yang boleh untuk dapat stretch yang cukup

Naikkan dumbbell tanpa menghayun lengan ke depan, pastikan siku sentiasa LOCK ?

Buat Dalam lingkungan 4 Set.