Apakah sifat romantik itu satu kemestian bagi seorang suami? Mungkin ramai yang beranggapan ya, tetapi bekas juara Keirin dunia, Datuk Azizulhasni Awang mempunyai yang cukup menarik mengenai topik ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Azizulhasni melontarkan pandangan beliau tentang topik ini dengan gaya yang bersahaja, namun cukup mendalam untuk difikirkan oleh para suami di luar sana.
“Sejujurnya saya ni bukanlah romantik mana pun. Kalau nak ikutkan, saya ni komando punya style. Tegas, keras dan hati kering,” ujar Azizulhasni secara jujur dalam perkongsian tersebut.
Beliau menggambarkan dirinya sebagai seorang suami yang lebih kepada sifat ketegasan berbanding kelembutan. Namun, dalam masa yang sama beliau sedar akan pentingnya keseimbangan antara ketegasan dan kelembutan, terutama dalam hubungan dengan anak-anak dan isteri.
Sebagai seorang suami, Azizulhasni juga sering berhadapan dengan situasi di mana isterinya memberi ‘hint’ bahawa beliau tidak romantik. Namun, beliau lebih memilih untuk mengambil pendekatan yang berbeza.
“Saya pekakkan telinga je lah bila kena sound macam tu. Sebab orang lelaki kan penyabar dan lebih bijak,” katanya sambil berseloroh.
Sebagai seorang atlet, kehidupan Azizulhasni penuh dengan perancangan yang teliti dan taktik yang mendalam, terutamanya ketika berlumba dalam acara Keirin.
Beliau membandingkan pendekatan romantik dalam perkahwinan dengan strategi dalam perlumbaan tersebut. Menurut beliau, jika terlalu kerap menunjukkan sifat romantik, ia boleh mengurangkan kesan yang diharapkan.
“Kalau kita selalu sangat over romantik ni, effect dia akan berkurangan,” jelas beliau. “Dalam penulisan pun tanda seru (!) hanya digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Kalau! Kita! Guna! Terlalu! Kerap! Dia! Akan! Jadi! Sakit! Kepala!”
Analoginya jelas – sifat romantik perlu disimpan dan digunakan pada waktu yang tepat agar impaknya lebih terasa.
Bagi Azizulhasni, ia bukan soal tidak romantik, tetapi lebih kepada memilih masa yang tepat untuk ‘menghentak’ dengan romantis.
Azizulhasni mengibaratkan sifat romantik suami dengan ‘henjutan’ dalam perlumbaan Keirin. “Bila henjutan dilakukan tepat pada waktunya, pihak lawan tidak dapat mengejar dan tidak sempat untuk memotong kita di garisan penamat,” katanya.
Dalam konteks perkahwinan, apabila sifat romantis digunakan dengan betul, ia akan menghasilkan kesan yang luar biasa kepada pasangan.
Beliau juga berkongsi tips mudah tetapi berkesan untuk suami yang ingin menunjukkan sifat romantik mereka.
“Bila romantik itu digunakan pada tempat dan waktu yang betul, maka effect dia akan jadi berganda-berganda. Barulah hati si isteri berbunga-bunga.”
Menurut Azizulhasni, isteri pasti akan tersenyum dan menyedari sisi romantik suami, walaupun ia tidak selalu ditonjolkan.
Antara tips lain yang dikongsi beliau adalah memberikan “jelingan maut” sambil menjawab dengan nada bersahaja, “I malas nak tunjuk je.”
Sering kali, isteri hanya mahukan sedikit perhatian dan usaha daripada suami, dan dengan sedikit sentuhan romantis yang bersahaja, ia boleh membuatkan isteri merasa lebih dihargai.
Azizulhasni juga menegaskan perbezaan penting antara sifat romantik dan kewajipan suami. “Romantik tu benda yang si suami boleh play around ikut citarasa.
Tetapi kewajipan adalah benda yang telah termaktub dalam hukum,” tegasnya. Bagi beliau, tanggungjawab seorang suami bukan hanya terletak pada sifat romantis semata-mata, tetapi lebih kepada memenuhi kewajipan sebagai pemimpin dalam keluarga.
BACA: Usia 70 Tak Halang Jackie Chan! Aksi Lasaknya Buat Kru Produksi Terkedu
Azizulhasni Awang turut berkongsi nasihat berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai seorang suami. “Janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Insan yang jaga makan minum kita, mendidik dan besarkan anak-anak kita,” katanya.
Pengorbanan isteri tidak boleh dipandang ringan, dan sebagai suami, kita harus sentiasa menghargai segala usaha mereka.
Beliau menutup perkongsiannya dengan menegaskan bahawa segala tindakan yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT akan diberkati dengan kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah 261)
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: FB Azizulhasni Awang