Jangan yakin sangat jika anda memiliki pendidikan yang tingggi serta rupa paras yang kacak, anda mampu menjadi dambaan wanita seluruh dunia semudah itu.

Lebih-lebih lagi jika anda sudah bergelar suami dan isteri adalah insan yang paling rapat dapat menilai keperibadian sebenar anda.

Dalam erti kata lain, dengan ahli keluarga lain anda mungkin boleh berpura-pura macam Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur, tetapi bukan di hadapan seorang wanita bergelar isteri.

Untuk mengelakkan hubungan anda musnah dan hilang kemesraan di antara suami dan isteri, ini adalah antara perangai ‘busuk’ yang lelaki harus ditinggalkan jauh-jauh :

1. Lelaki yang tidak solat

Orang yang berani meninggalkan solat, bermaksud berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia.

Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)

Bagaimana untuk menjadi suami yang baik jika  tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah saw.

2. Lelaki yang gemar melakukan dosa besar

Misalnya, mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

3. Dayus

Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat.

Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno.

Ads

Selain itu, dia membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki dan berketawa dengan lelaki lain. Kalau suami kaki pukul pun dikira dayus juga.

4. Anak Mak

Lelaki yang manja bukanlah lelaki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada ibunya.

Betul, walaupun sudah berkahwin, si suami wajib mengutamakan ibunya kerana ibunya tetap no 1, tak salah kalau minta nasihat ibu dalam apa-apa jua perkara tetapi kalau bab keputusan mesti berbincang bagus-bagus tanpa mengira sebelah pihak (ibu) sahaja.

5. Lelaki yang jauh lebih tua

Kamu berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan?

Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu seksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam.

Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah? Jodoh memang tidak mengira usia, tetapi si suami dikhuatiri tidak dapat memenuhi kemahuan seksual isteri yang muda, bahkan bakal timbul masalah dalaman dalam rumahtangga.

Ads

6. Lelaki yang sombong dan suka bangga diri

Orang yang memiliki mentaliti seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri.

Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu. Lelaki begini, egonya sangat tinggi.

Jika berkahwin dengannya, anda pasti jadi macam hamba abadi dan dia bos. Jauhi lelaki ini sebab orang yang sombong memang susah ditegur.

7. Workaholic

Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain.

Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tak ubah seperti alat dalam rumah tangga.

Ads

Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin. Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah seksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang sedap.

Ya, mencari nafkah dan duit memang tanggungjawab suami, tapi jangan pula busy kerja sampai lepas tangan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga.

8. Menderhaka kepada orang tua

Lelaki seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain.

Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu?

Derhaka kepada orang tua tidak akan sesekali mencium bau syurga. Jika si lelaki sanggup derhaka dengan orang tuanya sendiri, apa sangat kalau dia nak buat perkara yang sama dengan si gadis?

9. Lelaki Lembut

Lelaki seperti ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan fikirannya lebih menyerupai wanita.

Dia tidak dapat berdikari dalam kehidupan dan tidak memiliki kesediaan untuk memikul tanggungjawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang.

Allah sangat melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai nafsu songsang dan terpaksa berkahwin bagi mengaburi orang ramai tentang nafsu songsang tersebut.

10. Lelaki yang kedekut

Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI