Artikel dari sebuah akhbar tempatan pada 24 Julai 2011 ada menyatakan bahawa isteri ramping merupakan faktor utama rumah tangga bahagia. Adakah ini benar? Kajian mendapati lelaki berpuas hati jika pasangannya menjaga bentuk badan.
Satu penyelidikan di Tennessee yang dijalankan selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan. Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.
“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Ads
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.
Ads
“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.
“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, badan ramping, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.
Ads
Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan. Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenainya.
Sumber : BHonline
Jadi kami sendiri bertanya kepada anda, adakah benar fakta bahawa lelaki lebih cenderung kepada wanita yang berbadan ramping berbanding berisi, ataupun fakta ini tidak sesuai untuk Masyarakat Malaysia? Komen!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi seseorang yang memiliki ukuran tubuh agak rendah berbanding orang lain, pasti ada waktunya muncul mood rasa down sangat. Nak berfesyen pun takut sebab tubuh rendang.
Buat lelaki yang mempunyai bentuk tubuh yang tinggi dan kurus mungkin tiada masalah kerana boleh menggayakan pelbagai jenis pakaian tanpa sebarang masalah.
Namun, tidak bagi lelaki yang rendah yang lebih sukar untuk mencari pakaian sesuai dengan potongan badan mereka.
Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin kongsikan 5 trik yang perlu anda expert terutamanya bagi lelaki bertubuh pendek untuk nampak lebih stailo.
Antara kesalahan besar dan pantang larang untuk lelaki adalah memakai baju dengan corak melintang kerana ia akan menjadikan anda kelihatan bertambah pendek. Pakaian kolar bulat juga tidak sesuai sebaliknya pilih rona gelap dan baju dengan kolar ‘V’ sebagai alternatif. Cuba masukkan baju ke dalam (tug in) seluar bagi menyerlahkan bentuk kaki yang lebih panjang.
2. Warna pakaian
Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengelakkan memakai baju berwarna terang kerana akan menyerlahkan kekurangan diri anda yang bertubuh pendek. Sebaliknya, pilih pakaian rona gelap atau senada bagi memberi ilusi tubuh lebih tinggi dan besar. Jadi, jangan pandang remeh kerana pemilihan warna pakaian amat penting!
3. Jaket
Bukan satu kesalahan untuk mereka yang bertubuh pendek memakai jaket cuma pastikan potongan itu sesuai dengan anda. Untuk lelaki, tidak perlu rasanya untuk memakai jaket berlapis untuk menutup kekurangan diri anda sebaliknya memadai dengan sehelai saja. Cuba elak mengenakan jaket yang mempunyai terlalu banyak butang.
4. Kasut
Bagi lelaki, jangan sangka kasut bertapak tebal atau tinggi seperti but membantu anda kelihatan berbeza daripada ketinggian sebenar kerana tumpuan orang mungkin akan terarah kepada kasut anda saja. Jadi, kasut tapak biasa sudah memadai malah lebih selesa ketika dipakai.
5. Aksesori
Jangan ambil mudah dengan pemakaian aksesori kerana silap pemilihan, kekurangan diri anda akan terserlah. Bagi lelaki yang bekerja di pejabat, pilih tali leher yang kecil dan ringkas, contohnya ‘skinny tie’. Beg pula janganlah terlalu besar kerana dikhuatiri menenggelamkan badan anda yang kecil itu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat penggiat aktiviti sukan terutamanya larian, jenama ASICS pastinya tidak asing lagi. Jenama asal Jepun ini cukup dikenali sebagai salah satu pengeluar barangan sukan yang cukup berkualiti tinggi.
Menembusi pasaran antarabangsa bukanlah satu perkara yang cukup mudah namun dengan pengalaman sedia ada mereka dengan kepakaran teknologi terkini menjadi ASICS cukup gah di mata penggiat sukan.
Melebarkan sayapnya untuk pasaran di Malaysia, ASICS telah melancarkan kedai konsep terbarunya di IOI City Mall, Putrajaya. Majlis pelancarannya disempurnakan oeh Ketua Pengawai Eksekutif ASICS, Yasuhito Hirota.
Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiri atlet dan pempengaruh kecergasan popular seperti Tahira Najmunisaa, Ho Yen Mei, Daren James Nair, Ziq Junaidy, Nik Fakharuddin, Noor Amelia, Abdul Rahman Abu Hassan, Daphne Ng dan juga duta produknya, Hariz Hamdan.
Terletak di tingkat bawah di West Court, ASICS IOI City Mall Putrajaya membuka pintunya baru-baru ini untuk mengalu-alukan orang ramai untuk melihat pengalaman dalam kedai yang baharu dan dipertingkatkan. ASICS IOI City Mall Putrajaya merupakan Kedai ASICS pertama di Malaysia yang melaksanakan konsep reka bentuk ini.
Konsep peruncitan baharu ini mengambil iktibar daripada falsafah panduan jenama, ‘Sound Mind, Sound Body’ yang bertujuan untuk menggalakkan impak positif sukan pada minda. Merangkul kesederhanaan, pengguna dialu-alukan ke ruang intim yang diselingi oleh kemasan semula jadi dan tenang.
“Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang sangat untuk ASICS. Kami berbesar hati untuk mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa di negara ini dengan kesetiaan, kepercayaan dan sokongan di kalangan pelanggan.
“Pembukaan kedai konsep baharu ini menjadi satu peristiwa penting buat kami di ASICS. Ia mengukuhkan pertumbuhan jenama dan mencerminkan komitmen kami kepada pelanggan kami, menawarkan mereka lebih banyak pilihan dan kebolehcapaian kepada rangkaian produk kami yang luas serta menjalin hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan kami,” jelas Pengurus Negara ASICS Malaysia, Encik Boon Tib Soom Nik.
ASICS IOI City Mall Putrajaya akan menempatkan dan mempamerkan rangkaian luas kasut dan pakaian daripada pelbagai kategori sukan merentas Performance Running; Sukan Prestasi Teras daripada tenis, badminton kepada bola jaring dan bola tampar, serta Sportstyle, kategori gaya hidup jenama.
Antara tawaran istimewa yang dipaemrkan di ASICS IOI City Mall Putrajaya ialah koleksi terkini SS23 terkini seperti kasut larian GEL-NIMBUS™ 25 dan GEL-CUMULUS™ 25, siri larian laju METASPEED™+; SOLUTION SPEED FF, GEL-RESOLUTION™ 9 dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah filem kegemaran kamu sepanjang tahun 2017 ini? Filem cinta, seram, biografi serta fantasi antara genre utama yang dipaparkan sepanjang tahun 2017. Ada yang terbaik, namun ada pula yang kurang memberangsangkan. Jika kamu masih lagi tidak sempat untuk menonton filem terbaik sepanjang tahun ini, nah! Kami sajikan kepada kamu barisan filem yang wajib kamu tonton sebelum tahun 2017 melabuhkan tirai!
Tahun 2017 adalah tahun yang paling kerap penulis ke panggung wayang untuk menonton barisan filem yang sememangnya terbaik. Ada diantara filem yang mempuyai mesej tersendiri yang disampaikan dalam corak yang sangat bersahaja, namun sinematografi nya sangat cemerlang. Ada juga filem yang sarat dengan mesej tersirat yang kadang-kala susah untuk difahamkan untuk sesetengah pihak. Namun, segalanya tentang pembaharuan. Tidak kisahlah dari segi jalan cerita, mesej yang ingin disampaikan, barisan pelakon mahupun helaian yang disarungkan, semuanya menjadikan perfileman tahun ini lebih meriah!
Victoria & Abdul
Melihat dari segi rekaan posternya, pasti ramai yang sudah agak tentang jalan ceritanya. Hubungan rapat antara Ratu Victoria dengan hambanya iaitu Abdul. Namun, sebenarnya, filem ini punya kecantikan tersendiri, bukan sahaja kerana lokasi pengambaraannya malah rentetan setiap babak sungguh sempurna dengan gabungan emosi yang gembira, sedih, kecewa serta konflik yang timbul, cukup rasanya! Diarahkan oleh Stephen Frears, ia diinspirasikan daripada cerita benar tentang hubungan yang sangat rapat diantara Ratu Victoria lakonan Judi Dench dan “sahabat baik”nya yang beragama Islam, Abdul Karim lakonan Ali Faizal. Bermula seagai seorang hamba yang mengembara dari tanah India ke negara Britain, Abdul Karim punya impian untuk melihat wajah Ratu di depan mata. Impian nya menjadi realiti dan dia sendiri tidak menyangka bahawa hubungannya bersama Ratu menjadi begitu akrab sehingga Ratu sendiri mengangkat martabatnya sebagai orang kanan beliau. Ratu Victoria mula belajar penulisan Urdu dan mengenali Al-Quran dan Islam melalui Abdul Karim. Namun di pengkahiran cerita tidaklah seindah permulaan sebuah cerita. Kamu harus menontonnya sendiri! Siapkan tisu di tangan! Biarpun ia bergenre komedi-drama, tapi masih mampu mengeluarkan air mata kamu!
Get Out!
Konflik. Sukar diramal setiap babak cerita ini. Bermula dengan watak psycho seorang ibu hinggalah kepada anak perempuannya, semuanya menjadi misteri dan seram. Filem arahan Jordan Peele ini merupakan sebuah filem misteri/ seram yang berbeza dari kebiasaan. Semua babak punya elemen surprise tersendiri. Gabungan watak Chris Washington yang dilakonkan oleh Daniel Kaluuya serta watak Rose Armitage lakonan Allison Williams berjaya membuatkan para penonton cemas setiap masa! Pada plot awal filem ini kamu mungkin memikirkan keluarga Rose ini racist pada teman lelakinya, Chris kerana warna kulitnya. Mungkin juga kerana semua pekerja di rumah Rose adalah dari golongan “black people”. Lama-kelamaan, corak drama nya bertukar kepada tanda tanya terutamanya apabila watak ibu kepada Rose, yang dimainkan oleh Catherine Keener, mula menjadi figura utama dalam filem ini. Berada dalam dimensi luar yang gelap gelita antara hint cerita ini bukan untuk kamu menonton seorang diri! Selamat menonton!
Mother!
Mother! adalah sebuah karya yang mengilham pengorbanan seorang ibu dengan corak penyampaian yang rumit untuk difahami namun indah apabila memahami rangkaian isi tersurat. Tambahan pula, lakonan mantap dari pemenang Oscar, Jennifer Lawrence dan digandingkan dengan pelakon lelaki hebat, Javier Bardem, cukup untuk menjadikan filem ini sebuah filem yang mahal nilainya. Bukan mahal dari segi penghasilan, malah dari segi corak filem ini. Kontroversi yang diciptakan filem ini terus menerus menjadikan orang ramai tertanya-tanya apakah yang berlaku dalam setiap babak filem ini. Ok! Mungkin plot filem ini sedikit berguling seperti “roller-coaster”. Ada watak yang mungkin tidak relevan dalam filem ini, dan ada pulak situasi di mana idealistiknya langsung tidak masuk akal. Nah! Itulah keindahan filem ini sebenarnya. Seperti sukarnya menjadi seorang ibu, begitulah bagaimana pengarah filem ini, Darren Aronofsky ingin membawa penonton merasai keperitan itu. Benar kata orang, pengorbanan seorang ibu itu kadang tidak dapat difahami kalau hanya dengan mata yang melihat, ia harus dirasai seperti mana api membakar diri seorang ibu seperti mana dalam plot terakhir drama ini. Benarlah juga, kasih dan cinta seorang ibu itulah yang kekal selama-lamanya. Tiada tandingan. Jadi persiapkan diri kamu untuk mengembara ke arus dimensi berbeza dalam filem ini.
“Hope is a weapon”. Well.. mungkin apabila kita bercakap mengenai filem perang, kita akan menggambarkan bandar yang musnah, kereta kebal yang mula memasuki kawasan yang dijajah, ribuan askar bertempur di dalam hutan, si isteri kehilangan keluarga dan sebagainya. Namun tidak kepada filem arahan Christopher Nolan ini yang sememangnya mengetengahkan konflik dalam satu tempat dan masing-masing sedaya upaya untuk hidup walaupun peratusan untuk menyelamatkan diri itu sikit. Apa yang paling menarik tentang filem ini adalah kehadiran Harry Styles yang melakonkan watak Alex cukup memberangsangkan. Jika kamu mahu tahu tentang apa yang berlaku dalam setiap rentetan peristiwa yang berlaku dalam setiap plot cerita ini, harus tontonnya sendiri! Sarat dengan adegan membantu rakan sendiri dari terkorban, filem ini antara naskah yang mahal dalam penghasilan filem ini yang menelan belanja hampir jutaan USD.
Detroit
‘Detroit Rebellion” yang berlaku pada tahun 1967 adalah inspirasi utama pengarah Kathryn Bigelow dalam menyempurnakan jalan cerita yang penuh ganas ini. Sekali lagi, Kathryn mencipta kontroversi dari filem arahannya selepas filem The Hurt Locker menjadi bualan ramai pada tahun 2010. Penindasan, tunjuk perasaan serta kuasa politik antara intipati utama dalam menjadikan filem ini lebih menarik. Jalan cerita yang diaspirasikan dari tragedi sebenar, Lebih dari 40 orang terbunuh dalam tragedi ini dan rata-ratanya adalah mereka yang berdarah “Afrika-Amerika”. Mahu tahu lebih lanjut mengenali konflik dalam plot filem ini? Jom lah tengok!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.