Ramai wanita merungut badan mereka jadi naik selepas kahwin. Kenapa sampai boleh naik? Biasalah.. terdapat pelbagai faktor sebenarnya.
Antara salah satunya, seseorang wanita itu telah melahirkan anak dan tidak sempat bersenam secara komprehensif kerana sibuk menjaga anak.
Namun begitu sebagai suami, tak usahlah rasa malu jika badan isteri sudah naik kerana tahukah anda, wanita berbadan besar ini sebenarnya sangat istimewa?
Tidak dinafikan wanita yang berbadan chubby sebenarnya lebih sedap dipeluk. Tak kiralah semasa tidur atau pun semasa bermanja, wanita berbadan chubby ada auranya yang tersendiri.
Sekali badan wanita naik, bahagian lain juga seperti payudara dan punggung mereka juga akan naik. Bukankah itu antara bahagian kegemaran lelaki? Maka bersyukurlah para suami!
Hati-hati! Jagalah isteri anda baik-baik. Pada saat anda merasakan isteri anda tidak cantik kerana berbadan besar, ketahuilah anda lelaki lain yang berselera dengan isteri anda. Jangan sampai perkara ini berlaku.
Siapa yang boleh sangkal wanita chubby ini tidak comel atau pun seksi? Ternyata mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang mampu membuatkan lelaki cair dan jatuh cinta.
Walau apa-apapun sebagai suami, terimalah keadaan isteri itu seadanya dan jaga pasang niat untuk mencari yang lain.
Tak salah kalau isteri mahu chubby tetapi pastikan berat badannya adalah ideal dan sihat. Kalau isteri nak turunkan berat badan, sokonglah dan jangan pula perli ya!