Gaya Hidup

Suami Geram Isterinya Dimarahi Matron Kerana Bantu Mangsa Kemalangan!

Share

Seorang suami meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada seorang penyelia juruwat (matron) yang memarahi isterinya kerana tiba lewat di tempat bertugas.

Ujar Tengku Shahril Tengku Hussein, kelewatan isterinya bukanlah disengajakan sebaliknya dia bersama isteri membantu mangsa kemalangan di Batu Caves pada pagi itu.

Bantu mana yang termampu

Berpegangkan kepada matlamat ‘KAMI SEDIA MEMBANTU’, mereka berdua memantau mangsa sehingga bantuan ambulans dari Hospital Selayang tiba.

Lebih-lebih lagi mereka antara anggota kesihatan yang kebetulan ada dan melintasi kawasan kejadian seawal pukul 7.40 pagi.

Sedih dan berang matron tidak prihatin

Kerana kejadian itu, isterinya tiba di tempat bertugas pada pukul 8.30 pagi dan dimarahi seorang matron kerana masuk agak lewat.

Walaupun diberi bukti, matron berkenaan siap menegaskan sekiranya sudah merawat pesakit, terus tinggalkan mangsa begitu sahaja dan masuk ke tempat kerja on time.

Lebih menambahkan geram di hati sang suami apabila matron itu dikatakan memarahi isterinya di hadapan staf lain.

Matron siap ugut isteri

Kongsi Tengku Shahril laman Facebooknya, isterinya kini berdepan stress angkara sikap matron tersebut yang siap mengugut tanpa sebarang sebab yang munasabah.

“Hati dah keras bertekad nak ke KKM buat aduan. Doakanlah isteri saya tabah dari matron yang seorang ini.

“Mohon KKM segera pindahkan isteri saya dari HKL ke Selangor,” luah lelaki terbabit yang kesal dengan perkara yang terjadi.

Published by
Akyem Samad