Apabila seseorang suami pulang ke rumah selepas waktu kerja dan banyak mendiamkan diri, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Boleh jadi suami sedang menyembunyikan masalah kewangan atau masalah pejabat namun apa yang lebih teruk adalah suami dingin kerana masalah rumah tangga.

Keceriaan yang dipupuk semasa bercinta hilang serta beransur-ansur pudar. Sebagai isteri, anda harus cekap menangani permasalahan ini.

Mungkin si suami akan mendiamkan diri apabila ditanya tentang apa masalahnya atau keserabutan yang melanda mindanya tetapi sebagai isteri, cuba semak perkara di bawah.

Ada atau tidak yang anda mungkin terlepas untuk :

1. Tidak menyediakan keperluan 

Ads

Kesibukan bekerja menyebabkan isteri tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

2. Sukar beri layanan seks 

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika boleh beri lebih
daripada itu pastinya akan menambah lagi sayang seorang suami kepada isterinya

Ads

3. Melakukannya seperti orang suruhan 

Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja.   Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

4. Amalkan gaya hidup sosial 

Ads

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

5. Berpenampilan tidak menarik 

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Apa pendapat pembaca? Kongsikan bersama Maskulin.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI