Jika anda seorang pelajar, terimalah hakikat bahawa anda masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Maka, anda perlu ketahui tip menguruskan kewangan dan perbelanjaan yang betul agar tidak timbul masalah kemudian hari. Jangan tahu enjoy saja. Patuhi tip kewangan dan perbelanjaan yang disarankan ini.
Tip pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Kenal pasti sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah keperluan atau tidak. Jika tidak, anda mesti kurangkan perbelanjaan terebut.
Tip kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, buku, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.
Tip ketiga : Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, kenal pasti kembali di mana wang anda di gunakan.
Tip keempat : simpan wang yang tidak digunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang yang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.
Tip kelima : Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih daripada kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.
Ads
Tip keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.
Tip ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang berduit banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
Tip kelapan : Sertai aktiviti kampus.
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat aktif dengan aktiviti dalam persatuan , kelab, sukan dan sebagainya.
Tip kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja
Ads
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.
Tip kesepuluh : Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.
Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Kadangkala tanpa disedari, wang saku harian habis dibelanjakan.
Salah satu alat bantu yang baik untuk pelajar ialah penggunaan `Buku Wang Saku’ yang diterbitkan oleh Bank Negara. Buku ini merupakan cara yang mudah untuk membantu seseorang pelajar merancang kewangan melalui rancangan berbelanja harian. Berikut adalah beberapa faktor-faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan:
1-Rancang Perbelanjaan
Ads
Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian.
Setiap kali menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang.
2-Belanja Dengan Bijak
– Satu lagi petua merancang kewangan adalah dengan mengetahui cara-cara bagaimana membelanjakan wang dengan bijak. Cara berbelanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.
-Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Bagi pelajar yang dapat mengawal perbelanjaan pula, elakkan daripada meminjamkan wang kepada kawan-kawan.
-Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
-Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu bapa.
3-Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini disebabkan wang perlu digunakan pada bila-bila masa.
4-Menyimpan Wang, Biarlah Di Tempat Selamat
Baki wang yang ada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibu-bapa untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan dengan bank.
5-Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kaum lelaki hari ini sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka juga memerlukan solekan untuk tampil lebih yakin dikhalayak ramai. Ia juga rahsia bagaimana kebanyakan personaliti kelihatan lebih yakin di depan khalayak dengan wajah yang sekata!
Walaupun kulit lelaki dan wanita berbeza, anda sebagai lelaki juga perlu menumpukan perhatian terhadap kulit wajah anda. Meskipun kulit lelaki lebih kasar dan tebal berbanding kulit wanita tetapi kemunculan jerawat, jeragat, warna kulit tidak sekata dan apa saja masalah kulit juga boleh menyerang wajah anda.
Begitu juga dengan penjagaan bibir anda. Mana mungkin wanita boleh jatuh hati pada anda yang sedang berdepan masalah bibir kering dan gelap! Bulu-bulu halus yang terdapat pada wajah anda akan menampakkan anda sebagai seorang yang tidak menitikberatkan penampilan. Bulu kening dan bulu hidung yang panjang dan berselerak perlu di ‘cantas’ agar nampak lebih kemas.
Untuk membantu anda, kami berikan beberapa langkah mudah bagaimana seorang lelaki juga boleh mengenakan solekan agar kulit tampil lebih bersih dan bebas cela. Oh… Solekan yang kami maksudkan bukan solekan yang keterlaluan.
1. Mulakan dengan membasuh wajah. Lakukan tiga langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Basuh wajah mengikut urutan bulatan untuk mengeluarkan sel kulit mati. Elak menggosok dan lap dengan tuala yang bersih. Untuk melembap, cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas di sekitar wajah sehingga leher.
2. Bagi lelaki metroseksual, foundation adalah cecair wajah yang wajib dipakai pada muka. Namun, ia tidaklah penting kerana ia sekadar mahu menutup keseluruhan wajah anda. Jika anda benar-benar mahu menutup keseluruhan wajah anda, pastikan anda cukur wajah terlebih dahulu.
3. Gunakan concealer untuk menutup cela pada wajah anda. Apabila memilih concealer, pastikan anda uji pada pergelangan tangan untuk mencari warna yang serasi dengan kulit wajah. Concealer bertindak sebagai penutup kesan jerawat, bulatan gelap bawah mata dan bintik merah pada kulit. Cara mudah untuk menyapu concealer adalah dengan menggunakan jari.
4. Untuk meratakan concealor supaya tidak kelihatan bertompok dan bertindih dengan warna kulit asal, gunakan berus untuk menyapu bedak tabur pada wajah supaya sekata dengan wajah anda. Sapukan bedak pada kawasan yang anda sapukan concealor.
5. Lip balm atau salap bibir amat berguna untuk melindungi bibir dari kering akibat cuaca seperti penghawa dingin. Semestinya pilih lip balm tanpa warna. Memakai lip balm setiap hari membantu bibir anda lebih lembut dan mengelak bibir menggelupas.
6. Elak tidur dengan wajah ada makeup. Pastikan anda membersih wajah setiap hari sebelum masuk tidur kerana kulit juga perlu bernafas. Membiarkan kulit tanpa menanggalkan solekan boleh merosakkan kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang kering, jangan lupa sapukan pelembap khas untuk malam.
Mungkin anda merasakan langkah ini menyusahkan dan tidak sesuai dilakukan oleh kaum lelaki. Sekurang-kurangnya, wajah yang bersih dan bebas cela mampu memberi anda keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai tanpa perlu mengenakan kaca mata hitam atau topi untuk melindungi wajah kusam. Tepuk dada tanya selera!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula pada 11.11 (11 November 2017) sehingga 14.12 (14 Disember 2017) dengan menampilkan 60 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.
Bertemakan “Shop the Universe”, Lazada Malaysia pada tahun 2017 telah memperkenalkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli di Malaysia.
“Online Revolution 2017”, acara membeli belah terbesar telah dilancarkan oleh Lazada Malaysia.
Antaranya:
Barangan Digital yang merangkumi e-baucar Lazada, Kad hadiah Petronas dan pakej pelancongan
Kedai Rasmi dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal
Koleksi Taobao yang termasuk produk dan barangan istimewa daripada Penjual Taobao China yang teratas.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik, barangan pada harga serendah RM1. Bahkan hadiah bernilai lebih RM 60 juta boleh dimenangi, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza dan banyak lagi!
Rasanya macam tak logik kalau anda tak pernah menonton filem super popular lakonan dan arahan pelakon legenda Hong Kong, Stephen Chow berjudul ‘Kung Fu Hustle’.
Kini selepas hampir 15 tahun akhirnya peminat boleh bersorak gembira dengan berita terbaru yang diumumkan oleh Stephen Chow sendiri.
Masa untuk anda ingat kembali geng kapak dan hikmat tumbukan Telapak Buddha! Ya, filem sekuel ‘Kung Fu Hustle’ akan mula menjalani penggambaran dalam masa terdekat!
Namun menurut Stephen Chow, ia bukanlah sekuel secara terus tetapi lebih kepada pewaris kisah yang ditonjolkan di dalam ‘Kung Fu Hustle’.
Pengesahan tentang filem yang bakal menarik perhatian global ini diumumkan sendiri oleh Stephen Chow menerusi satu temu bual di Guangzhoue ketika mempromosikan filem terbarunya, ‘The New King of Comedy’.
“Ia bukanlah satu sekuel yang secara langsung. Filem ini akan menjadi filem kung fu moden yang berlaku di sebuah negara asing dan mempunyai kisah unik tersendiri. Tetapi membawa semangat serta konsep sama dengan ‘Kung Fu Hustle’,” jelasnya.
Bagi MASKULIN itu pun sudah cukup menggembirakan kami!
Bagaimana dengan anda… adakah anda teruja dengan filem sekuel ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.