Bila bercakap tentang stretch mark ia sering dikaitkan dengan wanita terutamanya yang terpaksa hadapinya selepas bersalin.
Kesan stretch mark yang paling ketara biasanya berlaku pada bahagian perut dengan kondisi kulit yang meregang dan pecah akibat perubahan bentuk badan secara mendadak.
Anda sebagai lelaki jangan tarik nafas lega dulu ya. Stretch mark juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Dan apabila pekara ini berlaku ia sekaligus menjejaskan keyakinan diri anda dan juga menyebabkan rasa tak selesa pada bahagian yang alami kondisi tersebut.
Stretch mark di kalangan lelaki boleh berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya ialah;
Obesiti
Apa bila berat badan meningkat terutamanya dalam masa singkat kulit pada bahagian perut, pinggang, punggun dan peha akan alami strech mark. Dan ia akan semakin jelas kelihatan apabila anda kembali turun berat badan.
Pertubuhan otot
Ada sesetengah orang melakukan work out untuk membina otot terutamanya di bahagian kaki, peha dan tangan. Namun akibat pertumbuhan otot secara mendadak lalu menyebabkan stretch mark boleh berlaku di bahagian tersebut.
Pengambilan steroid
Stretch mark juga boleh berlaku kepada anda yang mengambil ubat-ubatan mengandungi tinggi kandungan steroid. Ini kerana steroid boleh merosakkan kolagen kulit sekali gus menyebabkan stretch mark.
Terdapat beberapa jenis stretch mark yang boleh berlaku terutamanya terhadap golongam lelaki.
Albicant lines
Juga dikenali sebagai distension stretch mark, kondisi ini berlaku apabila anda mengalami penurunan berat badan secara drastik. Sebagai contoh dari 120 kilogram kepada 70 kilogram. Antara bahagian terjejas teruk ialah dada dan perut.
Puberty stretch mark
Pernah tak anda melihat garis-garis halus di kulit anda atau rakan-rakan terdekat. Ia biasanya berlaku akibat pengambilan ubat dan biasa muncul di bahagian punggung dan pinggul.
Rapid muscle growth strech mark
Pertumbuhan otot yang mendadak di bahagian badan terutamanya otot trisep dan otot bahu. Ia menyebabkan berlakunya regangan otot.
Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh membantu anda hilangkan stretch mark. Antara sumber semula jadi yang boleh membantu ialah: