Sejak kebelakangan ini kerap kali kita mendengar tentang kematian melibatkan individu dikenali ramai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Allayarham Ashraf Sinclair, seorang bintang dikenali ramai sebagai ‘family man’ meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Perkara seperti ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun seseorang itu dilihat dalam keadaan sihat secara luarannya.

Seorang pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad mengulas tentang perkara ini dan mengatakan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi faktor kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan obeseiti tetapi stres juga telah terbukti berdasarkan penemuan baharu pakar perubatan.

PETANDA ADA STRES

Jelasnya menerusi laporan dari Sinar Harian berkata, ““Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

IKLAN

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.

Stres Kini Jadi Punca Utama Serangan Jantung Golongan Muda

“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres.”

IKLAN

Berdasarkan pengalaman beliau juga pernah menemui beberapa orang pesakit kronik yang disebabkan oleh stres. Tidak kurang juga dengan selebriti dan artis yang banyak terlibat dengan aktiviti seni seperti penggambaran hingga lewat malam malah ke awal pagi. Ditambah pula dengan faktor stres luaran yang boleh menjadi penyumbang kepada masalah fungsi jantung.

KESAN DALAM JANGKA MASA PANJANG

Jelas Dr Zubaidi lagi, sekiranya stres dibiarkan tanpa diubati, dalam tempoh lima hingga 10 tahun, pesakit akan mula merasai kesannya.

IKLAN

“Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.

“Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya.

Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Sumber: Sinar Harian

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI