Isi Kandungan
ToggleBagi mereka yang bekerja dengan gaji yang stabil, memiliki simpanan RM1 juta dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin dianggap perkara biasa, terutama bagi mereka yang telah berkhidmat selama hampir 20 tahun atau lebih.
Malah tak mustahil juga jika pada usia baru 45 tahun simpanan KWSP sudah ada sebanyak itu. Ia dikongsi oleh Nur Fadhli Bassar. Tapi macam mana seseorang itu boleh ada simpanan sampai RM1 juta? Ini perkara yang dilakukan oleh individu tersebut. Panduan ini elok dipraktikkan untuk anak muda yang baru membina kerjaya.
Simpanan KWSP RM1 Juta tapi pergi balik kerja naik motor saja
Sesungguhnya ada simpanan 1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam circle aku, umur 45, kerja bidang IT di KL.
Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam traffic jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.
Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Daripada apa yang dia bagi tau aku, semua orang boleh buat.
-Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.
-Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11% kemudian naikkan ke 12% dan 13%. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa % bahagian majikan dia bagi, aku tak tau.
-Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.
-Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.
-Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain.
Dah bersara ‘makan’ duit dividen saja
Apa tujuan aku tulis ni? Untuk beritahu yang menyimpan secara berterusan dan berdisiplin pun boleh jadi jutawan. KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54154.
Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ini dia boleh belanja 4512 sebulan (54154 / 12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup.
Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tu tak luak langsung.
Jutawan senyap macam ni ramai tapi mereka humble dan low profile. Kita ambil semangat mereka. Kalau belum mula lagi, malam ini pasang niat dan mimpi dulu, esok jalankan.
Wallahua’lam.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nur Fadhli Bassa
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Selebriti Dengan Nilai Posting IG Paling Mahal Di Dunia
Laman media sosial kini bukan hanya menjadi medium perkongsian foto dan video semata. Platform seperti Instagram terutamaya telah berubah menjadi medan ramai selebriti dan juga individu berpengaruh menjana wang.
Ia telah menjadi ‘lubuk’ besar yang mampu memberikan pendapatan sangat tinggi kepada pengendali akaun Instagram. Dengan jumlah pengikut yang ramai maka tidak hairanlah mengapa banyak syarikat berjenama rela berbelanja besar untuk mempromosikan produk mereka di laman Instagram mereka.
Bahkan jumlah bayaran yang diterima mereka untuk satu posting atau hantara mungkin kedengaran sangat tidak masuk akal namun hakikatnya itulah angka yang diterima mereka.
Menurut carta yang dikeluarkan oleh Hopper, kebanyakan senarai individu yang berada pada kedudukan top 10 rata-ratanya memang selebriti terkenal sama ada dalam bidang lakonan, sukan, fesyen dan juga bintang sosial media.
Anda ingin tahu berapa siapakah yang menerima bapyaran paling mahal untuk satu posting? Ikuti carta top 10 di bawah.
10. NEYMAR
@neymarjr
Followers: 139 juta
Kategori: Sukan, bola sepak
Kos perposting: USD704(RM3,016, 288
9. TAYLOR SWIFT
@taylorswift
Followers: 135 juta
Kategori: Selebriti/penyanyi
Kos perposting: USD722,000 (RM3,095,000)
8. JUSTIN BIEBER
@justinbieber
Followers: 140 juta
Kategori: Penyanyi/selebriti
Kos per posting: USD747,000 (RM3,202,015)
7. BEYONCE KNOWLES
@beyonce
Followers: 149 juta
Kategori: Penyanyi/selebriti
Kos per posting: USD770,000 (RM3,300,605)
6. Selena Gomez
@selenagomez
Followers: 181 juta
Kategori: Selebriti/penyanyi
Kos per posting: USD848,000 (RM3,634,952)
5. ARIANA GRANDE
@arianagrande
Followers: 192 juta
Ketegori: Selebriti
Kos per posting: USD853,000 (RM3,656,384)
4. KIM KARDASHIAN
@kimkardashin
Followers: 177 juta
Kategori: Selebriti
Kos per posting: USD858,000 (RM3,677,817)
3. CRISTIANO RONALDO
@cristiano
Followers: 227 juta
Kategori: Sukan/ bola sepak
Kos per posting: USD889,000 (RM3,811,000)
2. KYLIE JENNER
@kyliejenner
Followers:183 juta
Kategori: Selebriti
Kos per posting: USD986,000 (RM4,226,489)
1. THE ROCK
@therock
Followers: 188 juta
Kategori: Selebriti
Kos per posting: USD1.02 juta (RM4.37 juta)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hebatnya Seorang Sadio Mane, Berbakti Cukup Luar Biasa Untuk Keluarga & Orang Kampung
Jika anda seorang peminat bola sepak sejati nama Sadio Mane pastinya tidak asing lagi. Pemain sayap berbisa yang telah mencurahkan keringat bersama pasukan jaguh Liga Perdana Inggeris, Liverpool ini juga telah diangkat menjadi pemain terbaik kejohanan pada Africa Cup of Nations sebelum ini.
Malah Sadio Mane juga diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Afrika pada tahun 2019. Kejayaannya di atas padang dengan koleksi pingat dan piala memang tidak terbilang. Sejak beberapa hari lalu, nama Sadio Mane disebut-sebut kerana perpindahannya dari Liverpool ke pasukan juara Liga Jerman, Bayern Munich dilihat semakin menjadi realiti.
Selain perpindahannya yang cukup membuatkan ramai peminat Liverpool bersedih, kisah peribadi Sadio Mane juga kembali diperkatakan. Dia dikenali sebagai seorang pemain yang berasal dari sebuah kampung yang agak susah.
TIDAK LUPA ASAL-USUL
Kejayaannya yang dikecap di Eropah turut dicurahkan semula bukan sahaja kepada keluarganya malah orang kampungnya sendiri. Di sebalik kejayaan dia tidak sesekali lupa akan asal-usulnya.
Sadio Mane membesar di sebuah perkampungan terpencil di Bambali, Senegal. Dan sejak bergelar pemain profesional dia tidak henti-henti berusaha untuk membantu dan meningkatkan kualiti hidup mereka yang tinggal di kampung tersebut.
Sebelum berpindah ke Bayern Munich, baru-baru ini Sadio Mane dilaporkan pulang untuk meluangkan masa bersama masyarakat di mana tempat dia membesar. Malah terdapat video telah tular di mana dia bermain bola sepak di atas padang bersama-sama orang kampung.
Sadio Mane playing in a charity match back in his hometown of Banbali in Senegal ❤️🇸🇳
(via sadiomane/Instagram) pic.twitter.com/WGqrvIOMC5
— ESPN FC (@ESPNFC) June 16, 2022
Sadio turut melawat hospital yang telah dibina dari pembiayaannya sendiri bernilai kira-kira RM2,452,590. Hospital tersebut kini mampu merawat masyarakat dari 34 buah kampung sekitarnya.
Selain hospital, Sadio turut membantu membina sebuah sekolah menengah. Bahkan dia turut dilaporkan bakal membina pejabat pos yang baharu. Sumbangan berbentu kmputer riba kepada pelajar-pelajar cemerlang di Bambali High School juga turut disumbangkan olehnya.
Lebih menarik lagi, dia turut membantu membina stesen minyak bagi memudahkan pergerakan masyarakat yang menggunakan kenderaan. Dan paling mengagumkan dia turut memberi setiap keluarga di kampungnya dengan pakej elaun bantuan bernilai RM323 sebulan. Manakala pelajar terbaik pula menerima sumbangan RM1,850 setiap seorang.
Ternyata Sadio Mane menjadi antara pemain contoh yang patut kita semua kagumi. Kejayaan yang dikecapinya ternyata tidak dipersia-siakan. Berkongsi rezeki itu satu amalan yang cukup mulia.
All the best Sadio Mane di kelab baharu!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Datuk Dr Nazri Khan Juara Trader Dunia 2024, Anak Malaysia Pertama Yang Dinobat!
Popular dengan slogan ‘Tak hensem tak apa janji kaya’, Datuk Dr Nazri Khan cipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 di ‘World Cup Trading Championship’.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records dengan gelaran “Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024.”
Aktif mempromosikan kepentingan ilmu pelaburan dan kewangan menerusi kelas-kelas saham yang dianjurkan. Di pentas berprestij itu, DDNK merekod pulangan sebanyak 302.5 peratus suku pertama, 179.6 peratus suku kedua dan 357.2 peratus untuk suku ketiga.
Datuk Dr Nazri Khan Juara Trader Dunia 2024
Pencapaian itu juga katanya, adalah bukti keberkesanan kerangka Ekonomi Digital selaras dengan Ekonomi Malaysia Madani, yang menyokong pembangunan modal insan yang berintegriti, inovatif, dan kompetitif di peringkat dunia.
Berikut adalah lima fakta mengenai Dato’ Dr. Nazri Khan, yang dikenali sebagai DDNK, dan pencapaiannya sebagai Juara Trader Dunia 2024:
- Pencapaian dalam Kejohanan Dagangan Piala Dunia 2024: Pada suku pertama 2024, DDNK mendahului carta dengan keuntungan sebanyak 282.4% dalam kategori ‘Kejohanan Dagangan Hari Niaga Hadapan Suku Pertama 2024’. – The Vocket
- Pengiktirafan sebagai Juara Trader Dunia 2024: DDNK dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024, menjadikannya tokoh ikonik dalam komuniti pelaburan Malaysia.- Ddnk
- Peranan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan: Pada Mei 2024, DDNK dilantik sebagai Ketua Pegawai Pelaburan di Berjaya Mutual Berhad, sebuah syarikat pengurusan dana terkemuka di Malaysia. –GroupM APAC
- Pengasas DDNK Holdings Sdn Bhd: Ditubuhkan pada 2016 oleh DDNK, syarikat ini telah memantapkan dirinya sebagai peneraju pendidikan pelaburan di Malaysia.- Ddnk Holdings
- Latar Belakang Akademik dan Profesional: DDNK memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Universiti Manchester, serta Sarjana dan PhD dalam bidang pengurusan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA). –GroupM APAC
SUMBER : Astro Awani
BACA LAGI : 10 Pasangan Karakter Hero dan Sidekick Paling Ikonik Sepanjang Zaman
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI