Bekerja bukanlah hanya melunas tugas semata malah ia juga merupakan tanggungjawab dan ibadah juga . Integriti diri boleh dilihat ketika bekerja, kalau cincai hasilnya maknanya anda seorang yang tidak boleh harap. Samada anda seorang pekerja atau majikan, berikanlah yang terbaik pada tempat bukan sahaja cari makan tapi pengalaman hidup.

Steve Jobs Kongsi 3 Tip Untuk Jadi Pekerja Bos Idamkan, Lepas Ni Tak Perlu Jadi Kaki Bodek Ye Bro!

Pengasas terkenal syarikat teknologi Apple. Figura yang mengubah dunia dengan ciptaan teknologi yang hebat, seorang yang mempunyai idea yang mengubah bagaimana kita memandang teknologi. Mendiang Steve Jobs seorang yang berjaya membawa syarikat Apple kembali daripada pupus sehingga mampu menjadi standard de facto kepada teknologi penghasilan telefon.

Adakah korang salah seorang yang mengagumi idea dan cara kerja figura ini? Nah maskulin kongsikan  tips menjadi pekerja terbaik menurut dari mendiang Steve Jobs. Jangan main-main ya, pengasas Apple ini sangat tajam dalam menilai pekerja tidak kira pihak pengurusan atasan atau pekerja biasa.

 

1. Minat! Minat! Minat!

Steve Jobs Kongsi 3 Tip Untuk Jadi Pekerja Bos Idamkan, Lepas Ni Tak Perlu Jadi Kaki Bodek Ye Bro!

IKLAN

Saat awal pembikinan Apple, Steve mengambil pekerja dari pengurusan profesional namun setelah diteliti mereka hanya pandai mengurus tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia mula percaya kerja yang bagus bermula dengan minat. Minat ‘passion’ akan mendorong individu tersebut menghasikan kerja yang berkualiti kerana tahu ilmu sebenar berbanding hanya kerja kerana mahu gaji dan atas pangkat.

Bekerjalah dengan tugasan mendorong anda untuk mencipta suatu kepuasan. Walaupun ia bukanlah pilihan pertama anda, berusahalah mencari keseronokan ketika bekerja.

2. Berdedikasi

Steve Jobs Kongsi 3 Tip Untuk Jadi Pekerja Bos Idamkan, Lepas Ni Tak Perlu Jadi Kaki Bodek Ye Bro!

IKLAN

Individu yang berdedikasi sinonim dengan tidak pernah kenal putus asa. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam tugasan, dia dapat terima dan ambil sebagai pengajaran. Bukannya untuk tunduk mengeluh atau terus tanpa melakukan apa-apa.

Mereka yang berteraskan dedikasi juga akan faham misi syarikat dan berusaha mencapai matlamat dengan bersungguh-sungguh.

3. Menghargai

Steve Jobs Kongsi 3 Tip Untuk Jadi Pekerja Bos Idamkan, Lepas Ni Tak Perlu Jadi Kaki Bodek Ye Bro!

IKLAN

Kerja, kerja juga tapi jangan lupa dengan nilai hidup anda. Seimbangkan kehidupan dan laluilah dengan apa adanya.

Anda tidak perlu stress tentang perkara yang kecil dan sentiasa ingat hidup ini pendek malah sementara. Cuba untuk bahagia bersama keluarga, lakukan perkara yang menyeronokkan, membuat sedikit simpanan wang dan paling hargai apa yang ada disekeliling anda. Jika berkaitan dengan kerja pula bertindaklah secara kreatif yakin anda mampu mengubah, mempengaruhi dan mencipta perkara tersendiri. Jiwa, minda yang tenang boleh mengubah hidup dan dunia.

Steve Jobs Kongsi 3 Tip Untuk Jadi Pekerja Bos Idamkan, Lepas Ni Tak Perlu Jadi Kaki Bodek Ye Bro!

3 kriteria diatas secara khususnya takluk pada sikap dan mental individu yang sihat ketika bekerja. Terimalah tugasan anda kerana tanggungjawab dan lakukanlah dengan sedaya upaya. Bukan sahaja anda telah mengembirakan hati majikan tapi juga ia terkandung dalam kepuasan hati. Manusia yang malas..tiada siapa yang mahu…

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI