Steroid selalu dikaitkan dengan lelaki yang berbadan sado dan sasa. Steroid juga merupakan sejenis hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan.Namun ubat ini juga punya kesan sampingan jika di salah gunakan.
Penggunaan steroid bukan merupakan jalan terbaik dalam mendapatkan badan yang cantik kerana ia akan memberi kesan yang teruk kepada seseorang individu itu dalam masa yang panjang. Banyak lagi kesan buruk dalam penggunaan steroid ini sebenarnya. Bukan sahaja boleh membawa kepada kemandulan atau mati pucuk, malah ada kesan sampingan yang lain.
Pengguna berubah tingkah laku menjadi agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya?
Renjatan anaphylaktik adalah reaksi alahan terhadap kehadiran protein asing dalam badan. Ia seperti yang biasa berlaku pada seseorang yang mempunyai alahan pada ubat tertentu, makanan tertentu dan sebagainya. Dengan masalah ini, kadang-kadang otot licin diransang untuk kontrak yang boleh menyekat seseorang daripada bernafas.
Steroid anabolik boleh memberi kesan mendalam kepada pembangunan janin. Sindrom adrenal kemaluan adalah yang paling membimbangkan di mana janin perempuan boleh membangunkan organ pembiakan lelaki. Wanita tidak seharusnya menggunakan steroid anabolik atau ubat lain yang boleh memudaratkan janin dan sentiasa melakukan pemeriksaan doktor.
Penggunaan steroid anabolik meningkatkan masa prothrombin atau masa yang diambil untuk darah beku terbentuk. Ini dapat dilihat pada seseorang yang mengambilnya, jika berlaku pendarahan atau luka akan mengambil masa lama sedikit untuk darah berhenti.
Penggunaan steroid anabolik boleh memberi kesan kepada tahap LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein) dan paras kolestrol. LDL membantu dalam pembetukan kolestrol atau plak pada dinding arteri. Pengguna steroid anabolik menurunkan kepekatan HDL dan meningkatkan LDL.
Ada jenis steroid boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Antaranya sebatian alfa alkylate seperti anadrol 50. Steroid jenis cucuk kurang memberi tekanan pada hati berbanding jenis makan. Penggunaan steroid anabolik biasa dikaitkan dengan peningkatan aktiviti plasma oleh enzim hati seperti aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase, alkaline phosphatase, lactate dehydrogenase, and gamma glutamyl transpeptidase. Kes kanser kurang dilaporkan tetapi kerosakkan hati merupakan perkara biasa bagi pengguna steroid anabolik.
Penggunaan steroid jelas akan memberi kesan kepada paras hormon dalam badan yang seterusnya mengakibatkan perubahan pada perasaan. Kemurungan berlaku apabila peningkatan androgen atau estrogen yang ketara. Ini adalah biasa bagi pengguna lelaki. Dalam tempoh menghentikan penggunaan steroid, paras estrogen mungkin ketara tinggi dengan tahap testosteron yang rendah.
Kesan Gynecomastia adalah pembangunan tisu payudara wanita dalam badan lelaki. Ini berlaku apabila paras estrogen meningkat disebabkan pengguaan androgen kuat seperti testosteron, dianabol (love), anabol (bintang) dan sebagainya. Estrogen berlebihan bertindak ke atas reseptor di dalam payudara dan merangsang pertumbuhan tisu buah dada.
Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan penggunaan steroid yang melibatkan penukaran estrogen seperti testosteron dan sebarang metabolic blocker. Peningkatan estrogen meningkatkan paras air dan garam dalam badan dengan ditambah tekanan pada latihan bebanan juga penambahan berat badan yang mendadak.
Kehilangan rambut dikaitkan dengan tahap androgen khususnya DHT metabolite lebih kuat testosteron. Istilah teknikal untuk rambut gugur jenis ini adalah androgenik alopecia yang merujuk kepada interaksi kedua0dua hormon lelaki androgenik dan kecenderungan genetik.
Pengguna steroid anabolik menunjukkan penurunan sistem imunisasi. Jika terdedah pada virus, bakteria merbahaya, senang mendapat jangkinan. Sekiranya demam, akan demam teruk.
Terlalu banyak kesan negatif yang kita nampak dari penggunaan steroid ini. Jadi, apakah anda masih ingin menggunakan steroid atau bersenam dengan cara semula jadi? Sudah tentu pembinaan otot secara semula jadi lebih baik dari menggunakan bahan kimia lain. Masalah kesihatan anda pada masa akan datang lebih penting berbanding keinginan otot yang secara mendadak yang boleh memberi banyak masalah.
Sumber: Strengthsifoo.com ,Via : Gempak.com