Stereng Terasa Berat & Berbunyi Bila Membelok, Jangan Biar Lama Itu Boleh Bawa Masalah Besar!

Share

Kita bersyukur kerana rata-rata kereta pada masa kini dilengkapi dengan teknologi power steering. Berbeza dengan kereta lama yang tidak dilengkapi teknologi ini. Lihatlah orang dulu-dulu pandu kereta memang bekerja keras bila nak membelok dalam keadaan pegun.

Kalau kereta lama terasa berat bila membelok itu perkara biasa. Tapi kalau kereta baru yang lengkap dengan power steering terasa berat, itu petanda masalah besar!

Apabila kondisi seperti ini berlaku itu bermakna sistem steering kereta anda mempunyai masalah. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis punca yang menyebabkan stereng terasa berat dan lebuh teruk mengeluarkan bunyi apabila membelok.

KEBOCORAN POWER STERENG PUMP

Kebocoran pada pump atau tersumbat menyebabkan stereng menjadi berat, bunyi bising seperti besi bergeser dan berdengung ketika sedang bergerak

STERENG RACK BERMASALAH

Kedengaran bunyi ‘kelekuk kelekuk’, stereng menjadi lebih berat dari biasa dan kadangkalanya seperti tersangkut sangkut ketika membelok.

Girl car photo created by standret – www.freepik.com

TIE ROD END

Bunyi ‘kuk kuk’ sekitar kawasan tayar dan dapat dirasai ketika memegang stereng, biasa akan dengar jelas ketika melalui jalan yg x rata atau berlekuk, juga ketika membelok

RACK END

Stereng menjadi semakin ringan, mudah tersasar ketika bergerak dan allinment tidak sekata walaupun sering lakukan allignment

HOS BOCOR ATAU REPUT

Kebocoran atau mereput (faktor wear & tear)

BUNYI BERDENGUNG

Kekurangan minyak di botol simpanan power stereng

Sebagai pemandu dan pemilik kereta anda perlu tahu akan risiko jika berlakunya kerosakan pada sistem power steering. Kegagalan sistem power stereng ini boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Jadi untuk elak perkara ini berlaku, pentingnya untuk lakukan pemeriksaan dan servis power stereng secara ‘Preventive Maintenance’ seperti:

  • Tukar minyak dan servis sistem power stereng setiap 40,000km
  • Tambahkan penyejuk (oil cooler) pada sistem untuk sesetengah model kereta
  • Elakkan kerap memusing stereng sehingga maksimum kecuali perlu supaya tie rod end tahan lama
  • Elakkan hentakan mengejut terutama melangar lubang kerana ianya mampu merosakkan tie rod end dan stereng rack
  • Tukar hos paip dan o ring setiap 60,000km
  • Tukar boot getak rack end setiap 100,000 untuk mengelakkan dari koyak dan dimasuki kotoran bendasing spt pasir yg mampu merosakkan stereng rack
  • Lakukan allignment setiap 10,000km dan lakukan pemeriksaan untuk mengelakkan apa apa kerosakan yang tidak disedari

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!

Kredit: AutoHaus KL Puncank Jalil

Published by
Farizul Izwany Ibrahim