Foto: Pexels Andre Piacquadio

Sejak bepuluh-pulun tahun lama anggota badan di bahagian lengan dengan otot bidep dan trisep menjadi salah satu simbol kejantanan lelaki. Jadi tidak hairanlah pelbagai produk alat bantuan senaman diperkenalkan untuk memantapkan otot-otot ini. Begitu juga dengan step workout yang dicipta untuk merealisasikan impian ramai lelaki memiliki otot bisep dan trisep yang mantap.

Buat anda yang ingin mendapatkan lengan berotot ‘sado’, kali ini MASKULIN kongsi 5 step workout khusus untuk memperkuatkan dan menonjolkan bisep dan trisep.

Curls

Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan.

Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada. Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali. Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.

Ads

One-Leg Rear-delt Raise

Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel. Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan.

Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.

Ads
Step Workout Bisep & Trisep Paling Mudah Tapi Hasilnya Gempak
Foto: Pexels/Andrea Piacquadio

Push Up

Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.

Lengan dan kaki pada arah berlawanan

Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.

Ads

Triceps down dog

Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus. Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat kemudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk saksikan pelbagai video workout dan subscribe YouTube MASKULIN!

https://www.youtube.com/watch?v=us_B64a_ZbQ&t=3s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI