Tidak dinafikan bagi ramai lelaki bercukur atau ‘shaving’ merupakan aktiviti terapeutik yang cukup mengasyikkan.
Ia kini menjadi salah satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang kurang pandai dan menggunakan teknik yang betul ketika bercukur.
Dengan teknik yang tidak betul ia boleh menyebabkan luka dan kecederaaan pada kulit wajah. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
BERSIHKAN WAJAH
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur.
Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
GUNA AIR SUAM
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.
Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
MULA MENCUKUR
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.
Ads
Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas.
Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
Ads
BILAS WAJAH SELEPAS SELESAI
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Dapatkan produk bercukur atau shaving yang berkualiti dan murah di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang berambut nipis mesti cemburu tengok orang lain dengan rambut lebat yang boleh bertukar fesyen semasa. Lelaki berambut nipis pula seolah-olah ada bermacam pantang-larang yang mesti diikuti kerana silap hari bulan, rambut anda makin nipis dan botak.
Tapi janganlah berkecil hati kerana lelaki berambut nipis juga tak kurang hebatnya kalau dicuba gaya yang sesuai. Nah! Ini beberapa stail yang anda boleh cuba.
1. Slicked Back
Dandanan rambut slicked back merupakan antara gaya rambut klasik yang sering digunakan untuk lelaki terutamanya yang berambut tipis.
Cara menata rambut dengan gaya ini adalah sangat mudah, hanya perlu menyisir rambut ke belakang dan menggunakan pomade untuk menggayakannya.
2. Caesar Cut
Untuk menggayakan rambut nipis, gunakan gaya rambut caesar cut yang mampu untuk menutupi helaian rambutmu. Potongan rambut ini merupakan gaya short cut yang tidak terlalu pendek.
Gunakan gel atau pomade untuk menggayakannya serta sisir rambut ke arah depan untuk menampakkannya tebal.
3. Short Spike
Gaya rambut lelaki berambut nipis yang sesuai selain dari gaya di atas adalah short spike. Gaya rambut ini memiliki potongan yang pendek dan sedikit cepak.
Untuk mendapatkan kesan spiky, gunakan gel ataupun wax dan gayakan rambut agar menjadi sedikit melengkung ke atas. Gaya rambut ini pun akan memberikan ilusi seolah-olah rambut anda tebal.
4. Shaggy Cut
Potongan rambut dengan panjang sederhana ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan gaya rambut pendek. Kesan layer pada gaya shaggy cut ini mampu melihatkan rambut tipis seperti lebih tebal.
Agar ianya terlihat lebih rapi dan bergaya, jangan lupa menggunakan styling cream. Namun, kamu juga boleh membiarkannya terurai secara semula jadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda suka atau tidak, pandangan pertama emainkan peranan sanagat penting dalam perkenalan dan juga pertemua sosial yang lain. Malah persepsi pandangan pertama juga sangat penting dalam bidang perniagaan. Disebabkan itulah anda haru ada rutin grooming yang baik bagi menyerlahkan penampilan baik.
Bagi anda yang ingin berjanji temu dengan wanita yang baru dikenali pastinya mahu meninggalkan tanggapan yang baik.
Untuk tampil kacak dan tampan bergaya tidaklah bergantung kepad penggunaan produk penjagaan diri yang mahak semata. Jika anda tidak ada rutin grooming basic yang baik seperti MASKULIN kongsi kali ini, ia tidak akan dapat dicapai.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa rutin grooming yang boleh membuatkan si dia terpegun melihat anda.
1. Trim yang mana perlu
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Penjagaan gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian dan pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar!
Jom follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Isotretinoin adalah salah satu ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat masalah jerawat yang teruk. Namun, pengambilannya perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Seorang doktor pakar kulit, Dr Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky menekankan beberapa aspek penting mengenai pengambilan Isotretinoin yang perlu anda ketahui.
Perlu Dos & Tempoh Pengambilan Tertentu
Pertama sekali, pengambilan Isotretinoin haruslah mengikut dos dan jangka masa yang bersesuaian. Penggunaan dos yang salah atau pengambilan dalam tempoh yang terlalu lama boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius seperti kerosakan hati dan ginjal. Maka, amatlah penting untuk tidak mengambil ubat ini tanpa bimbingan doktor.
Foto: Isotretinoin 20mg jenama Acnotin yang biasa digunakan di Malaysia.
Perlu Penilaian Doktor Dahulu
Sebelum memulakan rawatan dengan Isotretinoin, adalah wajib untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar kulit. Doktor akan menilai keadaan kulit anda dan menentukan sama ada anda memerlukan Isotretinoin atau tidak.
Jika perlu, doktor akan menetapkan dos yang sesuai dan tempoh pengambilannya. Ini kerana hanya doktor pakar yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang cara terbaik untuk menggunakan ubat ini dengan selamat.
Perkembangan Perlu Dipantau Doktor
Selain itu, ubat Isotretinoin perlu diperoleh secara eksklusif daripada doktor pakar kulit yang merawat anda. Mendapatkan ubat ini dari sumber luar, terutama melalui pembelian dalam talian, adalah sangat berbahaya.
Ubat yang dibeli dari sumber yang tidak sah mungkin tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti, dan tiada jaminan bahawa ia adalah produk yang sah. Hanya doktor yang merawat anda yang boleh memantau perkembangan kulit anda dan melakukan penyesuaian dos jika perlu untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Dr Ingky juga menegaskan bahawa sebarang risiko buruk akibat pembelian ubat secara sendiri adalah tanggungjawab individu tersebut.
Tanpa pengawasan doktor, seseorang mungkin tidak sedar akan kesan sampingan yang boleh timbul dan bagaimana untuk menanganinya dengan betul. Pemantauan doktor adalah kunci untuk memastikan rawatan berjalan lancar dan selamat.
Foto: Isotretinoin 10mg jenama Acnotin yang biasa digunakan di Malaysia.
Secara keseluruhannya, pengambilan Isotretinoin memerlukan perhatian dan pemantauan yang rapi oleh doktor pakar kulit. Pastikan anda mengikuti arahan doktor dan tidak mengambil risiko dengan membeli ubat ini dari sumber yang tidak sah. Kesihatan kulit anda adalah tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan bijak, dan konsultasi dengan doktor pakar kulit adalah langkah pertama yang penting dalam perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat.