Sebenarnya Mark Zuckerberg perhati je anda-anda yang single tu. Oleh kerana ramai antara anda yang meletakkan status Single di lama FB anda tu. Pemilik Facabook ini ada hadiah yang menarik untuk anda dalam masa terdekat ni. Platform media sosial Facebook (FB) bakal melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih.

Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan orang ramai.

Status ‘Single’ Di FB Punca Mark Zuckerberg Lancarkan Dating App

Ads

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan berita tersebut dalam persidangan F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California, pada Selasa.“Seramai 200 juta pengguna FB melabelkan diri mereka sebagai ‘single’. Dengan itu, saya merasakan sesuatu perlu dilakukan dalam situasi ini,” katanya seperti yang dipetik daripada laporan Reuters.

Ads

Tambah Zuckerberg, servis ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang, dan bukannya untuk berseronok.Pihak FB juga telah merangka servis ini dengan tetapan privasi yang selamat. Rakan FB anda tidak akan dapat melihat profil anda.

Ads

Status ‘Single’ Di FB Punca Mark Zuckerberg Lancarkan Dating App
Servis yang telah direncana sejak satu dekad yang lalu dikatakan dapat menambah baik jumlah pengguna daripada golongan muda sejajar dengan teras perniagaan mereka.

Ia tidak mempunyai ciri ‘swipe’ ke kanan atau kiri seperti aplikasi dating lain, sebaliknya menawarkan ciri ‘pass’ dan ‘interested’. Servis ini dikatakan bakal menyaingi aplikasi ‘dating’ yang lain seperti Tinder dan OKCupid. Tak sabarnya nak tunggu ia betul-betul dilacarkan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI