Setiap tahun pada musim perayaan Krismas dan juga sambutan Tahun Baru, Starbucks sentiasa memperkenalkan minuman serta barangan eksklusif khas buat peminatnya.

Bagi tahun ini, Starbucks memperkenalkan semula dua minuman seasonal kegemaran ramai iaitu Peppermint Mocha dan Toffee Crunch. Manakala minuman terbaru Holiday French Vanilla Latte pula mula diperkenalkan buat pertama kali di pasaran tempatan.

Ketiga-tiga minuman yang hanya diperkenalkan pada musim seperti ini boleh didapati di kesemua outlet Starbucks bermula semalam, 5 November 2019.

Starbucks Perkenal Seleksi Minuman Istimewa Sempena Musim Perayaan Hujung Tahun

IKLAN

Selain itu, Starbucks turut membawa kembali beberapa minuman yang sesuai sepanjang musim perayaan dikenali sebagai Holiday Blend Whole Bean. Antara minuman yang ditawarkan ialah Starbucks Holiday Blend, Starbucks Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks Holiday Blonde Roast.

Seleksi Starbucks Holiday Blend merupakan tradisi 30 tahun jenamanya yang menawarkan minuman manis dan pedas pada hidangan kopi.

IKLAN

Starbucks Perkenal Seleksi Minuman Istimewa Sempena Musim Perayaan Hujung Tahun

IKLAN

Starbucks juga memperkenalkan beberapa produk edisi istimewa seperti Starbucks 2020 Planner yang datang dalam beberapa variasi warna seperti Espresso Roast (cokelat), Anniversary Blend (biru) and Siren Edition (merah jambu, edisi terhad).

Planner ini juga boleh ditebus dengan setiap pembelian mana-mana saiz 15 Grande atau Venti minuman Starbucks – di mana 5 daripadanya harus dari Starbucks Holiday Beverages.

Koleksi mechandise juga tidak kurang menarik dengan seleksi yang pasti menjadi buruan pemgumpul barangan Starbucks.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI