Anda dah standby nak drive balik kampung ke tu? Wahh.. mentang-mentang sudah masuk cuti panjang. Bagi orang-orang Wilayah Persekutuan, 1 Februari pun sudah cuti umum.

Ditambah pula cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kemudian ada pula syarikat yang bercuti pada Isnin dan sambung cuti Tahun Baharu Cina pada 5 dan 6 Februari bulan ini.

Betul-betul cuti lama ni! Jadi mesti ada yang sudah merancang untuk balik ke kampung kan?

Apa-apapun, diharap anda dapat pulang ke kampung dengan selamat dan memandu dengan berhati-hati. Sering awasi persekitaran anda seperti :

Jauhi laluan memotong

Sekiranya anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di kawasan laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jika berlaku sesuatu di tengah dan kanan jalan.

Liarkan mata anda ketika memandu

Standby Nak Drive Balik Kampung? Baca Tip Ini Untuk Pemanduan Selamat!

IKLAN

Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plate kereta di hadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk di hadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.

Berhati-hati dengan blind spots

Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan rearview mirror anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira ‘blind spots’ pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar.

[Blind spots : Terdapat kawasan yang tidak dapat dikesan oleh mata kita]

Memandu dengan posisi stering pukul 9 dan 3

IKLAN

Standby Nak Drive Balik Kampung? Baca Tip Ini Untuk Pemanduan Selamat!

Mungkin tidak ‘macho’ dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia di sebalik teknik ini adalah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.

Awasi pemandu lain berdasarkan kenderaannya

Jika kereta di hadapan anda kelihatan usang seperti tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.

Tahu had laju anda

IKLAN

Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi respons stering etc.) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.

Servis kereta anda

Standby Nak Drive Balik Kampung? Baca Tip Ini Untuk Pemanduan Selamat!

Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.

Malam adalah masa rehat

Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI