Fenomena drama bersiri yang penuh mendebarkan ‘Squid Game’ menerusi platform Netflix telah mencorakkan dimensi baharu industri hiburan Korea Selatan di persada dunia. Salah satu pencapaian terbaiknya ialah menerima jumlah tontonan 1.650 billion jam tontonan hanya dalam masa 28 hari.
Malah pada ketika itu ia menjadi program atau drama bersiri yang paling popular dan menerima jumlah tontonan tertinggi fi Netflix. Dengan populariti yang hebat seperti itu maka tidak hairanlah ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan sekuelnya, ‘Squid Game 2’.
Semasa acara peminat global berlangsung di Tudum São Paulo, Brazil, Netflix telah mengumumkan barisan pelakon-pelakon baharu yang bakal muncul menerusi musim kedua ‘Squid Game’. Lee Jung-jae yang menjadi watak protaganisnya akan kembali memegang watak sebagai Gi-hun.
Manakala di sebalik tabir, Hwang Dong-hyuk akan menyambung semula peranannya sebagai pengarah dan penerbit eksekutif. Dijangkakan produksi akan bermula pada akhir tahun ini.
Ads
Selain Lee Jun-jae, pelakon yang membawa karakter Front Man iaitu Lee Byung-hun kembali sekali lagi bagi mencorakkan plot yang pastinya lebih rumit dan misteri. Turut muncul semula ialah Wi Ha-jun sebagai detektif polis Jun-ho dan juga Gong Yoo yang juga akan membuat kemunculan semula.
Netflix turut mengumumkan pelakon-pelakon baharu yang bakal menyertai mereka untuk musim keduanya. Mereka ialah Yim Si-wan, Kang Ha-Neul, Park Sung-hoon dan Yang Dong-geun. Penglibatan Oh Yeong-su, yang memainkan watak Oh Il-nam pada musim pertama, masih belum dapat disahkan. Sehingga kini, Netflix masih belum memberikan tarikh keluaran khusus untuk ‘Squid Game 2’.
Ads
Akan tetapi peminatnya pasti dapat menarik nafas lega dengan pengesahan dan pengumuman musim terbarunya yang akan dinantikan dengan tidak penuh sabar lagi. Malah lebih mengujakan Netflix turut memperkenalkan teaser pertama yang mengumumkan pelakon-pelakon baharunya.
Ads
Yim Si-wan merupakan ahli grup K-pop lelaki terkenal, ZE:A dan sub-kumpulannya ZE:A Five dan juga pernah memainkan peranan dalam filem ‘The Attorney’ dan siri TV ‘Misaeng: Incomplete Life’. Kang Ha-neul juga muncul dalam yang terakhir, serta senarai panjang drama TV lain termasuk ‘When the Camellia Blooms’, ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ dan ‘Midnight Runners’.
Manakala, Yang Dong-geun pula merupakan seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dan penari breakdance dan Park Sung-hoon pula pernah tampil menerusi drama bersiri seperti ‘The Day of the Kidnapping’, ‘Justice’, dan ‘You Are the Boss’.
Agak-agaknya apa yang akan berlaku pada musim kedua nanti? Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 masih lagi berlaku di peringkat global. Walaupun di beberapa negara termasuk Malaysia sudah mulai menunjukkan kesan positif selepas melakukan Perintah Kawalan Pergerakan namun perjuangan masih lebih belum selesai.
Malah warga semua terus diingatkan untuk melakukan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan kerap.
Bagi sebuah negara yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi terutama di kawasan bandar seperti Kerala, India melakukan penjarakan sosial adalah satu usaha yang mencabar.
Selain menggunakan penututp hidup serta mencuci tangan penduduk di sebuah kampung di Kerala telah menemui satu teknik baru bagi memastikan penjarakan sosial diamalkan setiap masa.
Idea unik yang dilakukan di kampung bernama Thanneermukkom di Kerala merupakan sebuah inisiatif daripada Menteri Kewangan negerintya, T.M. Thomas Isaac.
To enforce physical distancing, Thaneermukkom GP in Alappuzha, mandates that everyone hold umbrella when they go out of houses. Two opened umbrellas, not touching each other, will ensure minimum distance of one meter from one another. Umbrellas distributed at subsidized rate. pic.twitter.com/6qir4KXPSL
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh beliau menerusi akauan Twitter kendaliannya.
“Untuk memastikan penjarakan sosial penduduk di Thanneermukkom di Alappuzha setiap orang mesti membawa payung ketika keluar rumah.
“Dua payung yang dibuka bersebelah secara tidak langsung memastikan pejarakan sosial sebanya satu meter dilakukan. Payung juga dieedarkan pada kadar subsidi,” jelasnya menerusi satu ciapan beserta sekeping foto di Twitter.
Bantuan dari badan kerajaan dengan memberi subsidi bagi penjualan payung di kedai-kedai koperasi serta menawarkan pelan pembayaran secara beransur bagi mereka yang tidak mampu.
Difahamkan juga sebanyak lebih kurang 12,000 payung bakal disalurkan kepada penduduk kampung berkenaan. Pengenalan teknik mengekang penularan COVID-19 di Kerala ini telah mendapat pujian dan perhatian daripada media antarabangsa dan masyarakat dunia.
Langkah-langkah serius oleh kerajaan tempatan di Kerala telah dilakukan dengan serius kes koronavirus pertama dikesan di negeri itu pada 30 Januari apabila seorang pelajar bidang perubatan pulang dari Wuhan, China.
Secara keseluruhan, India kini merekodkan sebanyak kira-kira 27,000 kes positif dan 826 angka kematian akibat COVID-19 setakat Ahad.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki perlu memahami jenis kulit wajah sebelum melakukan sesuatu rawatan atau menggunakan produk bersesuaian. Ini kerana rawatan dan penjagaan wajah adalah berbeza mengikut jenis kulit dan jantina. Malah permukaan kulit lelaki lebih kasar dan tebal.
1-Sekiranya masalah jerawat pada wajah agak serius, anda perlu mendapatkan rawatan pakar kulit serta penggunaan krim siang dan malam, antibiotik atau vitamin A( bergantung pada seriusnya masalah jerawat).
2-Pilih produk sesuai dengan kulit wajah. Untuk kulit berminyak, guna pencuci muka khas untuk menghilangkan minyak tanpa pengeringan kulit. Pada masa sama dapat mengurangkan bakteria di liang dan permukaan kulit.
3-Rawatan kulit wajah yang sesuai untuk lelaki
Microdermabrasion iaitu proses pengelupasan epidermis secara perlahan-lahan dan menggalakkan pertumbuhan dermis yang lebih sihat. Membantu meningkatkan peredaran darah di kulit serta membersihkan liang pori tersumbat.
Aquasonic Facial proses pembersihan mendalam menggunakan teknologi ultrasound yang membersihkan liang pori tersumbat dan berminyak
Oxygen Infusion Facial mampu membersihkan, mengecilkan liang pori dan merawat kulit berminyak .
4-Mulakan penjagaan wajah sejak usia remaja. Biasanya pada usia ini, remaja mengalami masalah jerawat dan parut.
5-Jangan segan dan takut untuk berjumpa pakar kulit bagi mendapatkan nasihat dan rawatan agar anda tidak tertekan dengan masalah kulit wajah.
BAHAGIAN WAJAH BERMASALAH
Zon Pipi & Hidung- Kawasan yang tinggi pengeluaran sebum
Zon Dagu- Jerawat timbul mungkin disebabkan keadaan hormon tidak menentu dan kadar stres. Juga faktor penyahtoksikan tidak lancar.
Zon Leher – Kadar stres tinggi. Masalah parut yang agak ketara di bahagian ini mungkin di sebabkan oleh alahan pada bahan pewangi.
AMALAN MUDAH
Amalan penjagaan kulit sesuai di rumah ( teknik mencuci muka dengan betul)
Bendung kadar stres dalam hidup (senaman)
Cara hidup sihat : Lebihkan antioksida & H2O dalam dan kurangkan merokok)
Dapatkan rawatan muka di tempat yang sesuai dan bertauliah
Elakkan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hari ini kami kongsikan 5 trik bagaimana untuk kelihatan lebih kemas apabila menggenakan baju kemeja.
1 – Pakai baju singlet bewarna grey di belah dalam jika memakai baju kemeja berwarna putih.
Jika ingin memakai baju kemeja bewarna putih, pastikan pakai baju kemeja bewarna grey di belah dalam. Ini kerana warga grey akan lebih ‘matching’ dengan tona kulit.
2 – Lipat separuh sebelum lipat penuh.
Untuk lipatan lengan yang sempurna, lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya dengan penuh supaya lipatan kelihatan lebih kemas.
3 – Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum ‘tuck ini’.
Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Jika tidak, baju kemeja akan nampak menggelebeh.
4 – Kemeja yang panjang untuk ‘tuck in’, kemeja yang pendek untuk ‘tuck out’.
Kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang panjang direka untuk dimasukkan ke dalam seluar manakala kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang pendek direka untuk dibiarkan sahaja di luar. Jadi jangan tersilap ya :-).
5 – Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak.
Ruang kecil di bahagian bahagian kolar baju bertujuan untuk “collar stays” (plastik yang diletakkan di bahagian kolar). Jadi, jangan buang dan pakainya supaya kolar anda kelihatan lebih formal dan tidak royok.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.