Sperma Semakin Kurang Bila Kerap Tonton TV

Share

Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan televisyen hanya akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. Antara kesan tonton TV terlalu lama adalah seperti berikut :

RISIKO DIABETES 

Berdasarkan kajian yang dijalanakan, seseorang yang terlalu kerap menonton televisyen lebih dari dua jam setiap hari, berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Bukan setakat itu sahaja, risiko kematian mengejut juga boleh terjadi apabila tabiat buruk ini menjadi amalan.

MASALAH OBESITI

Kebiasaannya individu yang terlalu kerap menonton televisyen dalam tempoh masa yang lama pasti berhadapan dengan sikap malas untuk melakukan sebarang aktiviti. Lebih seronok apabila aneka jenis makanan ringan sudah terhidang. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Jesteru itu, hindari dan gantikan dengan perkara-perkara yang lebih menbawa faedah kepada kesihatan dan gaya hidup sehari-hari.

FIKIRAN RUNSING

tabiat menonton televisyen dalam tempoh yang lama hanya akan merunsingkan fikiran dan hati. Ini kerana ‘keseronokan’ menonton televisyen membuatkan diri terlupa pada waktu tidur yang sepatutnya malah ahli kesihatan sendiri percaya bahawa kelaziman ini membuatkan anda mengalami gangguan fisiologi sekali gus merosakkan mood sedia ada.

MEROSAKKAN OTAK

Para pengkaji mendapati terlalu lama menonton televisyen hanya akan mengubah struktur otak dengan cara merosakkan secara perlahan-lahan. Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan di Jepun apabila satu ujian imbasan otak telah dilakukan kepada 276 orang kanak-kanak. Keputusannya terdapat peningkatan dikawasan abu-abu di korteks hadapan sekali gus membuktikan bahawa menonton televisyen hanya akan menurunkan kecerdasan verbal si anak.

KURANGKAN JUMLAH SPERMA

Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi hasil kajian mendapati individu yang memperuntukkan masa yang lama untuk menonton televisyen hanya akan mengurangkan jumlah sperma mereka. Ini kerana lelaki yang gemar menonton lebih dari 20 jam seminggu akan memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang jarang menonton televisyen.

Published by
Kim Rahim