Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu buta warna, pelajar tahun akhir Perhubungan Awam dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah berjaya menganjurkan program “Spectrum Strides: Colour Blind Fun Run”.
Acara ini berlangsung dengan meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14, kelmarin bersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK).
Dengan sokongan padu pelbagai pihak, acara ini menarik penyertaan seramai 700 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk individu yang mengalami buta warna, golongan belia, remaja, keluarga dan komuniti setempat.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi oleh individu buta warna selain mempromosikan gaya hidup sihat dan semangat perpaduan.
Acara ini bukan sekadar larian santai, tetapi juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang menambah nilai kepada peserta. Antaranya ialah :
Pengalaman Realiti Maya (VR), peserta berpeluang melihat dunia melalui perspektif individu buta warna.
Cabaran “Spot the Difference”, aktiviti ini menguji kebolehan mengenal pasti perbezaan warna, nombor dan bentuk.
Kuiz Pantas, soalan interaktif mengenai definisi, jenis dan fakta asas buta warna berjaya menarik perhatian ramai.
Selain itu, booth menarik seperti Kahf, Emina Kosmetik, Maybank, Tropicana Twister dan Zus Coffee turut memeriahkan acara dengan pelbagai promosi dan aktiviti istimewa.
Program ini dianjurkan dengan bimbingan Encik Abuzar Abdul Halim dan diterajui oleh Cik Farissa Hanna Mohd Hakimi.
Sokongan penaja utama seperti MYC, Hausboom, AEON dan Decathlon memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan acara ini.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga turut serta dalam menyokong objektif program ini untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar rendah karbon.
Ketua Program, Cik Farissa Hanna, menegaskan, “Kami mahu peserta membawa pulang mesej penting mengenai cabaran individu buta warna sambil menikmati aktiviti yang disediakan.”
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Haji Mohd Yatim, turut memuji inisiatif ini sebagai langkah yang baik dalam memupuk gaya hidup sihat dan masyarakat inklusif.
Program ini selaras dengan SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dan SDG 10 (Ketidaksamaan yang Kurang), sekaligus menjadikannya platform penting untuk menyemai empati, sokongan dan kefahaman terhadap isu sosial.
BACA LAGI : Elak Cramp, Kenapa Anda Tak Boleh Terus Berhenti Selepas Berlari!
Spectrum Strides: Colour Blind Fun Run membuktikan kemampuan mahasiswa UiTM untuk menerajui program yang memberi impak besar kepada komuniti.
Dengan gabungan elemen kecergasan, pendidikan dan kesedaran sosial, program ini menetapkan penanda aras baharu dalam penganjuran acara bertemakan inklusiviti dan kesedaran.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ episod 6 kembali dengan cabaran yang lebih berbeza tapi tetap menggugat kecekalan Bros! Kali ini mereka dicabar dengan ‘FIRE FIGHTER CHALLENGE’ yang menguji keupayaan bertindak dalam situasi cemas! Saksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ episod 6, 10 Januari 2025, 9pm di Astro Ria! Siapa bro, siapa lawan? #maskulin #maskulinwhosyourbro #ideaktiv #SiapaBroSiapaLawan #astro #astroria ♬ original sound – Maskulin