Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu buta warna, pelajar tahun akhir Perhubungan Awam dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah berjaya menganjurkan program “Spectrum Strides: Colour Blind Fun Run”.
Acara ini berlangsung dengan meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14, kelmarin bersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK).
Penyertaan yang Menggalakkan
Dengan sokongan padu pelbagai pihak, acara ini menarik penyertaan seramai 700 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk individu yang mengalami buta warna, golongan belia, remaja, keluarga dan komuniti setempat.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi oleh individu buta warna selain mempromosikan gaya hidup sihat dan semangat perpaduan.
Aktiviti Interaktif dan Bermakna
Acara ini bukan sekadar larian santai, tetapi juga menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang menambah nilai kepada peserta. Antaranya ialah :
Pengalaman Realiti Maya (VR), peserta berpeluang melihat dunia melalui perspektif individu buta warna.
Cabaran “Spot the Difference”, aktiviti ini menguji kebolehan mengenal pasti perbezaan warna, nombor dan bentuk.
Ads
Kuiz Pantas, soalan interaktif mengenai definisi, jenis dan fakta asas buta warna berjaya menarik perhatian ramai.
Selain itu, booth menarik seperti Kahf, Emina Kosmetik, Maybank, Tropicana Twister dan Zus Coffee turut memeriahkan acara dengan pelbagai promosi dan aktiviti istimewa.
Kerjasama dan Sokongan Padu
Program ini dianjurkan dengan bimbingan Encik Abuzar Abdul Halim dan diterajui oleh Cik Farissa Hanna Mohd Hakimi.
Ads
Sokongan penaja utama seperti MYC, Hausboom, AEON dan Decathlon memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan acara ini.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga turut serta dalam menyokong objektif program ini untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar rendah karbon.
Mesej Prihatin dan Inklusif
Ketua Program, Cik Farissa Hanna, menegaskan, “Kami mahu peserta membawa pulang mesej penting mengenai cabaran individu buta warna sambil menikmati aktiviti yang disediakan.”
Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Haji Mohd Yatim, turut memuji inisiatif ini sebagai langkah yang baik dalam memupuk gaya hidup sihat dan masyarakat inklusif.
Ads
Program ini selaras dengan SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dan SDG 10 (Ketidaksamaan yang Kurang), sekaligus menjadikannya platform penting untuk menyemai empati, sokongan dan kefahaman terhadap isu sosial.
Spectrum Strides: Colour Blind Fun Run membuktikan kemampuan mahasiswa UiTM untuk menerajui program yang memberi impak besar kepada komuniti.
Dengan gabungan elemen kecergasan, pendidikan dan kesedaran sosial, program ini menetapkan penanda aras baharu dalam penganjuran acara bertemakan inklusiviti dan kesedaran.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Perkara paling ditakuti oleh setiap lelaki ialah apabila rambut yang merupakan mahkota mereka mengalami masalah seperti kelemumur dan sedikit demi sedikit mengalami keguguran yang akhirnya menyebabkan kebotakan. Hal ini akan menyebabkan lelaki merasa rendah diri. Tambahan pula, lambakan shampoo dan perawatan rambut tidak semestinya berkesan dan yang pasti kosnya akan ‘mencekik’ kamu. Jadi apa kata kita mencuba cara altenatif ini di rumah.
Murah, mudah dan berkesan okay.!
Disini ada petua yang anda boleh guna malah boleh disediakan dari rumah sahaja untuk membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut hanya dengan BAWANG!. Tahukah anda tentang itu? Selalunya bawang digunakan untuk masak setiap hari, tidak anda jangka bahawa bawang juga boleh diguna untuk merawat rambut gugur bukan?
Bawang mengandungi sulfur dimana ia bertindak untuk memperbaiki peredaran darah , merangsang folikel rambut dan membantu pertumbuhan rambut. Kajian mengatakan bahawa bawang sangat berguna dalam merawat masalah rambut gugur. Bagi masalah kelemumur, jangkitan kulit kepala, uban dan sebagainya bawang merupakan pengubat yang paling sesuai dan berkesan digunakan.
Bagi prosedur dalam penggunaan bawang sebagai ubat kepada masalah ini, anda perlu menggunakan jus bawang 2 kali sehari selama 2 bulan dan cara ini akan menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Cara ini tidaklah berkesan dengan cepat, tetapi boleh membantu anda mengurangkan kos perubatan terhadap rambut gugur. Bukan itu sahaja, malah menjadi cara alternatif untuk penyelesaian rambut gugur.
Mari kita lihat cara-cara penggunaan bawang dalam proses membaik pulih rambut gugur,
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bawang merah
Madu
Minyak pati pilihan sendiri, sebagai contoh minyak lavender
Cara-cara:
Kupas dan cincang bawang merah
Ambil penapis dan tekan bawang yang dicincang hingga mengeluarkan jus
Masukkan 1 hingga 2 sudu teh madu dalam jus bawang.
Akhir sekali, titiskan beberapa titik minyak pati ( minyak lavender)
Sapukan ramuan bahan tersebut dikepala anda dengan rata. Sebaik-baiknya mengenai kulit kepala supaya pati itu mampu bertindak dengan baik.
Cara ini sekaligus akan membuatkan rambut korang tumbuh dengan baik. Madu pula akan membuatkan rambut korang jadi licin dan berkilat.
Sumber: Petuaibu.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai kurang mengetahui kewujudan rongga Nasofariks yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Namun angkara kandungan garam berlebihan boleh menyebabkan kanser dan seterusnya membawa maut jika tidak dikesan dan diubati dengan segera.
DI MANA NASOFARIKS?
– Nasofarinks satu bahagian agak terlindung dalam struktur yang terdapat di kepala manusia. Ia adalah kawasan yang terletak di bahagian belakang rongga hidung seseorang. Sebahagian daripada farinks iaitu saluran pernafasan paling atas.
Penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Dalam keadaan normal, udara yang disedut sewaktu pernafasan akan masuk melalui hidung dan melalui Nasofarinks sebelum dihalakan ke Orofarinks, Larinks, Trakea dan sistem Bronkus yang meneruskan pengaliran udara ke paru-paru.
KETUMBUHAN TERSEMBUNYI
Kanser Nasofarinks jarang berlaku dan jika ia berlaku hanya pada kadar rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia. Gejala berdengkur, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau kurang pendengaran yang berlaku pada salah satu bahagian telinga antara masalah yang sering terjadi.
Kanser jenis ini bermula dari satu bahagian dalam Nasofarinks yang dikenali sebagai Fossa of Rosenmuller (FOR). Bahagian ini terletak di sebelah bukaan tiub Eustachian yang turut terdapat di dalam Nasofarinks.
GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan makanan tinggi kandungan garam seperti ikan, telur atau sayur masin secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan dalam jangka masa panjang boleh memberi risiko berlakunya kanser Nasofarinks atau Nasopharyngeal Carcinoma.Ini disebabkan kandungan zat Nitrosamin yang terdapat dalam makanan tersebut mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian Nasofarinks.
GEJALA
HIDUNG- Saiz ketumbuhan yang membesar akan mengakibatkan pernafasan menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas melalui mulut dan mula berdengkur sewaktu tidur.
TELINGA- Eustachian di dalam Nasofarinks berfungsi untuk memberikan pengudaraan dan ventilasi pada telinga tengah manusia. Pengudaraan ini amat penting bagi memastikan telinga tengah mempunyai tekanan sama seperti tekanan di telinga luar (tekanan atmosfera).
Apabila Nasofarinks terjadi, maka bukaan ini akan tertutup atau terganggu fungsinya. Ini akan menyebabkan rembesan telinga tengah tidak dapat keluar, pengudaraan tidak dapat berlaku dan seterusnya mengganggu proses pendengaran.
KESAN SARAF
Lokasi Nasofarinks berada begitu hampir dengan struktur mata dan lantai otak (skull base). Kanser di kawasan ini boleh memberikan kesan terhadap saraf-saraf di sekitar atau melalui kawasan yang berhampiran dengannya.
RAWATAN
Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan selanjutnya. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap terutamanya endoskopi pada bahagian hidung untuk melihat kawasan Nasofarinks yang tersembunyi ini. Jika terdapat perkara yang mencurigakan, biopsi untuk mengambil sampel tisu di bahagian FOR akan dilakukan. Ia akan dibuat dengan kaedah bius yang efektif dan mudah.
Patut tahu
-Dilaporkan seorang dalam 100,000 orang penduduk di seluruh dunia menghidap ketumbuhan tersembunyi ini. Lebih banyak berlaku di negara China dan negara-negara sekitarnya yang mempunyai peratusan penduduk berbangsa Cina tinggi.
-Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai risiko dalam kadar pertengahan.
-Kanser Nasofarinks lebih banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadar itu meningkat selepas berusia 30 tahun dan kemuncaknya pada lingkungan usia 40 hingga 49 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin itulah yang terdetik di hati anda bila dengar ‘botak tengah’ diperkatakan. Bukanlah tak handsome kalau botak tengah tapi tanyalah siapa sahaja, pasti tak mahu berdepan dengan kenipisan rambut walhal umur masih lagi muda.
Dikenali juga sebagai premature balding, kondisi ini boleh berlaku kepada sesaiapa sahaja. Selain faktor genetik ia juga boleh berlaku di atas beberapa faktor.
Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.