Soya Bagus Untuk Tubuh & Boleh Bantu Masalah Kulit. Ini Dia 7 Kebaikan Soya Buat Kesihatan Lelaki

Share

Kita selalu dimomokkkan dengan tohmahan bahawa susu soya tidak baik kepada lelaki mahupun golongan wanita. Ada pendapat yang mengatakan bahawa soya boleh merendahkan kadar kesihatan seksual lelaki serta menyebabkan wanita mudah dapat kanser payudara adalah mitos.
Namun, kajian menunjukkan keputusan yang sebaliknya dengan menunjukkan terdapat kemungkinan susu soya berupaya mengurangkan risiko tersebut.
Tanpa kita sedari, sebenarnya minuman soya mempunyai lebih banyak kebaikan kepada diet anda selain menjadi pengganti susu yang baik untuk mereka yang mengamalkan diet vegan (Bebas tenusu).

Ketahui 7 kebaikan pengambilan soya dalam kesihatan lelaki.

1. Pengganti susu



Terdapat sesetengah orang yang mempunyai alahan terhadap susu. Dalam isu ini, susu soya adalah alternative terbaik untuk untuk mengekalkan kalsium bebas laktosa.
Mereka yang mengalami alahan sebegini digelar Lactose Intollerant di mana golongan ini tidak boleh mencerna laktosa yang terdapat dalam susu hingga menyebabkan mereka cirit-birit & muntah.

2. Mengurangkan berat badan



Susu soya mengandungi purata lemak yang rendah dan tinggi protein, ia membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan lebih berkesan jika ia diambil tanpa penggunaan gula tambahan.

3. Bantu ubati masalah kulit



Disini ia tidak bermaksud mencerahkan kulit anda, namun ia amat bermanfaat dalam mengurangkan hiperpigmentasi atau kondisi kegelapan kulit bertompok. Selain itu, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-penuaan.

4. Mengurangkan risiko kanser prostat



Soya berperanan sangat penting untuk mengurangkan formasi testeron lelaki kerana ia kaya dengan hormon phytoestrogen.

5. Mengelak osteoporosis



Semakin umur kita meningkat, semakin tinggi risiko osteoporosis menyerang badan kita. Ketika ini tulang di badan semakin lemah disebabkan faktor penuaan. Soya mengandungi hormone phytoestrogen dengan meningkatkan penyerapan kalsium untuk mengelakkan kehilangan jisim tulang.

6. Meningkatkan fungsi imun tubuh



Ia kaya dengan protein yang membantu meingkatkan imuniti tubuh serta mengurangkan rasa letih. Soya juga berupaya menjadi penyumbang protein dan mengelak kolesterol dari pemakanan daging.

7. Makanan untuk bijak



Soya mempunyai kandungan lechitin untuk membekalkan nutrisi penting untuk otak. Ia membantu pesakit Alzheimer serta meningkatkan fungsi saraf otak.

IKLAN