Makan

Sosej Sihat & Sedap, Resepi ‘Homemade’ Tanpa Bahan Pengawet

Share

Sosej antara makanan kegemaran semua golongan. Mudah disediakan dan juga rasa yang sedap. Namun, makanan ini mengandungi kandungan perisa tiruan,bahan pengawet  dan garam dalam kuantiti yang tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan masalah kesihatan lain.

Jadi lebih baik kita buat sendiri kat rumah. Mudah sahaja nak buat dan lebih sedap serta berkhasiat.

Sosej Homemade

Bahan-Bahan:

  1. Isi ayam
  2. Lobak merah
  3. Daun bawang
  4. 1 sudu besar tepung gandum
  5. 1 sudu besar tepung jagung
  6. Black pepper
  7. White pepper
  8. Minyak bijan

Cara-Cara:

– Kisarkan isi ayam bersama lobak merah, daun bawang, tepung gandum, tepung jagung, black & white pepper dan minyak bijan.

– Kisar sehingga dapat tekstur yang lembut dan cantik seperti ini. Kemudian boleh letakkan dalam cetak sosej.

– Kukus sosej tadi lebih kurang 20 minit dan boleh digoreng juga selepas itu.

Untuk info, kajian saintifik mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam sosej dipasaran sangat memudaratkan kesihatan terutamanya meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus. Jadi lebih baik kita buat je sendiri mengunakan bahan yang lebih berkhasiat. Selamat mencuba!

Sumber: @lovelittletummy

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!

 

Published by
Nana