
Sosej antara makanan kegemaran semua golongan. Mudah disediakan dan juga rasa yang sedap. Namun, makanan ini mengandungi kandungan perisa tiruan,bahan pengawet dan garam dalam kuantiti yang tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan masalah kesihatan lain.
Jadi lebih baik kita buat sendiri kat rumah. Mudah sahaja nak buat dan lebih sedap serta berkhasiat.
Sosej Homemade
Bahan-Bahan:
- Isi ayam
- Lobak merah
- Daun bawang
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- Black pepper
- White pepper
- Minyak bijan
Cara-Cara:
– Kisarkan isi ayam bersama lobak merah, daun bawang, tepung gandum, tepung jagung, black & white pepper dan minyak bijan.
– Kisar sehingga dapat tekstur yang lembut dan cantik seperti ini. Kemudian boleh letakkan dalam cetak sosej.
– Kukus sosej tadi lebih kurang 20 minit dan boleh digoreng juga selepas itu.
Untuk info, kajian saintifik mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam sosej dipasaran sangat memudaratkan kesihatan terutamanya meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus. Jadi lebih baik kita buat je sendiri mengunakan bahan yang lebih berkhasiat. Selamat mencuba!
Sumber: @lovelittletummy
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Anda Cepat Marah? Relaks! Tenangkan Diri Dengan Cara Mudah Ini!

Pernah bertanya pada diri kenapa mudah marah atau baran? Sesungguhnya, orang yang betul-betul kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu punca kenapa mudah marah supaya sifat tersebut dapat dibendung dan dirawati dengan segera. Jom kita muhasabah diri kita sendiri.
KENAPA MUDAH MARAH?
1) Sukar Mengawal Emosi
Bagi mereka yang mudah marah adalah kerana mereka susah untuk mengawal emosi dan membiarkan perasaan marah menyelubungi diri. Orang yang mudah marah ni akan diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain.
2) Kurang Sabar
Hati yang kurang sabar selalu cepat melenting apabila dicabar tahap kesabarannya. Oleh itu, kita hendaklah latih diri dan hati supaya lebih bersabar serta berfikir dengan cara yang rasional apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak melakukan tidakan yang terburu-buru demi memuaskan hati yang sedang marah. Sebenarnya, orang yang kurang sabar juga akan mudah menghidapi suatu penyakit yang kronik.
3) Ego, Bangga Diri, Riak dan Merasa Diri Lebih Hebat
Bagi mereka yang sebegini akan mudah rasa tercabar apabila dirinya dipersenda-sendakan. Hal ini kerana mereka akan rasa kalah dan tidak dihormati. Selain itu, orang yang mempunyai sifat ego, bangga diri dan riak akan merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh sebab itu, mereka akan mudah marah sebab tidak mahu dipandang rendah dan benci apabila tidak dihormati serta berasa terhina apabila berjumpa dengan orang lebih hebat daripadanya. Marah jenis ini biasanya wujud dalam bentuk emosi yang tidak puas hati terhadap orang lain.
4) Berfikiran Negatif
Orang jenis ini ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, suka bersangka buruk pada orang lain serta mudah bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Orang jenis ini akan mudah marah kerana dihatinya tiada wujud istilah maaf. Dia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasakan dia sahaja yang betul. Walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan diri tetapi disebabkan ego, dia tidak akan minta maaf walaupun berada di pihak yang salah.
5) Berdendam
Jika seseorang itu menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang, dia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

Ramai yang memandang rendah kepada kesihatan paru-paru. Ada diantara anda alpa dengan masalah ini dan masih lagi melakukan gelaja yang membolehkan kesihatan paru-paru terjejas. Lebih daripada 70% rakyat Malaysia tak kira jantina merokok, dan ia bukan saja boleh menjejaskan kesihatan individu, malah ia boleh menjejaskan kesihatan orang disekeliling. Untuk mengawal daripada aktiviti ini berleluasa, berikut adalah cara untuk anda elak dari kesihatan anda terjejas.
Berhenti merokok
kami tidak menyatakan bahawa merokok merupakan punca utama kerosakan paru-paru anda, Cuma kaedah penyelidikan baru-baru ini mengesahkan bahawa berhenti merokok akan menjadikan paru-paru anda lebih sihat. (Rokok ringan jangka panjang masih membawa risiko tinggi untuk penyakit paru-paru.) Kabar baiknya, jika anda berhenti sebelum 35 tahun, paru-paru anda biasanya boleh pulih pada usia 50 tahun.
Ia bukan sahaja rokok, malah Vaping, yang dikatakan sebagai alternatif “selamat” kepada rokok, telah dikaitkan dengan penyakit yang disebut “paru basah,” memberi keutamaan kepada remaja.
Ganti penapis udara anda
Ada sebab mereka tidak menyebutnya “The Great Indoors.” Udara di dalam rumah anda boleh menjadi lima kali ganda lebih kotor dari udara luar. Walaupun penapis udara HEPA bukan satu keperluan kerana salah satu faktor ia agak mahal, namun jika digunakan setiap hari ia boleh membantu mengurangkan masalah kualiti udara bagi mereka yang mengalami alergi. Sekurang-kurangnya, tukar penapis di udara sebulan sekali.
Ambil makanan berkhasiat
makan makanan yang sihat dan seimbang juga menjadi faktor utama untuk mendapatkan paru-paru yang sihat. Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa buah dan anggur sangat baik untuk kesihatan paru-paru, dalam jangka masa yang lama, kerana flavonoid atau nama lainnya antosianin. Diet yang kaya dengan serat seperti epal, pear, sayur-sayuran dan lada dapat mengurangkan risiko penyakit paru obstruktif kronik (COPD), penyakit paru-paru yang boleh membuat anda sukar untuk bernafas.
Minum air secukupnya
kembalilah kepada alam semulajadi dimana, segelas air dapat menghindari anda dari pelbagai penyakit. Hidrasi ini membantu menjaga lapisan lendir paru-paru nipis, dan itulah yang diperlukan untuk fungsi yang optimum. Sekiranya anda kurang mengambil air masak, paru-paru anda boleh rosak walaupun anda tidak merokok.
Elakkan Pencemaran Udara
Mungkin sukar untuk anda menghalang orang ramai dari mencemarkan udara di bumi tercinta ini, namun anda boleh mengawalnya dengan elak daripada kawasan yang mempunyai pencemaran udara yang melampau. Sekurang-kurangnya anda dapat selamatkan diri anda. Kajian secara konsisten memperlihatkan kesan buruk hidup berhampiran jalan raya dan di sekitar pencemaran udara tertumpu pada umumnya, untuk kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan orang dewasa yang sihat. Sekiranya anda boleh, elakkan jam sibuk dan ambil jalan sampingan yang kurang padat, dan elak dari berjalan di zon perindustrian.
Dapatkan suntikan vaksin
Jangkitan pernafasan adalah gangguan setiap hari, dan anda tidak dapat mengubah fakta tersebut.Tetapi sesiapa yang mempunyai fungsi paru-paru yang kurang baik terutama mereka yang mempunyai COPD, asma secara umumnya berisiko, mereka amatlah dinasihatkan untuk mendapat suntikan selesema tahunan dan vaksin pneumokokus untuk pencegahan.
Sumber: mom.me
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pernah Ditinggalkan Kekasih Kerana Badan Tidak Sasa, Ini Buktinya!

BIASALAH ORANG LEBIH SUKA MELIHAT LUARAN SESEORANG TANPA MENGENAL HATI BUDI TERLEBIH DAHULU. APA PUN TAHNIAH BUAT AHMAD HAKIM KERANA KINI BERJAYA MENDAPATKAN BENTUK BADAN IDAMAN. IKUTI KISAHNYA LEBIH LANJUT DI DALAM MASKULIN EDISI JULAI 2018.
BERMULA TRANSFORMASI
Sewaktu usia 17 tahun, teman wanita saya lari mengikut seorang lelaki berbadan sasa, saya ditinggalkan kerana tidak memiliki bentuk badan sedemikian. Sejak itu, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di True Fitness selama lapan bulan, di sana saya pelajari serba sedikit mengenai kecergasan dengan jurulatih di situ. Sebelum ini berat badan saya sekitar 55 Kilogram dan dari situlah saya mula bertatih dan berlatih secara perlahan-lahan disusuli kawalan diet yang betul dan akhirnya ia membuahkan hasil.
Persepsi terhadap wanita memang mahukan lelaki yang sasa membuatkan saya sangat bermotivasi, selepas saya mendapatkan bentuk badan seperti sekarang, bekas teman wanita pernah berhasrat untuk kembali bersama tetapi saya menolaknya kerana masih banyak pilihan yang lebih baik untuk saya di luar sana.
DIET YANG DIAMALKAN
Dalam berdiet saya akan cuba elakkan tiga makanan ini iaitu gula, makanan diproses seperti sosej juga makanan berminyak. Saya akan mengamalkan diet yang ketat apabila terdapat pertandingan. Bagi saya diet untuk mendapatkan struktur badan yang bulking sedikit mudah kerana ketika itu saya akan mengambil sumber karbohidrat yang mencukupi dan mudah diakses, manakala ketika untuk memerlukan diet protein yang ketat pula saya perlu lebih berdisiplin dalam perihal pemakanan kerana ketika itu saya akan mengambil sekurangnya 1 kilogram dada ayam setiap hari dan pecahkan kepada empat hidangan untuk dimakan. Penyediaannya juga harus bersih dan benar-benar sihat.
Apabila tiba musim pertandingan, saya perlu berlatih di gimnasium sekurangnya lima bulan awal berserta diet, untuk cutting badan yang lebih cantik pula memerlukan lapan minggu persediaan dan lapan jam sebelum bertanding saya akan elak mengambil apa-apa jenis minuman.
KORBAN DUIT
Benar, untuk mendapatkan apa yang dimahukan perlukan pengorbanan yang besar. Sebulan saya akan habiskan sekitar RM 2000 untuk membeli makanan sihat dan suplemen sebagai bekalan. Tambahan makanan natural ini memang mahal harganya, namun ini adalah kepuasan juga sebagai tanda anda memang hargai tubuh dan kesihatan. Bagi saya pengorbanan ini tidaklah banyak, namun apa yang saya harapkan biarlah semangat dan gaya hidup sihat ini dapat diteruskan selamanya.
IKUTI KISAH LEBIH LANJUT DI MAJALAH MASKULIN EDISI JULAI 2018. DAPATKAN DI PASARAN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI