Soalan Tentang Kaedah Pembayaran & Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri Sepanjang Tempoh PKP

Share

Tahun ini cara pembayaran zakat fitrah pastinya sedikit berbeza selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun menjalani tempoh PKP, ia tidak menghalang kita untuk melunaskan kewajipan membayar zakat fitrah.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan jawapan kepada soalan-soalan lazim oleh orang ramai mengenai pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun ini yang mengalami sedikit perubahan selepas pelaksanaan PKP.

1. Adakah zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini, memandangkan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP?

Ya, zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

2. Jika semua pusat zakat melaksanakan kutipan fitrah pada tahun ini, adakah kaedah pembayaran secara atas talian akan digunakan?

Kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian bagi memudahkan para pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.

3. Mengapakah kadar zakat fitrah antara negeri-negeri di Malaysia tidak selaras?

Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana yang dinukilkan dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras. Ringkasnya, perbezaan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat daripada pemborong.

Bayar kadar minimum untuk yang tidak berkemampuan

4. Terdapat sebahagian negeri yang menetapkan beberapa kadar zakat fitrah. Berapakah nilai sebenar yang perlu dibayar?

Secara umumnya, bayaran yang ditunaikan mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh majoriti masyarakat setempat adalah memadai. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah keluarga atau individu ingin memilih kadar yang lebih tinggi, sepadan dengan jenis beras yang menjadi makanan ruji mereka, maka dalam hal ini Dr Yusuf al-Qaradhawi berpandangan ia adalah dari kerelaan hati dan dianggap sebagai suatu bentuk ketaatan tambahan yang terpuji.

Namun, bagi golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi Covid-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan berdasarkan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pihak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga. Dalam hal ini, para pembayar bolehlah melayari laman media sosial MAIN dan AMZ bagi mendapatkan perincian berhubung kadar bayaran fitrah yang telah ditetapkan.

Cara pembayaran untuk yang tak mahir teknologi & tiada internet

5. Apakah pilihan kaedah pembayaran bagi mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet?

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ, namun ia akan dilaksanakan pada tahap yang minimum. Mekanisme pelaksanaan ini akan diselaras sewajarnya sesuai dengan PKP yang sedang berkuat kuasa.

Walau bagaimanapun, bagi negeri yang tidak menyediakan perkhidmatan bayaran fitrah melalui amil maka para pembayar perlulah merujuk pihak MAIN dan AMZ selaku pihak berkuasa agama negeri.

Langkah penjagaan pembayaran secara manual

6. Seandainya kaedah pembayaran secara manual masih dilaksana, adakah langkah berjaga-jaga masih perlu dilaksanakan?

Ya, segala arahan dan tatacara kawalan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih perlu dilaksanakan. Lokasi-lokasi pembayaran zakat fitrah yang telah dikenal pasti oleh pihak MAIN dan AMZ adalah bersesuaian dan mengambil kira elemen penjarakan sosial yang selamat. Selain itu, terdapat beberapa mekanisme pelaksanaan yang dicadangkan. Antaranya, bayaran secara pandu lalu (drive thru), kutipan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Proses pembayaran juga perlulah diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Selain itu, para pembayar dan amil adalah DINASIHATKAN untuk sentiasa menjaga kebersihan, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman. Para pembayar juga digalakkan untuk menyediakan wang secukupnya, tidak perlu bersalaman ketika membayar zakat dan segera beredar setelah selesai urusan
pembayaran.

7. Adakah amil yang memungut zakat perlu patuh pada arahan tersebut?

Ya, setiap amil fitrah yang dilantik adalah tertakluk kepada arahan dan tatacara kawalan yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM. Mereka juga terikat dengan tatacara yang digariskan oleh pihak MAIN dan AMZ.

8. Jika amil atau pembayar dalam keadaan tidak sihat, adakah mereka dibenarkan untuk keluar bagi mengutip atau menunaikan zakat?

Sekiranya amil atau pembayar berada dalam keadaan kurang sihat, maka mereka tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu itu.

Selain itu, mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19 atau baru sembuh Covid-19 atau termasuk dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) yang ingin menunaikan kewajipan zakat fitrah hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat.

9. Adakah perkhidmatan kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya masih disediakan?

Tidak. Hal ini adalah selaras dengan arahan PKP yang sedang berkuat kuasa iaitu larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai.

Kaedah Pembayaran & Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri

10. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terkini berhubung zakat fitrah 1441H/2020M?

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan pelaksanaan fitrah 1441H/2020M bolehlah merujuk halaman rasmi media sosial MAIN dan AMZ sebagaimana berikut:

1. Johor

Kadar fitrah (RM): RM7.00, RM10.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayaran atas talian
i. Zakat Johor Online Payment
– Fastpay melalui https://fitrah.maij.gov.my
– Pengguna berdaftar melalui https://epayment.maij.gov.my
ii. Laman sesawang Johor Online Payment https://onlinepayment.johor.gov.my
iii. Aplikasi SNAPNPay

2. Kedah

Kadar fitrah (RM): RM5.00, RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian
i. Laman sesawang Jom Zakat https://jom.zakatkedah.com.my
ii. Laman sesawang Asnaf Care https://asnafcare.com.my/
iii. Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) http://bit/ly/zotkdh (Android dan IOS)

3. Kelantan

Kadar fitrah (RM): RM7.00 *(Namun bayaran fitrah dengan kadar RM14.00 dan RM21.00 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan)

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian
i. Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
ii. Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
iii. QR Code
iv. Aplikasi MyMaik eZakat Payment
v. SMS

4. Melaka

Kadar fitrah (RM): RM7.00, RM14.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian
i. Laman sesawang izakat.com
ii. QRPay Bank Muamalat

5. Negeri Sembilan

Kadar fitrah (RM): RM7.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik**; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
ii. Aplikasi ZakatN9
iii. Aplikasi SnapNPay
iv. JomPAY
** (keperluan amil hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pigak pengurusan)

6. Pahang

Kadar fitrah (RM): RM7.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayaran secara atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/

7. Perak

Kadar fitrah (RM): RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. FPX melalui www.maiamp.gov.my
ii. QRPayMaybank;
iii. Aplikasi SnapNPay; dan
iv. Aplikasi GopayZ

8. Perlis

Kadar fitrah (RM): RM7.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. Aplikasi SnapNPay

9. Pulau Pinang

Kadar fitrah (RM): RM7.00, RM16.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. Aplikasi SnapNPay
ii. JomPAY
iii. QR Code
iv. Aplikasi GoPayZ
v. FPX

10. Selangor

Kadar fitrah (RM): RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. FPZ melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
ii. Aplikasi e-dompet GoPayZ
iii. Aplikasi e-dompet Boost
iv. QR Code
v. Laman sesawang Ejen-ejen bank (9 buah bank)
vi. Portal MyEG
vii. Pos Online

11. Terengganu

Kadar fitrah (RM): RM7.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. FPX melalui pautan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
ii. Aplikasi SnapNPay

12. Sabah

Kadar fitrah (RM): RM6.00, RM7.50

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. Laman sesawang Ejen-ejen bank
ii. Portal MyEG
iii. Aplikasi SnapNPay
iv. JomPAY

13. Sarawak

Kadar fitrah (RM): RM7.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran secara atas talian
i. Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
ii. Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
iii. Portal MyEG
iv. Maybank2U
v. Aplikasi SnapNPay

14. Wilayah Persekutuan

Kadar fitrah (RM): RM5.00, RM7.00

Kaedah pembayaran:
1. Bayar menerusi amil fitrah yang dilantik; atau
2. Kaunter PPZ-MAIWP; atau
3. Bayaran secara atas talian
i. melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my
ii. Laman sesawang Ejen-ejen bank (14 buah bank)
iii. PayHalal
iv. Portal MyEG
v. U-Mobile
vi. Pos Online

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Published by
Roselinda