Memang diakui agak renyah nak jaga sneakers putih sebab ia mudah terkena kotoran. Kadang-kadang baru keluar rumah pun sudah tergesel dan terdapat tompok hitam pada kasut.
Perkara ini biasa kepada peminat sneakers putih. Orang kata, alah membeli, menang memakai.
Untuk atasi isu ini, MASKULIN buatkan beberapa panduan bagaimana nak jaga serta bersihkan sneakers putih anda agar ia kekal cantik dan berbau kedai.
1. Cuci guna sabun mandi & air
Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.
2. Gosok dengan span Magic Eraser
Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosok span ini pada kotoran di sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.
3. Gunakan ubat gigi & berus
Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sental bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.
BACA: Memang ‘Cool’ Kalau Pakai Kasut Vans X Harry Potter Custom Ni, Awek Pun Boleh Jeling!
4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif
Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.
5. Gunakan cecair peluntur jika keadaan terlalu teruk
Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.
6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh
Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.
7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk
Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI