Setelah lama dinanti-nantikan, Skyline Luge Kuala Lumpur, sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga mengumumkan pra-pembukaan kepada orang ramai bermula dari 9 Disember.
Hab hiburan seluas 50 ekar itu terletak di Gamuda Luge Gardens, iaitu di tengah-tengah koridor kemajuan utara Lembah Klang.
Skyline Luge diasaskan di New Zealand pada tahun 1985, dan Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan yang pertama di Malaysia,
Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu Legenda
, Ultra, Graviti dan Ekspres, yang setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter.Ciri keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang disinari lampu LED bergerak yang penuh keajaiban.
Alamilah Night Luge, satu pengalaman unik dengan trek bermandikan Cahaya warna-warni pada waktu malam. Skyline Luge adalah mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyediakan satu aktiviti ideal untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga.
Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan helmet RFID bebas tangan, bagi merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.
“Skyline Luge sentiasa di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman yang inovatif dan hebat. Jadi, kehadiran kami dalam landskap hiburan di Malaysia akan membuka satu lembaran yang mengujakan bagi kami,” kata Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes.
“Saya sangat teruja untuk memperkenalkan pengembaraan baharu ini kepada rakyat Malaysia. Ia menjanjikan pengalaman menakjubkan dan sukar ditandingi, yang sudah tentu akan menjadi kemuncak dalam kemeriahan landskap Kuala Lumpur,” tambahnya.
Terdapat had umur atau ketinggian untuk kanak-kanak yang ingin menunggang Luge secara solo. Pengunjung mesti sekurang-kurangnya berketinggian 110cm untuk menunggang Luge secara bersendirian.
Jika tidak, mereka dengan ketinggian 85cm – 110cm boleh berkongsi Luge dengan seorang dewasa.
Bagi Skyride (chairlift), tetamu yang melebihi 136cm boleh menaiki Skyride secara bersendirian, manakala penunggang antara 85cm – 135cm perlu ditemani orang dewasa.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman Luge dan mencipta kenangan manis di Skyline Luge Kuala Lumpur bersama rakan dan keluarga tersayang.Dapatkan tiket anda secara dalam talian sekarang.
Ikuti Facebook dan Instagram rasmi Skyline Luge KL untuk maklumat terkini.