Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ini antara produk yang boleh anda gunakan untuk membuang kulit mati:
Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Scrub muka untuk jerawat yang murah
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Ads
Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
Ads
HIMALAYA Apricot Scrub
Scrub muka apricot yang boleh didapati di Watsons
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Ads
St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Jangan lupa ke Karnival Karangkraf 1-3 Jun ni! Mungkin anda boleh dapat produk scrub secara percuma? Siapa tahu kan?
Penggunaan kaca mata bukan hanya untuk mengelakkan mata terkena silau matahari malah ia disifatkan sebagai aksesori untuk menambahkan gaya kacak lelaki.
Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenama yang diperkenalkan namun sesuai atau tidak dengan bentuk wajah anda, aspek ini juga perlu diambil kira.
1. Stail : The Wayfarer
The wayfarer tampil dengan rekaan bingkai tebal dan ia mula diperkenalkan Ray Ban sekitar 1956. Lelaki dan wanita boleh memakai the wayfarer ini kerana ia bersifat uniseks selain jika anda mahu tampil ‘kemas biasa-biasa’ atau ‘tidak terlalu funky’.
2. Stail : The Aviator
The Aviator tampil dengan rekaan batang halus membentuk bingkai dan ia pertama kali ditampilkan pada tahun 1936. Rekaan ini boleh membuatkan si pemakai kelihatan ‘macho’ dan ‘matang’ selain ia pernah digayakan Tom Cruise dalam filem ‘Top Gun’ serta dipakai juruterbang dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelak silau matahari.
3. Stail : Teashades
Teashades juga dikenali sebagai ‘Lennon specs’. Bentuk kaca mata bulat ini pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda, The Beatles dan kalau dalam filem komedi Cina lama, ada dua pelajar kung fu gemuk sering memakai kaca mata jenis ini. Mereka yang memakai Teashades dilihat sebagai rare dan memiliki personaliti yang kreatif.
4. Stail : Clear Frame
Ada yang suka berwarna hitam atau berwarna-warni tetapi bagi pemakai Clear Frame, mereka jelas tidak mahu kelihatan begitu menonjol. Dalam erti kata lain, mereka tidak gemarkan perhatian daripada orang lain secara serius tetapi dalam jiwa mereka, tetap memiliki elemen ‘klasik’ yang tidak dapat disembunyikan.
5. Stail : Rimless
Rekaan Rimless amat bertentangan dengan tiga rekaan di atas kerana kaca mata ini tiada bingkai hadapan dan cuma disambungkan terus kepada pemegang telinga. Kaca mata ini bersifat mimalis dan pemakainya tidak menitik beratkan gaya sebaliknya cukuplah sekadar ia dapat mengelakkan silau matahari. Oleh itu, pemakai kaca mata jenis ini disifatkan seseorang yang ‘simple’ tetapi ‘matang’.
6. Stail : Brownline
Jika Rimless tiada bingkai pada bahagian hadapan, Brownline tampil dengan semi-bingkai. Rekaan ini menampakkan seseorang itu kekal bergaya tetapi dalam keadaan yang cukup mimalis. Macam nak tak nak. Tapi ramai yang nak kerana Brownline memang membuat seseorang itu kelihatan sangat ‘cool’.
7. Stail : Oversized
Oversized biasanya dilabelkan sebagai ‘king’ atau ‘queen’ buat sang pemakai. Sesiapa yang ingin tampil kelihatan vogue dan persis diva, inilah kaca mata yang paling sesuai untuk digunakan. Boleh dikatakan pemakai Oversized sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi.
8. Stail : Shield
Kaca mata ini menampilkan gaya ala-ala futuristik. Pemakainya terdiri daripada mereka yang gemarkan muzik jenis tekno dan mahu kelihatan ‘sangat jauh ke hadapan’. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berani memakai kaca mata jenis ini kerana dianggap pelik dan keterlaluan kecuali digunakan sebagai prop untuk projek futuristik.
9. Shutter Shades
Kaca mata ini menampakkan si pemakai kelihatan begitu ‘funky’. Jika memakainya dalam sesebuah majlis keraian atau parti, anda mungkin menjadi perhatian. Karakter pemakai kaca mata jenis ini turut menggambarkan anda memiliki jiwa yang sangat bergelora untuk mencuba sesuatu yang baharu dan ‘gila’.
10. Stail : Sport
Kaca mata ini diperlukan oleh mereka yang gemar bersukan kerana rekaannya yang tidak mudah tertanggal serta tahan silau. jadi, memang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti lasak meski pun dalam cuaca serta matahari yang sangat terik. Yang penting, anda kekal nampak bergaya walaupun sedang bersukan.
Dalam banyak-banyak kaca mata yang ditulis, yang mana satu anda sedang pakai atau miliki ketika ini? Kongsikan bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mana mungkin kita ketepikan perihal streetwear dalam dunia fesyen hari ni. Jika dahulu fesyen streetwear ini dilihat sebagai penggayaan yang biasa, namun hari ini ia bagaikan memberi impak besar dalam arena seni fesyen.
Konsepnya lebih santai, mudah namun tetap nampak stylo! Jom jenguk antara fesyen streetwear yang boleh anda cuba.
Mungkin hari ini kebanyakkan dari kaum lelaki mengenakan t-shirt ketat untuk menampakkan susuk badan yang lebih berotot. Sado! Namun, tidak pada penggayaan streetwear. Because streetwear is baggy and shapeless!
Ia bagaikan piihan gaya bebas yang tiada had untuk bergaya. Tidak kira sama ada kemeja, bomber jacket mahupun sweater, rekaan jenis oversized ini mampu menampakkan gaya jalanan anda lebih mneyerlah. Cool and urban.
Untuk gaya menarik, gayakannya dengan bebrapa lapisan helaian lain. Apa kata anda cuba padankan dengan kemeja oversized bersama t-shirt jenis labuh. Padankan juga bersama knee-length shorts. Usah butang kemeja anda. Biarkan ia tampak loose dan santai. Pasti menarik!
“Gender Equality”, “Be Different” dan “Human Rights Are Not Optional”. Fesyen streetwear ini bagaikan satu method yang bisa digunakan untuk memberi mesej positif kepada netizen. Streetwear is a subcultural affair, created for and by a series of skaters, punks and anti-establishment kind of guys.
Ringkasnya, si penggaya streetwear tidak pernah malu malah berani untuk menyuarakan suara mereka. Namun dalam cara yang lebih kreatif. Apabla kita melihat dari sudut yang berbeza, ia bagaikan satu demonstrasi jalanan namun dilakukan secara hemah dan lebih beretika.
Jadi, gaya streetwear ini bukan sahaja dilihat dari curahan kreativiti dalam berfesyen, malah ia juga dilihat sebagai satu platform di mana ia bersatu menyampaikan mesej berguna kepada orang ramai.
Bukan itu sahaja, penggunaan ayat mahupun perkataan yang dicetak di t-shirt, kemeja, seluar mahupun jaket, mampu menjadikan style anda lebih ranggi. Padankan juga bersama sneakers juga aksesori seperti topi.
Kalau berbicara mengenai seluar jenis sweatpants ini, rata-rata kaum lelaki pasti menyukainya. Bukan hanya pada mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, malah kini, ia dipakai untuk dijadikan as fashion statement untuk setiap individu.
Bukan sahaja jenis fabriknya yang memberi keselesaan mutlak pada si pemakai, namun sweatpants ini menjadikan gaya anda lebih santai dan kasual. Manakan tidak, hingga hari ini, penggayaan streetwear menjadikan sweatpants ini elemen penting dalam intipati berfesyen. Lebih kemas dan clean.
Manakan tidak, padankan sahaja dengan helaian t-shirt putih yang sedikit baggy bersama-sama dengan sneakers rona putih. Meski ia tampak mudah dalam berfesyen, namun terserlah aura maskulin anda. Casual swagger! Apa yang penting, jangan padankan dengan jenis highly tailored items sebagai contoh double-breasted blazer.
Dua item ini harus disatukan untuk menghasilkan satu kelainan dalam gaya streetwear anda. Baseball caps sudah menjadi streetwear essential sekian lamanya. Hingga hari ini, rata-rata khalayak khusunya anak muda menjadikan baseball caps ini sebagai aksesori utama dalam berfesyen.
Namun, apa yang menariknya, apabila ia dipadankan dengan sehelai blazer, ia seolah-olah menaikkan aura formality anda tapi masih mengekalkan unsur casual dalam gaya anda. Gaya streetwear ini menjadi pilihan ramai terutamanya di negara Barat. Mereka menyifatkan gaya ini adalah kesinambungan unsur Hip-hop dan formaliti dalam business.
Gayakan dengan seluar jeans mahupun chinos dan sudah pasti, dengan sepasang sneakers! Sudah tiba masanya anda bermain dengan kreativiti anda dengan menggayakan baseball caps bersama tailored jacket/blazer! Yang pasti bukan dengan sepasang suit.
Sepasang sneakers mampu mengubah keseluruhan gaya anda! Mana tidaknya, kebanyakkan kaum lelaki memilih sneakers untuk dipakai bersama sehelai jeans mahupun chinos. Mudah dah tahan lasak.
Penggayaan sneakers juga dilihat sebagai sebagai salah satu item untuk gaya anda lebih stand out. Amat sesuai dan menarik jika sneakers anda digayakan dengan warna yang kontra dengan helaian baju mahupun seluar anda. Sebagai contoh, jika anda mengenakan plain denim, suaikan dengan padanan kasut jenis ini yang punya paten juga corak.
Jika seluar jenis chinos, anda bisa padankan dengan sneakers yang warnanya lebih terang seperti merah ataupun kuning. Untuk tampak ekslusif, sarungkan helaian serba hitam bersama sneakers rona putih. Bukan hanya eksklusif malah elemen glam itu mampu dilihat dari gaya keseluruhan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya agak sukar untuk kita jumpa orang lelaki yang tak mempunyai hatta seutas jam dlam hidupnya. Sama ada suka pakai atau tidak, pasti dalam koleksi mesti ada sekurang-kurangnya satu.
Jadi tak salah jika MASKULIN katakan bahawa jam tangan merupakan kawan paling baik pergelangan tangan anda.
Jika pada usia muda remaja jam yang trendy dengan warna terang pelbagai sentiasa menjadi buruan ramai. Antaranya jam dari jenama CASIO iaitu G-SHOCK. Namun sebagai lelaki yang ingin tampil macho dan bergaya janganlah hadkan kepada sesetengah jenis jam sahaja.
Tak semua jam sesuai untuk digunakan pada semua tempat dan ada di antaranya bergantung kepada ciri-ciri istimewa.
Buat anda yang ingin mencari jam tangan yang sofistikated, moden, stailo dan mengetengahkan sifat ‘jantan’, ini di antara jenis-jenis yang boleh anda beli di pasaran.
Jam kategori dress watch ini adalah jenis jam yang paling klasik sekali. Reka bentuknya ringkas sahaja iaitu permukaan berwarna putih dan mempunyai strap/band berwarna hitam.
Ia biasanya diperbuat daripada kulit dengan jarum jam jelas dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja. Dress watch adalah jam kategori formal maka amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
Seperti namanya, jam jenis diver’s watch ini pada asalnya direka untuk penyelam laut dalam. Jam begini amat tahan lasak, mempunyai sifat kalis air dan tahan tekanan. Digit pada diver’s watch selalunya mempunyai sifat glow in the dark.
Sifat-sifat jam begini amat sesuai untuk suasana kerja seorang penyelam dasar laut. Diver’s watch juga sesuai dipakai dengan semua pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
Nama lain bagi chrono watch adalah sports watch. Jam ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya tampak canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan fungsi lain mengikut pengeluar jam.
Jam begini kebiasaannya terasa berat apabila dipakai di tangan. Jam ini bersifat semi-formal. Maka lebih sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal, bukan pakaian formal.
Field watch mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia Pertama. Jam ini kebiasaannya mempunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Kontra tinggi bertujuan memudahkan bacaan walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.
Tali jam ini diperbuat daripada kanvas atau kulit. Rekaan terawal memperkenalkan hanya warna hijau atau coklat pada tali jam begini. Jam ini ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak. Secara umumnya, field watch lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
Pilot watch menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz/diameter yang besar iaitu melebihi 50mm. Tujuan jam ini direka dengan saiz yang besar adalah untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan.
Ciri-ciri paling menonjol pada jam ini ialah punat yang besar bertujuan memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan (glove) untuk memutar punat tersebut. Jam tangan ini bersifat semi-formal, lebih sesuai dipadankan dengan penampilan semi-formal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.