Menjaga kulit bukan hanya keperluan wanita, tetapi juga penting untuk lelaki.
Kulit yang sihat bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah membantu mengelakkan pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan penuaan pramatang.
Hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak berbanding wanita, menjadikannya lebih terdedah kepada jerawat dan pori tersumbat.
Selain itu, mencukur boleh menyebabkan kulit kering, iritasi dan luka kecil, menjadikannya lebih sensitif jika tidak dijaga dengan betul.
Pendedahan kepada sinar UV dan pencemaran juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Oleh itu, menggunakan pelembap dan pelindung matahari setiap hari sangat penting untuk memastikan kulit kekal sihat dan terlindung.
Ads
Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit
Pembersihan Wajah
Langkah pertama adalah membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
Ini membantu menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori.
Foto : Remaja
Skrub Muka
Penggunaan skrub muka dua kali seminggu dapat membantu kulit lebih segar dan bersih dengan menghilangkan sel kulit mati dan mengelakkan pori tersumbat.
Pelembap
Pelembap penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Pastikan anda memilih pelembap yang ringan dan tidak berminyak.
Ads
Pelindung Matahari
Satu lagi langkah penting adalah menggunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan penuaan dan kanser kulit.
Untuk memilih produk yang sesuai, kenali jenis kulit anda terlebih dahulu sama ada berminyak, kering, kombinasi atau sensitif.
Ads
Gunakan produk yang tidak mengandungi bahan kimia keras seperti alkohol dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi.
Membaca label dan ulasan produk juga penting untuk memastikan bahan yang digunakan memberi manfaat kepada kulit, seperti asid hyaluronik, niacinamide, atau aloe vera.
Tidak perlu malu untuk menjaga kulit! Dengan rutin penjagaan kulit yang betul, lelaki boleh memiliki kulit yang lebih sihat dan berseri.
Mulakan dengan langkah mudah dan pilih produk yang sesuai untuk keperluan anda. Jadi, sudah sedia untuk mula menjaga kulit anda hari ini?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di zaman serba moden ini, banyak prosedur perubatan yang boleh membantu seseorang untuk yang mengalami masalah berat badan.
Antaranya ialah prosedur potong usus, atau dikenali sebagai pembedahan bariatrik.
Bagi selebriti seperti Diana Danielle, dia juga menerima tawaran menjalani prosedur itu namun tidak mendapat keizinan suaminya Farid Kamil.
Memetik laporan Gempak, Farid berpendirian bahawa ada cara lain yang lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
“Saya tak benarkan Diana buat benda itu sebab bagi saya potong usus adalah perkara yang melampau.
Gemuk Kerana Diri, Kurus Juga Kerana Diri
“Saya percaya yang menggemukkan badan adalah kita jadi yang menguruskan kembali pun adalah kita. Tidak ada benda lain melainkan kesedaran diri sendiri,” katanya.
Tambahnya, dia juga pernah melihat kondisi perut sahabatnya yang pernah melakukan prosedur tersebut.
“Saya rasa impak bariatrik itu lebih banyak berbanding kelebihan yang ada dan saya juga pernah lihat perut kawan saya yang lakukan bariatrik. Nampak agak pelik bila tengok.
“Setengah orang melakukan atas sebab faktor kesihatan manakala setengah lagi ada yang buat dengan tujuan untuk kurus, bergantung,” ujarnya.
Untuk rekod, Diana mengakui mengalami pertambahan berat badan susulan pertambahan selera makan.
Pertambahan berat badan Diana turut merubah bentuk badannya menjadi lebih berisi sehingga ada yang menyangkanya sedang mengandung.
Siapa pernah kena tegur dengan orang tua pasal pantang larang yang tak masuk akal? Orang Melayu ni bukan sahaja kaya dengan budaya, malah kaya juga dengan pantang larang yang kadang-kadang tak tahu kesahihannya. Namun, ada maksud tersirat yang berkaitan dengan budaya Melayu dari ke semua pantang larang mengarut tu.
Jangan menyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua
Anak dara selalu dapat ayat macam ni, setiap kali kita nak jadi Siti Nurhaliza, pasti kita akan ditegur oleh orang tua. Sebenarnya tak sopan untuk seorang perempuan ‘melalak’ di ruang dapur. Tak sopan dengan budaya kita. Siapa yang degil jugak tu, anda kahwin dengan orang tua tak?
Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
Kaum Adam diluar sana tu pernah tak kencing merata? Sebenarnya orang tua tak nak anda kencing bersepah, kerana itu pantang larang ini tercipta.
Makan setempat, nanti kahwin ramai
Ini kebiasaan yang kita dengar. Kalau pergi kenduri atau makan di kantin sekolah, sekali dah melekap dekat satu tempat tu, memang taklah nak gerak. Ada sebab kenapa orang tua cakap cakap macam tu, kan tak sopan kalau makan pindah randah ni.
Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang.
Tujuan pantang larang ini bertujuan untuk makan semeja bersama iaitu selepas solat Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli keluarga.
Jangan potong kuku waktu malam, rezeki lokek
Zaman dahulu kan tak ada elektrik, lampu hanya bergantung pada lilin sahaja. Kalau terhiris jari macam mana? Kerana itu, orang tua menghalang anda dari memotong kuku waktu malam.
Jangan duduk atas bantal, nanti bisul
Bantal zaman dahulu dibuat dari kekabu, dan dijahit sendiri oleh nenek moyang kita. Bekas dari duduk kita itu boleh mengundang jahitan terputus. Dah tahu dah kenapa nenek marah korang?
Jangan mengintai orang mandi, nanti ketumbit
Anak bujang mana yang tak nakal? Semua pernah lalui zaman nakal kan? Orang tua punya stail ni, kalau nak melarang kena menggunakan kuasa mengugut. Kalau sekadar nasihat biasa, tak jalan punya.
Jangan makan leher ayam, nanti kepala teleng masa naik pelamin
Sebenarnya leher ayam merupakan bahagian paling sedap. Orang tua create pantang larang ni sebab mereka nak menikmati leher ayam tersebut. Jadi, siapa yang bujang tu, boleh tengok jelah. Namun menurut saintifik pula, leher ayam merupakan bahagian yang dicucuk untuk mempercapatkan proses tumbesaran ayam. Agak merbahaya untuk kesihatan, jika anda rajin makan bahagian ini.
Jadi, ada tak salah satu pantang larang ni yang korang buat, menjadi kenyataan? Ataupun korang memang seorang yang mendengar kata?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PETUA Putihkan Gigi Kuning. Segera putihkan gigi jika anda mempunyai gigi kuning! Gigi putih bersih menjadi idaman semua tidak kira wanita mahupun lelaki.
Ramai yang beranggapan menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi kuning dan mencegah gigi berlubang. Tetapi, sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak mencukupi, apatah lagi jika anda memiliki gigi kuning.
Petua putihkan gigi kuning menggunakan bahan semulajadi
Berikut beberapa petua putihkan gigi kuning yang menggunakan beberapa bahan semulajadi supaya anda boleh mendapatkan gigi putih bersih dan sihat. Hasil atau keberkesanannya mungkin berbeza-beza bagi setiap orang, anda mungkin kena lebih bersabar jika mahu mendapatkan gigi putih semulajadi.
1.KAYU SUGI
Sejak dahulu lagi kayu sugi sudah dipercayai mampu membersihkan gigi, gusi dan mulut. Ia adalah petua putihkan gigi kuning secara tradisional yang cukup berkesan untuk memutihkannya. Bukan itu sahaja, kayu sugi juga mampu memperkuatkan gigi, menghilangkan kotoran yang melekat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih bersinar.
2.KAYU ARANG
Petua putihkan gigi kuning dengan menggunakan arang mungkin kedengaran macam pelik. Ini adalah kerana arang yang berwarna hitam tidak mungkin dapat memutihkan gigi, sedangkan ia adalah petua putihkan gigi kuning cara tradisional yang cukup berkesan. Cuma, jangan pakai secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan kesakitan gigi.
3. KULIT OREN
Kulit oren adalah petua hilangkan gigi kuning. Ambil beberapa kulit oren, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan kulit oren tersebut. Sebaiknya dilakukan pada setiap malam sebelum tidur. Vitamin C yang terkandung dalam kulit oren dikatakan dapat menghilangkan kuman dan sisa-sisa makanan yang melekat ada gigi. Lakukan secara teratur selama seminggu untuk melihat perubahannya.
4.BUAH STRAWBERI
Buah strawberi mengandungi vitamin C yang boleh membuatkan gigi menjadi lebih putih, bersih dan tidak kuning lagi. Ambil beberapa biji buah strawberi , kisar sehingga menjadi bentuk pes. Setelah itu, gosoklah gigi anda dengan pes strawberi.
5.LEMIN DAN GARAM
Lemon mempunyai sifat pemutih yang boleh menghilangkan gigi kuning. Ambil beberapa titis air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sebati keduanya, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilaslah dengan air suam. Lakukan paling kurang, dua kali dalam seminggu.
6.BAKING SODA
Petua putihkan gigi kuning dengan menggunakan baking soda. Ianya boleh menghapuskan plak serta membuatkan gigi menjadi putih dan cantik. Ambil beberapa sudu baking soda dan sedikit ubat gigi. Campurkan baking soda dengan ubat gigi dan beruslah gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Setelah itu, bilas dengan air suam. Lakukan dua kali seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.