Rasanya kalau ada yang tidak pernah dengar tentang ‘Game of Thrones’ mungkin mereka adalah mangsa penderaan yang telah terkurung dalam sebuah bilik rahsia lebih 10 tahun seperti dalam filem ‘Old Boy’. Atau mungkin mereka sebenarnya terperangkap di dalam quantum realm seperti Scott Lang si Ant-Man dalam masa yang lama.
Samada anda adalah peminat setia atau tidak, nama-nama seperti Stark, Lannister dan Westeros pasti akan ditemui sama ada dalam media bercetak atau bertulis.
Siri televisyen yang telah memasuki musim ketujuh dengan sebanyak 67 buah epsiod ini akan muncul dengan musim baru pada tahun hadapan. Trailer pertamanya juga telah diperkenalkan beberapa hari yang lalu dan menjadi topik perbualan hangat penggemar drama TV dunia.
Dan pastinya ramai peminat mereka bersedih kerana inilah musim terakhir ‘Game of Thrones’ yang ditayangkan di televisyen. Jadi apa kesudahan perjuangan Jon Snow dan Daenarys Targaryen? Adakah mereka mampu mengalahkan bala tentera yang tidak mati dibawa oleh The Night King?
Walau bagaimana pun peminat ‘Game of Thrones’ tidak perlu gusar kerana HBO bakal memperkenalkan drama siri terbaru yang merupakan prekuel kepada siri ini. Menurut rangkaian telvisyen kabel yang bertanggungjawab merealisasikan siri hebat ini daripada novel ‘A Song of Ice adn Fire’ karya George R.R. Martin, kisah prekuel akan membawa penonton menyaksikan apa yang berlaku ribuan tahun sebelumnya.
Dengan populariti yang luar biasa dan jumlah peminat yang ramai tidak hairanlah mereka mengambil keputusan ini. Mungkin mereka akan bersedih kerana tiada lagi watak-watak kesayangan seperti Jon Snow, Daenarys Targaryen dan Tyrion Lannister.
Jadi apakah yang kita tahu setakat ini tentang siri prekuel yang bakal ditayangkan pada musim luruh 2019?
HBO mengambil keputusan untuk memberikan pilot episod untuk dikembangkan kepada Jane Goldman yang turut bekerjasama secara terus dengan George R.R. Martin. Siri ini mengambil tempat ribuan tahun sebelum kejadian di dalam siri ‘Game of Thrones’. Ia juga membawa kisah pada era Age of Heroes yang akan mencungkil sejarah white walkers
dan misteri Timur yang berkait dengan Targaryen.Antara pelakon nama besar pertama yang disahkan bakal muncul ialah Anomi Watts. Walaupun masih tidak diketahui apakah nama watak yang bakal dibawa olehnya namun ura-ura kencang mengatakan beliau membawa watak penuh karisma yang mempunyai sejarah hitam.
BACA: 6 Jenis Spider-Man Yang Muncul Dalam ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’
HBO masih lagi belum membuat sebarang pengumuman tentang judul siri prekuel ini. Namun ramai percaya judul ‘The Long Night’ adalah antara yang paling dekat. Menurut salah seorang penulis di The Ringer, dia mendapat info dari sumber rahsia bahawa judul yang bakal digunakan ialah ‘The Long Night’.
Pelakon muda meningkat naik yang pernah muncul menerusi ‘Valley Girl’, ‘Poldark’ dan ‘Alleycats’ iaitu Johs Whitehouse turut diumumkan sebagai antara pelakon utama yang bakal muncul. Dia dikahabarkan bakal memegang antara watak paling utama.
Berdasarkan garis masa dan sejarah Wseteros, siri ini berkemungkinan besar tidak akan menunjukkan sebarang kemunculan naga atau keluarga Targaryen (mungkin untuk peringkat awal sahaja). Menerusi tembual bersama Entertainment Weekly, George R.R. Martin menjelaskan tentang baru itu berlaku kira-kira 5000 tahun (sebelum GoT) dan Westeros merupakan sebuah tempat jauh berbeza. Tiada King’s Landing, tiada Iron Throne dan tiada Targaryen.
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas masih tiada tarikh spesifik bilakah siri bari ini akan mula ditayangkan. Apa yang kita tahu ia akan dikeluarkan berkemunkinan besar pada tahun 2019. Apa yang kita tahu sekarang episod pilot akan mula menjalani penggambaran pada awal tahun hadapan.