Pada zaman kini amatlah sukar untuk kita temui orang yang masih meneruskan tradisi makan sireh. Mungkin kalau ada pun golongan yang sudah veteran berusia 60 tahun ke atas.
Budaya makan sireh ini cukup sinonim dengan budaya orang Melayu zaman dahulu dan juga orang India di negara kita. Malah tak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa mungkin ramai di antara anda tidak kenal pun dengan daun sireh.
Dan sireh sebenarnya sangat sinonim dengan budaya orang Melayu. Kewujudan sireh junjung comntohnya sangat biasa kita lihat sebagai salah satu hantaran dalam kenduri perkahwinan.
Sireh yang dimakan bersama dengan buah pinang dan kapur akan memberikan kesan warna merah di bahagian mulut dan gigi orang yang memakannya. Ia bertukar menjadi merah kerana tindak balas dan reaksi kimia di antara semua bahan yang dicampurkan bersama daun sireh.
Now you know!
Ads
Budaya makan sireh ini dikatakan telah lama diamalkan dan ia dipercayai berasal dari negara-negara Asia Selatan terutamanya India. Malah kalau anda pernah pergi melancong ke India mungkin akan terserempak dengan gerai-gerai kecil tepi jalan yang menjual sireh.
Kini trend terbaru makan sireh yang lebih ‘radikal’ dan ekstrem telah mula tular di kalangan penggemar sireh lelaki India.
Ads
Ia berbeza dengan sireh biasa kerana sireh ini sireh berapi!
Menerusi satu perkongsian video dari Insider, trend sireh berapi ini telah menarik perhatian ramai netizen yang teruja melihat bagaimana ia dimakan begitu sahaja tanpa rasa takut.
Ads
Di India sireh dikenali sebagai ‘paan’ dan ia dicampur dengan pelbagai bahan-bahan berbeze seperti gula, buah kering, mukhwas dan juga rempah ratus.
Peniaga akan menyiapkan sireh ini dan menyalakannya dengan api lalu meletakkan terus ke dalam mulut pelanggan. Api yang terhasil dikatakan dicampur dengan sedikit alkohol.
Ia juga dipercayai diinpirasikan daripada trend minuman keras beralkohol yang dinyalakan api. Jadi untuk anda yang ke India nanti jangan pandai-pandai nak cuba pula ya!
Pada mulanya ramai yang sangsi untuk mencuba namun selepas menyaksikan semakin ramai yang memberanikan diri perniagaan ini menjadi semakin laris.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
TOPIK PERBINCANGAN YANG BUAT WANITA LEBIH MUDAH TERTARIK KEPADA ANDA!
1.. Bercakaplah tentang “emosi” topik-topik seperti kenangan zaman kanak-kanak, cita-cita masa depan, atau mengenai semangat anda menempuhi masa depan anda. Topik-topik perbualan ini akan membuka emosi beliau.
2. Wanita mahu seorang lelaki yang tidak takut untuk memulakan sesuatu perbualan atau topik. Ketika bercakap kepada seorang wanita jangan tunggu untuk dia menentukan apa topik perbualan anda, jadilah kreatif dan cuba bualkan topik yang menarik perhatiannya.
3. Beri perhatian kepada isyarat bukan lisan seorang wanita. Beri perhatian kepada cara beliau senyum, Adakah beliau mengikat tangan,memeluk tubuh atau asyik melihat jam tangan, Ini menunjukkan dia kurang selesa dan berasa bosan. Wanita akan sentiasa menghantar petunjuk secara bukan lisan. Beri perhatian kepada mereka!!!
4. Wanita tertarik dengan lelaki yang membolehkan mereka berasa senang dan kasual. Jangan memberi tumpuan kepada lawak dan jenaka lucu. Tumpukan pada cara untuk menceriakan dan memberi keseronokan kepada beliau.
5. Mengusik wanita. Salah satu cara paling mudah untuk mengambil perbualan ke tahap yang menyeronokkan adalah untuk mula mengusik wanita. Mengusik beliau dengan ejekan yang tidak sensitif dan kasual. Jangan sampai beliau terasa diperli dan makan hati!
6. Intimkan hubungan dengan dia. Wanita akan intim dengan lelaki yang tidak takut untuk mengambil perbualan ke tahap yang lebih peribadi, intim. Pastikan beliau berasa selesa dengan perbualan intim anda jika beliau mula berasa kurang selesa dan menunjukan petunjuk bukan lisan yang negatif, BERHENTI!!
7. Perbualan jujur! Wanita suka mendengar pendapat tentang diri mereka. Beritahu dia apa yang anda lihat tentang dia. Sebaik-baiknya beritahu yang positif. Jangan mempersendakannya jika dia meminta pendapat anda mengenai stail rambut barunya atau baju barunya.
8. Elakkan memuji seorang wanita yang terlalu banyak. Jika anda memuji seorang wanita terlalu banyak dia akan berfikir anda sedang cuba untuk menarik perhatiannya dan ini akan menyebabkan dia berfikir anda seorang yang ‘desperate’ ini akan memberi kesan yang negatif.
9.Jangan temuduga teman wanita anda. Jika anda ingin bercakap dengan wanita elakkan meminta terlalu banyak soalan dengan gaya “temuduga” . Sebaliknya tanya pendapat mereka akan sesuatu pekara ini.
10. Konversasi penyataan bukan soalan. Daripada menanyakan “Di mana kamu membesar?” Katakanlah “Anda nampak macam bukan berasal dari sini, mana kampung anda?” Ini membolehkan anda untuk membuat pemerhatian tentang dirinya dan mewujudkan ruang untuk konversasi baru.
11. Jangan menyembunyikan identiti anda. Jangan takut untuk bercakap tentang apa sahaja yang anda minati dan suka.
12. Jangan sekali-kali memuji mata, badan atau penampilan beliau semasa memulakan perbualan dengan wanita yang anda baru berjumpa atau yang menunjukkan petunjuk bukan lisan yang negatif.
13. Katakanlah sesuatu yang membolehkan dia tahu bahawa anda meminati beliau lebih daripada seorang kawan dan berminat manjalin hubungan dengannya. Jika tidak, anda menghadapi risiko berada dalam “zon kawan”.
14. Gunakan perbualan “permainan” untuk mengekalkan mood yang menyeronokkan. Permainan seperti “truth or dare”, teka-teki atau apa-saja permainan kurang melampau.Ini juga untuk mengelakkan perbualan anda menjadi bosan!
15. Jangan jadi murah!. Wanita suka lelaki yang jual mahal dan susah untuk dipikat. Jika anda ingin menjaga kepentingan wanita dan dia berasa anda senang untuk terlalu mudah untuk dipikat… dia akan hilang minat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.
Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik-beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.
*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.
Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.
Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.
Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercongok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.
Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.
Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengamuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya ‘berada’. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.
Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.
Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.
Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.
Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.
Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. ‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.
Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.
Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.
Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.
Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.
Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”
Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.
Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.
Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:
-Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.
-Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.
-Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.
-Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi ‘musuh’ ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati ‘virus’di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.
Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.
Penggunaan aplikasi peta seperti Waze atau Google Map kini menjadi salah satu perkara rutin buat pemandu kereta bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Selain mampu membantu pemanduan menjadi lancar ia juga boleh memberikan pilihan laluan atau route yang mungkin lebih singkat atau mengelakkan dari kesesakan jalan raya.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya adakah penggunaan telefon pintar untuk tujuan ini menyalahi undang-undang atau tidak.
Memetik laporan terbaru The Star, selagi pengguna kenderaan terutamanya pemandu kereta menggunakan peranti dengan sokongan alat bebas tangan atau phone holder, mereka tidak menyalahi undang-undang sekiranya melakukan leretan atau menyentuh skrin untuk membuat atau menerima panggilan.
Menurut Peraturan 17A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959, menggunakan telefon pintar atau bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan melainkan ia menggunakan hands-free kit atau pemegang telefon.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Komisionaer Datuk Seri Kasim Karim berkata undang-undang tentang perkara ini cukup kelas berkenaan pemandu tidak boleh memegang telefon bimgit ketika kereta sedang dalam perjalanan mahupun terhenti di dalam kesesakan lalu lintas atau di lamput isyarat.
Ini kerana pemandu masih lagi dianggap dalam mod pemanduan aktif. Pengecualian menggunakannya bagaimana pun boleh dilakukan jika menggunakan alat hands-free atau pemegang telefon yang dilekatkan pada papan pemuka atau lokasi selamat untuk dilihat.
“Menggunakan telefon bimbit tanpa pemegang semasa situasi sedemikian bermakna mengalihkan perhatian mereka daripada jalan raya.
“Ini boleh mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan apabila pemandu dikehendaki menyambung semula pemanduan apabila trafik mula bergerak semula,” tambahnya lagi dalam temu bual bersama The Star.
Beliau juga mengingatkan pemandu agar pengguna untuk hanya menggunakan telefon pintar apabila sudah tiba di tempat letak kereta.
Selain itu, beliau juga menasihati pengguna agar tidak menyalahgunakan lorong kecemasan untuk tujuan yang tidak kukuh kerana ia adalah satu kesalahan.
Manakala penggunaan jam pintar pula dibenarkan kerana tidak dianggap sebagai peranti hand-held.
Pada 2020, polis mengumumkan bahawa menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa bantuan pemegang atau kit bebas tangan bukan lagi satu kesalahan yang boleh dikompaun semata-mata.
Mereka yang dikeluarkan dengan saman atas kesalahan itu akan diheret ke mahkamah dan berdepan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan. Penalti digandakan untuk pesalah berulang.
Smeoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...