Mesti anda pernah dengar tentang air detox, bukan? Jadi apa yang anda tahu tentangnya?
Bagi anda yang tak biasa mungkin itu satu perkara yang agak pelik. Jangan risau kerana anda bukan keseorangan, ramai sebenarnya tak tahu tentang air detox.
Apa itu air detox?
Ia merupakan sejenis minuman yang dicampurkan dengan potongan atau hirisan buah-buahan segar, sayuran atau herba. Berbeza dengan proses menghancurkannya, proses air detox mengandungi kalori yang rendah. Ia juga berfungsi sebagai bahan yang bertindak sebagai master cleanse. Sisa oksik dalam badan akan dikeluarkan dengan baik.
Untuk menjadikan tabiat meminum air detox tak bosan semestinya anda mahukan resepi yang lebih bervariasi.
Oleh itu anda boleh mencuba 10 resepi air detox yang berikut!
Jika dalam peti ais anda lebihan tembikai, anda boleh cuba buat air detox dengan tembikai. Potong dalam bentuk kecil dan masukkan dalam jag. Letakkan dalam peti ais dan biarkan selama beberapa jam. Selepa situ minum bila perlu. Tembikai mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membuang toksin dalam badan.
Kiwi dan strawberri merupakan buah yang juga boleh digunakan untuk hasilkan air detox. Hiriskan dua buah ini dan letak dalam jag. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rasa lebih segar. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.
Masukkan hirisan buah epal dan sebatang kayu manis ke dalam jag. Sejukkan dalam peti ais selama sejam. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme. Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.
Cuka epal memang banyak khasiatnya. Masukkan 2 sudu cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan satu sudu jus lemon dan satu sudu serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan dalam jag air dan letakkan hirisan epal. Gaul hingga sebati. Epal yang kaya dengan serat memudahkan perkumuhan dan kayu manis mengawal selera makan.
BACA: Risiko Minuman Tenaga Diambil Secara Berlebihan, Anda Boleh Terkena Penyakit Jantung!
Jika di rumah ada menyimpan aloe vera atau lidah buaya, anda boleh campurkannya dalam segelas air dan masukkannya dalam pengisar. Tuang dua sudu jus lemon dan kisar selama seminit. Ia boleh membantu memudahkan penghadaman, meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa letih.
Halia adalah penawar bagi semua penyakit. Apabila dicampurkan ke dalam air, ia menjadi penyahtoksikan yang terbaik. Masukkan jus lemon dan hirisan ½ inci halia ke dalam air. Amalkan minum air detox ini setiap pagi. Ia membantu merawat segala kesakitan tubuh badan dan dalam masa yang sama, mengeluarkan toksin yang berkumpul.
Bagi yang sering kembung perut, boleh amalkan minum air detox yang dihasilkan dengan hirisan ½ biji lemon, ½ biji limau nipis dan ½ biji oren, secawan timun, 1 sudu hirisan halia dan segenggam daun pudina. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam. Ia juga membersihkan buah pinggang. Buang air detox sekiranya sudah melebihi 24 jam.
Tahukah anda stress juga berpunca akibat toksin? Jika anda stress, elak minuman berkarbonat dan amalkan minum air yang sudah dicampurkan lima biji strawberi, ½ cawan potongan nanas, 2 sudu cuka epal sider, 4-5 helai daun basil dan kiub ais.
Gaul hingga sebati dan minum. Rasa masam dan manis air detox ini mampu mengurangkan rasa stress.
Andai kesemua air detox di atas terasa sukar dilakukan kerana kesuntukan masa menyediakannya, paling-paling tidak, perah setengah biji lemon dalam air dan minum setiap pagi.
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap. Lemon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan.
Apabila anda konsisten mengamalkannya, pembuangan toksin juga akan kerap berlaku sehingga sukar berkumpul dalam badan. Secara tidak langsung, organ dalaman bebas toksin dan tubuh badan menjadi lebih sihat.