Bukan hanya wanita, tapi anda sebagai lelaki juga boleh berdepan dengan masalah blackhead dan whitehead. Malah kadangkala kondisi pada lelaki jauh lebih teruk.
Liang pori wajah terbuka biasanya akan mengundang masalah seperti bintik hitam, bintik putih ataupun jerawat. Selain menggunakan skrub, anda boleh amalkan banyak petua untuk menghilangkan masalah ini dengan bahan semula jadi yang murah dan mudah dari dapur.
Petua menghilangkan bintik hitam dan putih ini boleh diatasi dengan menggunakan sembilan bahan murah yang mudah didapati di dapur.
Meningkatkan pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
Mengurangkan bukaan pori, mengatasi bintik hitam dan mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua mengatasi bintik hitam dan putih ini serta menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Sumber: petuaibu