Sindrom Patah Hati Keterlaluan Boleh Tingkatkan Risiko Kanser & Penyebab Sakit Jantung!

Share

Putus cinta atau kematian orang yang tersayang merupakan satu kehilangan yang menyedihkan. Namun jangan disebabkan dua situasi ini, anda alami sindrom patah hati yang keterlaluan.

Menurut perkongsian TheDiagnosa, sindrom patah hati atau perasaan sedih yang melampau ini sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutamanya menyebabkan jantung mengembang seterusnya memberi simptom serangan jantung.

Bukan itu sahaja, sindrom patah hati juga boleh meningkatkan risiko kanser dan jika serius, boleh menyebabkan kematian.

Jadi bagi anda yang mengalami sindrom patah hati, sebaiknya move on. Tinggalkan kenangan silam, tutup buku lama dan buka buku baharu.

Semoga dengan perkongsian ini akan menyedarkan anda betapa berisikonya kesan daripada sindrom patah hati yang keterlaluan ini.

Sekiranya cinta anda ditolak, teruskan berdoa dan berusaha semoga anda bakal bertemu pengganti yang lebih baik.

BACA: Ada Hikmahnya Jodoh Lambat, Allah Nak Kau Baiki Diri Agar Kahwin Nanti Kau Ready!

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor

BACA: Putus Cinta? Usah Bazir Tenaga Kenang Orang Yang Tak Hargai Anda!

AWAS. Jika anda masih tidak dapat move on daripada cinta anda yang sudah lepas ataupun terlalu sedih dengan perkara tersebut, maka anda boleh menghadapi Sindrom Patah Hati (Heart Broken Syndrome).

Anda akan mengalami simptom yang sama seperti serangan sakit jantung. Malah anda boleh mati disebabkan masalah ini.

Oleh itu, tinggalkan kenangan silam anda. Jika seorang reject anda, ada 10 lagi yang menunggu.

Jadi hiduplah dengan bahagia dan sila #moveon.

BACA: 5 Sebab Mengapa Lelaki Sukar Lupakan Cinta Pertama

Published by
Roselinda