Agak mustahil untuk rakyat Malaysia yang sentiasa peka dengan media tempatan tidak kenal dengan chef legenda tanah air, iaitu Chef Wan. Berdekad lamanya menyumbangkan keringat dengan bakat luar biasa dalam bidang kulinari menjadikan Chef Wan sebagai antara chef paling disegani bukan sahaja di negara kita malah di peringkat antarabangsa.

Walaupun sentiasa dikelelingi dengan segala macam makanan yang sedap namun Chef Wan tetap mengutamakan faktor kesihatannya. Tambahan pula dengan peningkatan usia menjadikan beliau lebih peka dengan penjagaan pemakanan dan juga kesihatan.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian beliau menerusi Instagram kendaliaannya. Menerusi perkongsian tersebut Chef Wan berkongsi bagaimana dia mengamalkan pengambilan makanan yang simple atau ringkas sebagai salah satu inisiatif menjaga kesihatan.

Jelasnya, dia tidak kisah untuk menjamah hidangan yang mudah asalkan ia mempunyai nutrien lengkap dan diperlukan. Dalam perkongsian tersebut Chef Wan berkongsi bagaimana dia menjadikan tiga biji telur bersama minyak zaitun dan juga biskut sebagai makan malamnya.

Ads

“Kadang-kadang bila saya malas nak masak atau call Grab Food untuk makan malam, saya rebus telur tiga biji letak kicap, ladaputih, extra virginia olive oil dengan empat keping cream crackers.

“Makanan mudah macam ni dengan tanpa nasi selama berminggu-minggu biasanya saya akan hilang berat badan sebanyak 4 hingga 5kg! Seluar saya semua terlondeh dah!

Tambah beliau lagi, dia juga tidak kisah makan makanan simple di rumah kerana dia sudah sering makan banyak makanan sedap di pelbagai restoran dari semasa ke semasa.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Selain menjaga pemakanannya, Chef Wan juga menjelaskan dia sentiasa melakukan senaman ringkas seperti berjalan kaki.

Ads

“Orang Melayu kita ni mesti ada nasi siang dan malam. Lauk pula segala macam satu meja. Ituah sebabnya bola tua ramai yang kena sakit jantung dan kencing manis.

“Disebabkan itulah saya cuba makan makanan berkualiti dan bersenam dengan berjalan kaki, melancong atau buat kerja rumah dan juga berkebun,” tambahnya lagi.

Kalau Chef Wan yang sentiasa dikelilingi makanan sedap-sedap anda juga boleh mengamalkan diet yang sihat. Semoga perkongsian Chef Wan memberikan inspirasi dan kesedaran untuk kita lebih peka dengan penjagaan pemakanan dan kecergasan diri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI