Tidak dapat dinafikan, plank merupakan jenis senaman atau workout yang sangat simple dan ppular dilakukan. Ia juga boleh dilakukan tidak kira masa dan di mana sahaja. Malah semua peringkat umur mampu melakukannya mengikut kemampuan tersendiri. Tapi ramai tidak sedar akan bahawa senaman yang kelihatan ringkas ini juga boleh menyebabkan kecederaan jika silap teknik yang diamalkan.
Bagi anda yang ada masalah sejarah kecederaan bahu atau pergelangan tangan, plank merupakan antara rutin senaman yang harus dijauhi. Ia dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan lama boleh berulang kembali.
Selain itu, melakukan teknik plank yang betul mampu mengelakkan anda daripada berdepan kecederaan yang tidak diingini. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis kesilapan utama yang ramai orang lakukan ketika melakukan plank.
Ramai orang cenderung meletakkan punggu mereka tinggi semasa melakukan elbow plank. Ini mungkin untuk dapatkan masa lebih lama. Namun ia hanya memberikan lebih tekanan di bahagian bahu.
Bila badan terlalu membongkok anda membuatkan kondisi tulang belakang berada pada kedudukan yang tidak baik. Betulkan bahagian pelvis agar bahagian belakang lebih rata.
Sesetengah orang yang berbadan kecil cenderung meletakkan punggung mereka agak rendah. Ini menyebabkan berat anda ditampung oleh bahagian otot punggung sahaja.
BACA: Kekalkan Bentuk Badan Mantap Dengan 5 Teknik Plank Berimpak Tinggi
Bila melakukan elbow plank kedudukan leher perlulah selari dengan badan. Usah terlalu menunduk atau mendongak kerana ia boleh sebabkan kecederaan otot leher.
Ada juga sesetengah orang akan melakukan bentuk bulat pada bahagian belakang semasa melakukan plank ini. Ia disebabkan kekuatan yang tak mencukupi tapi masih degil melakukan juga senaman. Ia hanya menyebabkan anda sakit belakang serta bahu.
Kedudukan bahu merupakan antara faktor paling penting semasa melakukan elbow plank. Oleh sebab itu anda harus pastikan kedudukan bahu selari dalam garisan lurus.
Bila anda membuka tangan ke lantai ia akan mengurangkan kesan senaman. Ini disebabkan bila tangan dibuka otot perut akan kurang tegang dan hasilnya tidak seperti anda harapkan.
Jangan kupa untuk ikuti Instagram MASKULIN untuk perkongsian tentang gaya hidup lelaki terkini!