Tidak dinafikan ‘plank’ merupakan jenis senaman yang sangat popular terutamanya buat mereka yang ingin membina otot abdomen dan teras badan yang kuat. Bukan sekadar otot abdomen sahaja, malah stamina diri juga dapat ditingkatkan dengan senaman plank. Namun jangan silap guna teknik yang salah kerana itu bukan sahaja boleh buat badan sakit malah mencederakan anda.
Salah satu faktor mengapa plank sangat popular adalah kerana sifatnya yang mudah. Tidak perlu menggunakan peralatan. Tidak perlu menggunakan ruang yang besar. Malah, boleh dikatakan mampu dilakukan di mana sahaja.
Plank juga sebenarnya tidak perlu dilakukan terlalu lama. Bukan tempoh masa yang menentukan keberkesanan senaman. Tetapi bagaimana anda mengukur kemampuan diri serta membina ketahanan dari hari ke hari. Usah terlalu gopoh dan silap percaturan kerana ia hanya membahayakan anda.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis kesalahan yang biasa dilakukan ketika melakukan senaman plank. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan senaman anda lebih efektif!
Jika anda menahan nafas, anda akan mengehadkan dan menyekat oksigen dari masuk ke dalam badan, sekali gus tidak memberi apa-apa manfaat pada tubuh badan. Oleh itu bernafaslah seperti biasa.
Ia akan memberikan stres pada bahagian leher. Jadi, pandang atau lihat ke bawah agar leher anda tidak tertarik atau dalam keadaan neutral.
BACA: Paha Lebih Pejal & Besar, Ini Beberapa Rutin Senaman Boleh Dilakukan Di Mana Saja
Menurunkan punggung juga merupakan satu lagi kesilapan yang sering orang lakukan ketika plank. Walaupun ia lebih mudah, sebenarnya cara ini tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang selari dengan tubuh badan.
Pastikan posisi badan anda tidak terlalu ke hadapan atau ke belakang ketika plank. Pastikan lengan anda berbentuk L (siku selari dengan bahu) untuk menampung badan dan merasakan tekanan ketika anda melakukan lank.
Berikan ruang di bahagian tangan tapi jika anda ingin menggenggam tangan, tiada masalah kerana ia akan memudahkan lagi senaman ini. Harus diingatkan juga, jangan jadikan tangan anda sebagai tempat untuk anda merehatkan dahi. Untuk kaki pula, ikut kesesuaian pada gaya plank anda.
Jangan lupa untuk subcribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!