Adakah anda tertanya apakah maksud simbol bercahaya yang ada pada permukaan Dashboard papan meter kereta anda? Sekiranya terjadi situasi dimana ada antara simbol yang menyala pada papan pemandu, adakah anda dapat memahami tentang apakah maksud disebalik logo-simbol tersebut?
Perlu diketahui bahawa ianya la adalah penting kerana pemandu perlu mengetahui apakah yang berlaku pada kenderaan anda, terutamanya yang membabitkan enjin. Dan juga ianya boleh mengurangkan risiko kenderaan anda terpaksa berhenti di persimpangan jalan akibat daripada kerosakkan
1. Lampu amaran brek tangan
Kebiasaan untuk simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake, ataupun handbrake sedang aktif, selain itu untuk masalah yang jarang di hadapi adalah ianya menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan ( Low brake fluid )
2. Lampu amaran suhu enjin
Simbol tersebut menunjukkan ianya adalah bertujuan untuk mengukur suhu temperature pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ianya bermaksud air coolant di dalam radiator anda berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi segera berhentikan kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas berkekurangan seterusnya setelah sejuk, periksa radiator lihat paras air dan juga bawah radiator, sama ada terdapat kebocoran
3. Lampu periksa cecair penyejuk
Ianya bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda berada dalam tahap yang rendah, seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant / penyejuk yang rendah sila periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kenderaan.
4. Lampu amaran aras minyak enjin
Ads
Simbol berlampu yang bermaksud minyak enjin, sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan
5. Lampu amaran sistem bateri kenderaan
Indicator yang bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, Masalah Kabel, Power Steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin anda.
6. Beg udara SRS
Ads
Simbol yang bermaksud Beg Udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak, jika masih bernyala, kemungkinan ianya mengesan kerosakan dan perlu diganti sekiranya perlu. TPMS secara manual.
7. Lampu amaran minyak brek
Ianya bermaksud bahawa cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang rendah, periksa tahap cecair kerana ianya akan berkekurangan apabila brakepads habis. Sekiranya simbol ini bernyala bermakna ianya menandakan masalah kekurangan cecair sudahpun berlaku, sila rujuk pada bengkel kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.
8. Amaran periksa enjin
Ads
Bermaksud enjin anda memerlukan servis oleh kerana di sebabkan pelbagai faktor, berkemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan, antara sebab ianya bernyala berkemungkinan di sebabkan kekurangan kuasa enjin, ataupun elektrikal sensor anda mengalami masalah.
9. Amaran lampu tinggi
Sinar terang umpama berlian berkilau ini adalah simbol untuk lampu tinggi, ianya akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi, apa yang penting anda perlu tahu bila untuk gunakannya. Biar kena pada tempat.
10. Amaran lampu kabus
Simbol tersebut bermaksud lampu kebus di hadapan dan juga di belakang, ianya amat berguna khususnya di dalam persekitaran pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas, cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, dan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku
11. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan
Ianya bermaksud TCS anda berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat, amatlah tidak di galakkan untuk sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang basah atau licin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menukar warna kereta adalah salah satu cara untuk memberikan penampilan baharu kepada kenderaan anda. Namun, penting untuk diingat bahawa selepas menukar warna kereta, anda perlu mengemaskini maklumat warna baharu kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jangan risau, proses ini sebenarnya sangat mudah jika anda tahu langkah-langkah yang betul. Ikut panduan dari Cik Amaya di bawah :
Tukar Warna Kereta
Panduan mengemas kini maklumat warna cat kereta di JPJ
Muat turun aplikasi JPJeQ.
Imbas kod QR yang ada di JPJ untuk ambil nombor giliran.
Kemudian, ambil borang untuk tukar warna.
Pengisian borang tukar warna cat kereta
Borangnya tulis nombor plat dan warna kenderaan apa yang sudah anda catkan.
Tulis nama dan nombor kad pengenalan.
Kemudian, turunkan tanda tangan.
Kalau tidak tahu cara isi borang boleh tanya abang-abang RELA di sana, mereka sangat membantu.
Pastikan anda cat dahulu kereta baru pergi mengemas kini di JPJ. Tiada apa-apa cas pembayaran, percuma sahaja.
Fakta menunjukkan 22% kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada brake pad yang gagal berfungsi ketika kecemasan. Ini amat merbahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.
Situasi ini selalunya berlaku ketika kereta sedang laju dan tiba-tiba tidak boleh brek. Apa yang ingin MASKULIN tekankan di sini adalah ramai orang seringkali tidak memeriksa keadaan brake pada sama ada masih elok atau sudah tiba masa untuk diservis serta ditukar baharu.
Ikuti perkongsian tip memeriksa brake pad yang dibuat oleh sebuah Bengkel Kereta yang berpusat di sekitar Lembah Kelang bagaimana untuk memeriksa keadaan system brake pad kereta anda.
?? BAGAIMANA NAK TAHU BILA BRAKE PAD PERLU DITUKAR?
➡ ‘Brake Warning Lights’ = BRAKE PROBLEM
Ini ada pentunjuk paling mudah yang menunjukkan system brake anda problem. Punca utama ada samaada brake pad telah habis atau minyak brake berkurangan. Periksa jenis minyak brake yg kereta anda pakai pada penutup tangki minyak brek kereta anda supaya tidak salah pakai minyak.
➡ MINYAK BREK BERKURANGAN
Periksa paras minyak brek pada tangki atau tempat masuk minyak brek. Pastikan ianya sentiasa dalam paras maximum. Boleh tambah terus minyak brek atau bawa ke bengkel untuk proses bleeding system brake.
➡ BUNYI NYARING ATAU BISING KETIKA BREK DITEKAN
Apabila brake pad terlalu nipis melepasi tahap minimum atau tahap selamat, pin indicator pada brake pad akan bergesel dengan disk rotor. Bunyi nyaring yang terhasil dari geseran ini adalah amaran brake pad nipis dan perlu ditukar segera.
➡ JARAK MASA BERHENTI LEBIH LAMA / JAUH (BRAKE TAK MAKAN)
Puncanya mudah, permukaan brake pad dan brake rotor tidak rata atau terlalu banyak habuk. Material brake pad tidak lagi mencengkam atas faktor usia. Atau brake pad yang dipakai tidak berkualiti. Jika ini yang anda rasa, terus tukar atau servis system brake kerana ianya sangat bahaya. Bayangkan keadaan jika anda perlu brek emergency.
➡ STEERING BERGEGAR KETIKA BREK DITEKAN
Punca utama adalah brake rotor tidak rata, boleh cuba skimmed disc iaitu meratakan semula brake rotor atau jika sudah terlalu nipis, perlu terus tukar.
Ini mungkin berpunca sebab ada angin dalam salur minyak brek atau kerosakkan pada pedal brake itu sendiri. Jika ada angin, perlu buat proses bleeding semula di bengkel.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang mungkin seorang pengguna kenderaan dua roda di kota besar seperti Kuala Lumpur, skuter pastinya menjadi pilihan utama. Ia lebih mudah dikendalikan dan juga lebih santai untuk digunakan sebagai kenderaan harian.
Terbaru, jenama skuter yang kian popular KYMCO menampilkan jentera terbaru yang lebih mantap, premium dan sarat spesifikasi terkini. KYMCO AK550 Premium dipasarkan di Malaysia menerusi Edara Modenas Sdn Bhd (EMOS) yang secara rasminya dilantik sebagai pengedar eksklusif mereka.
Pengenalan skuter terbaru ini menjadi salah satu manifestasi perjanjian strategik yang telah dimeterai kedua-dua pihak pada tahun 2016.
Ditawarkan pada harga permulaan pada RM65,600 model ini dijangka akan berada di beberapa di pengedar Modenas yang sah bermula Februari 2024.
KYMCO AK 550 hadir dengan enjin dwi-silinder sebaris, 4 lejang, DOHC, berpenyejuk cecair dengan kapasiti 550.4 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 50.9 Hp pada 7500 rpm dan tork maksimum 52 Nm pada 6000 rpm.
Skuter ini dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti 15 liter, memungkinkan perjalanan jauh tanpa perlu sering mengisi bahan bakar. Kecekapan enjin dan kapasiti tangki yang besar menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan di dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh.
AK 550 dilengkapi dengan ciri-ciri elektrikal canggih, termasuk mod kuasa elektrik yang membolehkan pemandu beralih antara mod kuasa penuh dan mod hujan.
Skuter ini juga dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, memberikan keselamatan dan prestasi yang optimal. Sistem pencahayaan menggunakan LED untuk lampu hadapan, belakang, dan lampu isyarat, memberikan visibiliti yang luar biasa dalam semua kondisi.
Dilengkapi dengan klac basah dan transmisi automatik CVT, skuter ini menawarkan pengalaman berkendara yang lancar dan bebas repot. Transmisi ini juga mematuhi standard emisi Euro 4.
AK 550 mempunyai tayar depan berukuran 120/70 – R15 dan tayar belakang 160/60 – R15. Sistem Pengereman Canggih Berintelek (AIBS) meningkatkan keselamatan, dengan kaliper Brembo 4-piston dan dua cakera apung 270 mm di depan, serta kaliper dua-piston dengan cakera tunggal 260 mm di belakang.
Skuter ini mempunyai berat 238 kg, menjadikannya stabil ketika tunggangan dan mudah untuk dikendalikan.
Ketinggian tempat duduk adalah selesa pada 785 mm, dengan jarak roda 1,580 mm. Dimensi keseluruhannya (panjang, lebar, tinggi) adalah 2,220 mm, 795 mm, dan 1,494 mm.
AK 550 dilengkapi dengan suspensi belakang lengan ayun mendatar. Sistem suspensi inovatif ini menjamin kestabilan dan keselesaan di atas pelbagai jenis permukaan jalan.
KYMCO AK 550, dengan gabungan kecanggihan kuasa, teknologi, dan rekaan skuter ini bakal menjadi pilihan penggemar skuter maxi di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.