Sikap Perlu Ada Bagi Seorang Usahawan Berjaya Menurut Fattah Amin

Share

Nama Fattah Amin mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan kepada anda semua. Aktor terkenal ini seakan mustahil untuk tidak dikenali oleh marhaen dan warganet yang paling tidak pun pasti pernah mendengar namanya.

Selain membina kariernya sebagai seorang pelakon, Fattah Amin juga kini bergelar sebagai seorang usahawan yang sedang meningkat naik.

Antara perniagaannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan juga rakyat Malaysia ialah francais restorang yang dimilikinya bersama lima rakan kongsi lain dikenali sebagai Meat Cartel.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan, Fattah kini berbangga dengan francais restoran makanan barat yang menawarkan pelbagai menu menarik.

MASKULIN baru-baru in sempat bertemu mata dengannya dan bertanyakan sedikit perihal perniagaannya. Dalam temu bual tersebut, kami sempat bertanyakan pendapatnya tentang apakah sikap yang perlu ada pada seorang usaawan untuk berjaya.

Berikut merupakan lima perkara yang dikongsikan oleh Fattah Amin.

YAKIN DENGAN PRODUK & DIRI

Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita harus yakin dengan produk yang ingin dijual. Selain itu, kita juga perlu yakin dengan diri sendiri. Jika tiada keyakinan tersebut bagaimana mahu berjaya.

KENAL ORANG SEKELILING

Penting untuk kita kenali dengan siapakita jalankan perniagaan. Selain itu, kita juga perlu tahu siapa di dalam team. Tahu peranan setiap orang dan tugas mereka. Ini amat penting bagi memastikan perniagaan dapat berkembang dengan baik dan lancar.

JANGAN MALU MINTA BANTUAN

Kita tidak akan berjaya tanpa bantuan orang lain, Jadi buangkan sifat malu untuk minta bantuan jika berdepan kesukaran. Harus lebih bersifat terbuka dalam menjalankan perniagaan yang ingin berjaya.

BERANI TANGGUNG RISIKO

Sebelum memulakan perniagaan dan memperkenalkan produk, pertama sekali kita harus berani ambil risiko. Tapi risiko itu perlu diambil seiring dengan perancangan dan memahami selok-belok perniagaan dengan baik.

DREAM BIG

Tidak ada salahnya untuk memasang impian dan angan-angan. Jadi jangan rasa rasa takut atau rasa kerana tanpa angan-angan serta imaginasu, visi kita tidaka akan ercapai. Dengan angan-angan bersama visilah yang akan membuatkan diri kita akan lebih bermotivasi untuk berjaya.

Ikuti temubual ringkas MASKULIN menerusi video eksklusif di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim