Sikap & Perangai Yang Menunjukkan Anda Seorang Lelaki Perasan Bagus

Lelaki dan ego memang dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Namun apa yang membezakan setiap orang ialah bagaimana dan di mana mereka meletakkan ego tersebut.

Ada lelaki ego tak bertempat lalu menjadi seseorang yang perasan bagus. Jika dibiar terus dengan sikap begini lambat-laun orang di sekeliling akan terus menghindar dan menjauhkan diri.

Adakalanya mungkin kita tak perasan tingkah laku kita itu mungkin melampau atau terlalu ego atau dalam erti kata lain ‘perasan bagus’! Dan seseorang yang perasan bagus biadanya ada sikap atau perangai seperti di bawah;

1. Egois

Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah akan orang lain. Adakah kamu seorang yang ego? perhatikan tanda-tandanya di bawah.

2. Terlalu teruja nak berubah

Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada identiti diri kamu yang sebenar. Andai kata kamu seorang yang rendah diri, kamu kerap rasa tidak selesa apabila rakan kamu sering dipuji lebih bagus.

Situasi ini boleh menyebabkan diri kamu rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan kamu sehingga boleh lupa diri.

3. Taksub dengan impian

Kamu seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan.

Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, kamu gemar lakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang lemah.

4. Terlalu bangga diri

Tanda lain kamu seorang yang ego ialah sikap kamu gemar menceritakan hal tidak benar untuk meyakinkan diri kamu istimewa.

Namun, suatu hari nanti kamu akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan kamu sebenarnya mampu berjaya.

5. Dahagakan perhatian

Tak salah ingin melawak atau bergurau senda sekali sekala. Namun, ia akan memperlihatkan diri kamu ego jika dilakukan secara berlebihan.

Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.

6. Ikut kepala sendiri

Berilmu bukan bermakna kamu berhak menentukan setiap tindakan. Tindakan kamu yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara kamu sebenarnya hanya mencerminkan sikap ego.

Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, kamu akan mengaku hanya idea serta cara kamu yang betul dan menidakkan pandangan orang lain.

7. Perasan bagus

Ketika berbual dengan rakan, kamu sering memuji diri kamu seperti fizikal dan penampilan. Hal ini membuktikan kamu membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling.

Disebabkan ego, kamu mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa saja yang ingin rapat dengan kamu.

8. Penting diri sendiri

Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi. Bagi kamu, perasaan orang lain tak perlu dijaga dan dibiarkan saja disakiti.

Yang penting, kamu seorang saja mampu gembira dan ia datang daripada tindakan rakan. Tapi cuba letakkan diri kamu di tempat dia, mungkin kamu akan merasai kesakitan yang sama.