Sikap & Perangai Lelaki Paling Digemari Wanita, Ada Ini ‘Auto’ Macho!

Share

Bercerita perihal pikat-memikat antara dua jantina berbeza ini merupakan kisah yang tidak akan habis dibicarakan. Segala macam karya romantis didengarkan sejak bergenerasi lama dalam pelbagai medium penceritaan.

Namun hakikatnya manusia ini sama sahaja. Mahukan pasangan yang terbaik untuk diri sendiri demi masa depan yang baik.

Bagi anda yang mempunyai ada rupa paras dan bentuk badan yang ideal mungkin mempunyai sedikit kelebihan. Tetapi jangan mudah mendabik dada kerana wanita tidak melihat anda dari satu perspektif itu sahaja.

MASKULIN tidak salahkan jika anda kadang-kadang sedikit blur tentang apakah yang wnaita mahukan. Ketahuilah bahawa anda tidak akan memahami mereka sampai bila-bila pun. Wanita ini perlu disayangi dan dengan kasih itulah akan disertakan cara untuk anda fahami mereka.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa sifat dan karakter yang paling disukai oleh wanita yang ada pada lelaki.

JUJUR

MASKULIN rasakan seluruh wanita di alam semesta ini pasti akan memberikan jawapan ini sebagai antara yang paling utama jika ditanya ciri-ciri lelaki pilihan. Menjadi lelaki yang tidak jujur adalah sangat tidak menarik di mata wanita. Caranya senang sahaja, anda jangan menipu. Paling penting jangan mula belajar untuk menipu kerana penipuan itu kemudian bertukar menjadi satu rantaian penipuan yang lain.

SEMANGAT

Lelaki yang ada semangat atau passion dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu yang diminati mereka sangat menarik atau seksi. Apabila ada semangat melakukan sesuatu emosi anda akan terdedah dan itulah sisi yang mahu dilihat mereka. Wanita mahukan lelaki yang ada matlamat, tidak mudah putus asa dan semangat berkobar-kobar.

YAKIN

Ada satu perkara yang perlu anda pandai bezakan. Keyakinan itu sangat berbeza dengan berlagak. Lelaki yang ada keyakinan diri tidak mudah tergugat dengan mana-mana lelaki atau wanita yang juga menggodanya. Malah lelaki yang ada keyakinan diri ini tampil sebagai seorang lelakui alpha bagi wanita.

HORMAT

Dalam agama Islam selepas berkahwin anda sebagai lelaki secara automatik akan bergelar sebagai ketua keuarga. Namun dengan tanggungjawab besar itu anda tidak seharusnya besar kepala. Hormatlah pasangan dengan seadannya. Ingat, isteri adalah manusia yang anda harus beri layanan terbaik di dunia ini selain ibu sendiri.

PANDAI AMBIL HATI

Sesetengah lelaki dianugerahkan dengan kemampuan untuk berjenaka dan membuat pasangannnya ketawa. Namun sifat kelakar itu sebenarnya tidak perlu ditelan secara harfiah sahaja. Anda perlu menjadi seorang lelaki yang pandai ambil hati. Tahu bila untuk ketawa, bila untuk menjadi pendengar dan tahu bila untuk senyum bila bertentang mata dengan si dia.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim